Akak baru terima hadiah harijadi ni hari Rabu lepas.
Hadiah harijadi tahun lepas (bulan Disember) ni dah di poskan oleh member my resepi..tapi si posmen punyalah pandai sehingga dia tak jumpa rumah. Memang leceh kawasan rumah akak ni..lot bertarabur. Sebenarnya posmen tu malas cari....nak kerja senang ajer.Selalunya kalau akak beli barang yang besar terutama barang lama ataupun dalam kotak, mereka malas nak hantar kat umah, cuma tinggalkan sehelai kertas pastu suruh ambil kat pejabat pos sentul. Malangnya hadiah hari jadi akak ni dia orang perap begitu lama sekali dan akhirnya pejabat pos pulang balik kat pengirim di Petaling Jaya.
Akak pernah gak beli barang dari luar negara, walaupun kena ambil kat pejabat pos sentul..akak tak kisah.Entahlah tak tau nak kat apa. Bila dah sampai balik ke pengirim, dia suruh akak gi ambil kat office dia.
Dek di sebabkan akak ni kadang-kadang sibuk mengalahkan perdana menteri, selalulah akak tak dapat gi ke pejabat member kat shah alam. Dan tertunailah hasrat di hati bila dapat pergi ke office member minggu lepas dan mengambil hadiah harijadi yang terlewat ni.
Apa pun terima kasih buat member Myresepi yang bersusah payah mengirim dan menyimpan hadiah harijadi akak tahun lepas. Akak suka dapat bekas ramekin ni. Boleh isi macam-macam.
p/s nasib baik tak pecah kan...kalau idak sedih sih
