OOO

Memaparkan catatan dengan label mee kari daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee kari daging. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 04, 2016

Cara Buat Mee Kari Daging Sedap

Assalammualaikum semua

Mengidam  bebeno nak makan mee kari sejak balik dari Abu Dhabi.  Akak buat gak tapi kali ni tak lengkap sebab malas nak gi kedai.
Bahan-bahan:
  • 1 paket mee kuning - dicelur
  • 1 paket fish ball-tak ada stok
  • 4 biji tauhu pok-tak letak
  • 4 biji telur - direbus & dibelah 2-akak tak letak
  •  daun sup-dihiris
  • 3 biji cili merah - dihiris
  • 3 biji limau kasturi - dibelah 2
  • 2 biji ubi kentang-belah 4 
  • Untuk kuah:
  •  3 camca besar  minyak 
  • 4 camca besar rempah kari 
  • 400gm daging- dipotong kecil 
  • 1/2 kg-500gm santan pekat
  • 1 1/2 cawan -agak-agaklah nak pekat camner..akak suker pekat sikit.
  • garam  secukupnya
Bahan-bahan tumisan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih 
  • 1-2 tangkai daun kari 
  • 1/2 biji bawang besar, 
  • 2 biji bawang putih dan 
  • 2 biji bawang merah di hiris halus. 
Bahan-bahan kisar atau tumbuk
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 inci halia
Cara-cara
1.  Panaskan minyak.
2.  Masukkan bahan-bahan penumis, bawang yang telah di hiris dan  bahan2 kisar bersama daun kari.
3.  Kacau sehingga naik bau 
4.  Kemudian masukkan rempah kari dan kacau selama 2 minit.
5.  Masukkan pula daging bersama  ubi kentang dan kacau rata sehingga terbit minyak.
6.  Tuangkan santan, , garam  secukupnya..kalau rasa kuah tu pekat..tambahkan 1/2 cawan air.7.  Kacau sekali sekala.
8.  Bila kuah menggelegak, perlahankan api dan renihkan sehingga naik minyak.  Masukkan fish ball, fish cake, taufok dan rasa dulu yer.
9.  Biar mendidih semula sebelum diangkat .

Jumaat, Januari 13, 2012

Dah Lama Tak Makan Mee Kari Sedap

Sejak suami doktor kata ada kolestrol tinggi (dah ok dah skrg ni)dia tak suka makan masakan bersantan.  Akak kenalah dengar apa yang doktor sarankan tak boleh makan itu dan ini.
Bila tekak teringin nak makan, akak pun buatlah semalam.  Tak per kan sekali-sekali.

Bahan-bahan
  • 1 paket mee kuning - dicelur
  • 2  fish ball-dihiris
  • 4 biji tauhu pok-potong 2
  •  daun sup-dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • bawang merah goreng
  • 2 biji tauhu-di goreng pastu di hiris tipis
  • 1 biji limau nipis
  • taugeh-dicelur

  • Untuk kuah
  • 4 camca besar rempah kari daging-Babas
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 500gm/1/2 kg  daging lembu- dipotong kecil 
  • 1/2 kg@500gm santan pekat
  • 1-@1 1/2  cawan air -agak-agaklah nak pekat camner..akak suker pekat sikit.
  • garam  dan sedikit gula
  • minyak secukupnya
Bahan-bahan tumisan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih 
  • 2 biji pelaga
  • 2 bunga lawang
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih dan 
  • 2 biji bawang merah di hiris halus.
Bahan-bahan kisar/tumbuk
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 camca teh udang kering
  • 1 inci halia
Cara-cara
1.  Panaskan minyak secukupnya.
2.  Masukkan bahan-bahan penumis, bawang yang telah di hiris sehingga layu.
3.  Kemudian masukkan bahan-bahan cili kisar, tumis sebentar dan barulah dimasukkan bahan-bahan kisar bersama daun kari.Kacau sehingga naik bau.
4.  Kemudian masukkan rempah kari  dan sedikit air dan kacau selama 2 minit sehingga terbit minyak dengan api kecil.
5.  Masukkan pula daging dan kacau rata sebentar.
6.  Tuangkan santan  bersama 1 cawan air dan  garam  secukupnya..kalau rasa kuah tu pekat..tambahkan lagi 1/2 cawan air.
7.  Kacau sekali sekala.
8.  Bila kuah menggelegak, perlahankan api dan renihkan sehingga naik minyak.  Masukkan fish ball, fish cake, taufok dan rasa dulu yer.
9.  Biar mendidih semula sebelum diangkat .
10.  Ambil mee dan  hiasanya di tuang kuah dan bolehlah di makan jam tu gak.

p/s dengar cerita Hattan bercerai lagi...aduhai artis..artis..macam-macam hal lah

Isnin, Mac 02, 2009

Mee Kari Bonda

Tertariklah pulak nak cuba resepi mee kari bonda dari ita http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/ di johor...pasal ni dari bonda kesayangan dia...akak c & p aje...tapi akak edit sikitlah ita..

Bahan-bahan ( 6~8 orang ) :

*** Bahan untuk kuah :

  • 4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
  • 1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
  • 1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**)
  • 500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
  • 4 tangkai daun kari
  • Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
  • 1 labu bawang besar – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang merah – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang putih – dikisar (*)
  • 200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang-akak tak letak pun
  • Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
  • 4 keping asam keping / asam gelugur
  • Garam & perasa secukupnya

*** Lain-lain bahan & hiasan :

  • 1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
  • Taugeh – dicelur
  • Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur-tak letak
  • Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
  • Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
  • Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
  • Cili merah – dihiris halus
  • Daun bawang & daun sup – dihiris halus
  • Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara :

Untuk kuah :
  1. Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.

  2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.

  3. Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.

  4. Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.

  5. Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.

  6. Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.

  7. Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...

Cara hidangan :
  1. Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya.

  2. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...