OOO

Memaparkan catatan dengan label miri sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label miri sarawak. Papar semua catatan

Isnin, Januari 08, 2018

MUZIUM PETROLEUM MIRI SARAWAK

Assalamualaikum

N3 kali ni kira macam throwback yer
Setelah jalan jalan dan ambil gambar diThe Grand Oil Lady Miri kami ke  Muzium Sains Petroleum Miri yang tersergam indah di atas Bukit Kanada.

Berbaloi bawa anak-anak kerana kat situ tersimpan susur galur perkembangan industri petroleum di Malaysia terutama Sarawak.

 Muzium Sains Petroleum Miri yang tersergam i
ndah di atas Bukit Kanada 


Kat sini kita  dapat menambah pengetahuan betapa pentingnya petroleum dalam kehidupan harian.
ungkin ramai yang tidak tahu, produk daripada petroleum digunakan untuk membuat ubat gigi, gula-gula getah dan ubat sakit kepala,


antara yang boleh di terokai
imran baca apa tu

Muzium ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang dan ditutup pada Isnin.


Wajah pemerintah negeri Sarawak pada zaman dahulu
bila berdua lagi seronok menjelajah di tempat ini

haiiii
warna warni menarik perhatian
kereta kelisa

Jangan lupa ke sini bila sampai ke Miri yer

Khamis, Oktober 30, 2014

Breakfast Di Restoren Nur Miri (JJCMM)

Assalammualaikum 

Bila dah duk jauh dari kaum kerabat memang terasa sunyi terutama weekday bila Imran bersekolah dan suami kerja sepanjang hari.

Dulu kan akak biasa gi menjengkit ke event, kat sini tiada lagi tu semua.  Mula mula cuma kenal blogger Rozi sahaja, pastu kenal rakan rakan beliau bila 2 kali gi makan makan kat rumah Rozi.

Takdirnya akak berjumpa lagi seorang kakak kenalan lama masa mengajar dulu, tapi taklah rapat sangat sebab cuma pernah jumpa sekali sekala masa akak mengajar di Kuala Lumpur. 

Bila dapat jumpa Onie setelah chat di fb memang terasa happy sebab bertambah kenalan. Onie kenalkan pula dengan rakan-rakan beliau yang memang dah tinggal kat sini.

Jadilah kami ni rakan rakan jalan jalan cari makan sebab kami ni housewife, bolehlah pergi breakfast bila masing masing free waktu pagi.

Selalunya 2 atau 3 minggu sekali kami cari port makan  sebab ada yang tak pernah pergi. Cam Onie kata kira cam Jalan-Jalan Cari Makan di Miri (JJCMM).
Kali ni kami pilih nak sarapan pagi di Restoran Nur yang terletak di sebelah  Hotel Nur yang mendapat feedback yang baik dari pelancung yang pernah bermalam di Miri.  Hotel Nur ni kepunyaan orang Islam dah tentu kita merasa selesa menginap di sini.

Dah lama dah Onie sebut nak cuba sarapan kat sini.

Tak salah pilihan kami kerana sarapan yang di sediakan memenuhi selera kami berempat.  Kat Miri payah gak nak cari nasi lemak yang sambalnya sedap, kat sini sambalnya menetapi selera akak.  Ada gak disediakkan kari ayam.
Ada gak roti bakar, cereal, buah-buahan dan kueh mueh yang sedap terutama popia
Kami puas hati sebab kat sini boleh makan sambil pot pet pot pet dalam suasana nyaman dan yang paling seronok dapat jumpa owner Hotel Nur. Harganya pun berpatutan.

Kalau sesiapa yang nak bercuti ke Miri bolehlah bermalam di Hotel Nur.

Alamat
Lot 1271-1274
Blok 9 MCLD
Jalan Bendahara
98000 Miri
No talipon : 085-420 420

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...