OOO

Memaparkan catatan dengan label mee kari sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee kari sedap. Papar semua catatan

Rabu, September 07, 2016

Mi Kari Ala Nyonya Sedap Kak Jee

Assalammualaikum semua

Teringin nak makan mee kari, tak naklah buat yang biasa akak buat, akak google terjumpa resepi dari bekas wartawan Kak Fauziah Samad ataupun dipanggil Kak Jee.

Resepi ni lain sikit dari apa yang akak buat, sebab menggunakan buah keras yang mana untuk memekatkan kuah.  Terima kasih atas Resepi Mi Kari Ala Nyonya dari Kak Jee ini.

bahan2nya:
1 cawan rempah kari daging babas
½ cawan cili kering yang telah diblend
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
4 batang serai (diketuk)
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam
kerang
taupok (tahu goreng)
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh


Tambahan
daun bawang
fish ball
sawi
hirisan cili merah
cara:
tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan. kemudian tumis hingga wangi, masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari, serai dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste.

Nyonya tu suruh tepikan sikit paste ini utk bubuh atas mangkuk masa nak makan nanti. (kjee tak tepikan. tapi guna cili hijau jeruk). bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka pekat camner. Bila dh melegak, masukkan santan pekat 1 cawan. Kalo suka bleh bubuh fresh milk ganti santan. 

Lepas tu biarlah ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. nyonya tu kata, jangan selalu kacau sebab mi kari nyonya selalunya pecah santan. tapi kjee ni mana boleh tengok jer kan masakan yang tengah mendidih. tangan mesti gatal nak kacau. maka selama kjee buat, tak pernah pecah santan. Masukkan fish ball.

rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit. kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.

macam biasa celur mi, sawi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk. sediakan kerang yg telah direbus tanpa air dan dikopek sebagai hiasan. begitu juga taupok atau tahu goreng yg dipotong nipis dan disusun atas mi yang telah dicurah kuah panas-panas. Inilah mi kari nyon




Khamis, Jun 20, 2013

Mee Kari Kerang Sedap

Assalammualaikum

Bila dah tiba hampir ke bulan puasa ni, banyak gak dapat jemputan ajak gi review buffet ramadhan.  Akak bukan tak nak pegi, kalau pegi cuma single ajer..takleh bawa suami dan anak-anak.

Tempat nak pergi tu adalah jalan yang sentiasa sesak bila orang pulang bekerja..tak kuasa akak nak tempuh kesesakan jalanraya.  Terima kasih yang sudi jemput..jika dapat pergi akak pergilah..kalau tak dapat minta maaf yer.

 
Teringin tekak makan mee kari..selalu akak buat stail akak..kali ni nak ambil resepi orang lain pula.  Akak ambil dari blog potretkasih.


Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng



Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)-hiris
Daun bawang & daun sup-hiris halus
Cili merah-hiris
Telur rebus-potong 2
Limau kasturi/limau nipis
akak tambah sayur fatt choy yang telah di rebus



Bahan Kuah:
1 kg Kerang  atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup kisar
2 cawan stok udang ( rebus sebenatar kepala dan kulit udang dan di  ambil airnya )
5 cawan santan (1 biji kelapa)
2  keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam secukup rasa

Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )

Cara Penyediaan Kuah
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah, lada kisar dan biarkan naik minyak.
2. Masukkan santan dan air stok udang  biarkan mendidih sambil di kacau selalu.
3.  Masukkan setengah isi kerang yang telah di rebus, fish cake, asam keping, udang kisar dan fish ball.
4. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa barulah di padamkan api.
5. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur, kerang rebus dan bahan yang dihiris tadi.


Isnin, Mac 02, 2009

Mee Kari Bonda

Tertariklah pulak nak cuba resepi mee kari bonda dari ita http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/ di johor...pasal ni dari bonda kesayangan dia...akak c & p aje...tapi akak edit sikitlah ita..

Bahan-bahan ( 6~8 orang ) :

*** Bahan untuk kuah :

  • 4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
  • 1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
  • 1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**)
  • 500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
  • 4 tangkai daun kari
  • Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
  • 1 labu bawang besar – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang merah – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang putih – dikisar (*)
  • 200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang-akak tak letak pun
  • Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
  • 4 keping asam keping / asam gelugur
  • Garam & perasa secukupnya

*** Lain-lain bahan & hiasan :

  • 1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
  • Taugeh – dicelur
  • Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur-tak letak
  • Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
  • Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
  • Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
  • Cili merah – dihiris halus
  • Daun bawang & daun sup – dihiris halus
  • Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara :

Untuk kuah :
  1. Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.

  2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.

  3. Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.

  4. Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.

  5. Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.

  6. Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.

  7. Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...

Cara hidangan :
  1. Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya.

  2. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...