OOO

Memaparkan catatan dengan label maxis om nom nom race. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maxis om nom nom race. Papar semua catatan

Isnin, Januari 17, 2011

Tak Habis Lagi Kisah Om Nom Nom

Pagi-pagi akak bedal maggi
pastu pergi pulak ke Pasar Tani
berkobar-kobar Firdaus bangun pagi
nak lepak dulu bersama geng talibarut lagi
Eriqazz peras motor aum aum
Jejai pulak tak gosok gigi
Gara-gara Om Nom Nom
Semua rela tak sarapan pagi
Jejai tak henti makan lagi
Shahrol melantak makan nasi
bagusnya si Hamzah har har ini
nasib baiklah Bean tak seligi
Puding dangdut memang sedap
tapi tak boleh makan kerap
Amboi Firdaus hembus asap
Nanti mak sebat dengan getah sekerap
Cuaca panas suami berlengeng
Makan pulak banyak jajanan
Amboi Bean tak padan kecik keding
Melantak makanan tak pandang kiri kanan
Makan nasi kuning memang lazat
Semua di makan sampai kenyang
Destinasi terakhir semua makanan di rembat
Perut kenyang hati pun senang
Letihnya badan ashik mengemas
Rasa penat langsung rasa feed up
Untung anakku Firdaus
Dapat makan yang sedap-sedap
Masak rendang sampai hangus
Dahlah hangus pastu pahit pulak
Caiyoklah team talibarut's
Walaupun kalah tapi koranglah yang terbaik
Makan-makan akak tak hairan
sebab boleh buat sendiri
Hasil dari penat makan seharian
Jadilah dapat gak simpan buat kenangan
Makan roti dengan kaya
Pastu kena buat senaman
walaupun talibaruts' tak berjaya
Tapi cayalah sebab dapat habiskan cabaran
KUMPULAN YANG MENDAPAT TEMPAT PERTAMA
dah habis kisah makang-makang
balik umah tentu terbongkang
budak cina gak yang menang
Rasis pulak kata mulut longkang
Team yang mendapat tempat ke dua
Gi jogging kat pasaraya
balik rumah ashik melalak
tempat kedua pun orang cina
apa nak buat dia orang memang layak

Pasal Om Nom Nom ni banyak yang tak puas hati
Sampai ada yang buat cerita
Team Talibaruts' memang tetap di minati
Penyokong akak yang paling setia

Ahad, Januari 16, 2011

Kalah Tapi Menang Makan

Tak perlah kalah..nak buat camner kan...dah tak ada rezeki.

Tentu hairan kan tenguk Firdaus yang gantikan akak masa om nom nom race ni ..sebabnya kaki akak kan baru lepas cucuk..doktor tak bagi akak masuk race tu. Terpaksalah suruh manager aka anak akak ambil alih.


Terima kasih buat teams talibaruts' ...walaupun kalah tapi menang sebab dapat habiskan race makan-makan ni.Enjoykan ..akak tenguk pun macam best ajer mereka bedal macam-macam makanan dan yang bestnya sebab dapat join race makan-makan ni.

Lepas ni kena cari duit bebanyak sebab nak beli tiket nak pergi holiday..sebab tak tertunailah hasrat dihati.

Sabtu, Januari 15, 2011

Maxis Om Nom Nom Race - Tarbush Sunway Pyramid


2nd Lokasi :
Alamat:Tarbush Sunway Pyramid
LG2.123 Sunway Pyramid
46150 Petaling Jaya
No. Telefon : 03- 56339222


Kebab Kash Kash - Habis dibantai Jejai Sorang..kami tak sempat nak makan...

Green Salad untuk bean moreno

Caramel Puding


Vegetable Salad

Teruja Habis..Nyam2....


Sempat juga Merasa Sikit..Yang lain semua dibantai Jejai .Asyik-Asyik Jejai...
Customer Service terbaik...


Overall, tempat ini memang santai dan syok untuk anak bini makan. Lebanish Food bolehla anda mencuba nanti. Saya try memang syok hati. Rating 8/10. Kalau bawak awek 1st date, bean moreno ckp confirm lekat punya...Hik3...

Tarbush destinasi kedua kali ini
Lebanish food enak sekali
Lepas ni bawa anak dan bini
woow, wii....Jom terjah bersama anak dan bini

Selasa, Januari 04, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race



Saya selalu tenguk amazing race kat AXN kat tv dan teringin nak masuk tapi apakan daya memang susah sangat la nak masuk sebab terlampau sangat ramai orang yang nak masuk. Pastu syarat-syarat penyertaan memang garenti tak lepas punya.

Bila saya dapat tau yang pasal Om Nom Nom ni, saya memang nak sangat-sangat join event yang agak menarik ini.


Event ini yang julung-julung kali diadakan oleh Maxis akan dibuat pada:

Date: 15 January 2011 (Saturday)
Venue: Modesto’s, Ground Floor, Capital Square, 7 Persiaran CapSquare 50100, Kuala Lumpur
Time: 8am-7pm


Hadiah-hadiah pulak memang best sangat-sangat dan cukup lumayan.

Hadiah Pertama:
A trip to Hong Kong 3 days 2 nights with 5-star accommodation (for the winning team members of 4 pax) worth RM10,000- (And also 1 free smartphone each)


Hadiah Kedua
: 4 x free smartphone – 1 per winning member

Semua blogger yang masuk akan dapat Goodie Bag dari Maxis


Kenapa saya nak sesangat join event ini?
Sebab saya memang kaki makan,suka jalan-jalan cari makan dan kalau boleh nak tahu banyak lagi tempat yang best dan unik di seluruh Malaysia.

minum cendul madu di Rembau
Blog saya ni kan berkisar tentang apa yang saya masak setiap hari, jalan-jalan cari makan. cuba aiskrim Thailand di Pengkalan Kubur Kelantan
Saya sanggup pegi tempat yang orang kata sedap semata-mata nak tau betul ker idak masakan kat situ sedap.

Sebab itulah badan saya sedap dan oleh itu la saya nak saiz baju XXL untuk menyertai event ini.


Sekarang saya dah tak pening-pening kepala lagi untuk mencari tempat makan yang menarik kerana dengan adanya aplikasi terbaru dari Maxis iaitu Finder301.

Applikasi ini sangat berguna sebab kita dapat tengok tempat makan yang menarik dan kalau korang tak tahu nak pergi kedai makan yang ada kat
Finder301 jangan risau sebab ada alamat, no telefon dan cara nak pergi tempat tue.

Maklumat lanjut boleh la tengok kat
http://itunes.apple.com/my/app/maxis-finder301/id375530216?mt=8#

Selain itu untuk korang yang masih lagi tak tahu, Maxis juga ada buat promosi untuk Maxis Broadband serta pakej terbaru, Wireless Broadband.untuk maklumat lanjut sila ke
http://www.maxis.com.my/personal/broadband/wireless_allplans.asp


NAMA TEAM SAYA:
THE TALIBARUTS'

DI ILHAMKAN OLEH JEJAI


1. Jejai - Klon P. Ramlee
2. Eyriqazz - The Food Inspector
3. Bean - The Kungfu Eater

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...