OOO

Memaparkan catatan dengan label open house 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label open house 2010. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 06, 2010

Sebelum Ke Party Vaseline

Selepas menghantar Firdaus aka manager akak di DIGI House Shah Alam, akak bergegas ke rumah member blogger  Aus.  Orang dah jemput , tak sedap hati tak pergi.

Dari Batu Tiga Shah Alam memang tak boleh ikut Federal Highways bila nak balik..sebab jalan sesak..

Akak guna lebuhraya NKVE pastu masuk DUKE..biarlah bayar tol dari akak terperangkap kat jalanraya dan buang masa ajer kat situ.   Dalam 35 minit dah sampai ke Taman Melati, Setapak. 

Bila masa jalan sesak camni rasa berbaloi gak guna highway bertol.
sebab apa akak pergi..sebab perut lapar..taklah..dah kenal dah Aus (pangkat anak ni) ..sekarang ni Aus dah cool down..jarang nak jumpa ...lagipun rumah Aus dekat dengan rumah akak. 
Macam rumah orang kawin, macam-macam ada....akak makan yong tau fo, cendul dan satay..tapi makan sorang-sorang ni tak bestlah. Makan macam tak kenyang ajerlah.
Dari Taman Melati, terus balik rumah dan suruh Ira dan Imran bersiap nak gi open rumah jiran sekampung.
Rumah ke 2 ni...akak cuma jamah  sedikit bihun sup dan laksam.  Ada juga nasi dagang..tenguk ajerlah...
 
lepas  tu gi  pulak rumah sebelah (kebetulan buat juga open house di hari yang sama) walaupun perut dah kekenyangan..akak gi jugak..dah jiran sekampung..tak pegi tak sedap pulak..akak makan laksa sikit...ambil hati tuan rumah.
Pastu sibuk ambil gambar..jiran dan adik ipar ni belum makan lagi..mereka kelaparan..sebab gantung periuk dan kuali.  Bedal sampai kenyang..kan Usop dan Linda.
Kat sini memang mewah dengan makanan, ada lemang, nasi, roti jala dan kari daging, mee soto...kalau kelaparan memang akak ngap semua tu.
Imran dengan adik sepupu..malam party vaseline tu dia nak ikut...ishhhh mana boleh..terpaksalah pujuk dia..nak ajak dia gi jejalan bila cuti sekolah nanti..

nak buat camner Imran...mak ni kan hati muda..kih..kih... (sebab pernah terbaca kat  blog orang kata akak macam tu)

...ada akak kisah..janji suami akak izinkan..sayang abang..muahhhhhh

Jumaat, Oktober 01, 2010

Beraya Di Rumah Maz Dan Jumpa Chef / Sifu Masakan

 Tak sangka dapat jumpa denganYatt yang balik bercuti ke sini dari Finland.  Akak sajer tak bagi tau Maz.  Nak buat surprise...maaf tuan rumah enggan di kenali.

Dah lama dah nak jumpa Yatt ni dari tahun lepas...tapi ashik tak jadi ajer sampailah dia balik lagi tahun ni..oleh sebab Yatt tak reti nak gi rumah Maz..akak jadi penunjuk arah  tapi yang drive manager akak.
Sampai kat rumah Maz rupernya dah ramai yang ada..tengah bersantap..ada

 Dari belakang Jasmeen (taukeh kek-nak order klik kat sini yer),
Yatt, Noni (taukeh cheesecake)  dan Kak Liza
Semua tengah duk bersembang selepas makan tengahari.  Tuan rumah masak masakan kampung..best..pastu dessert pulak ada pisang dan aiskrim..tak tau apa ke nama nak panggil apa?
seronok berjumpa dengan geng masak-masak ni...walaupun pertama kali jumpa dengan Yatt, Noni dan wan..bila sembang macam dah kenal lama..betullah orang kata kalau geng masak ni mulut memang peramah.
macam-macam ada...takoyaki, biskut dan kudapan dari Bahrain..sedap...
 ada juga  choco paradise cheesecake dari Noni..kena makan puas-puas sebab memang tak ada resepi di internet..secret recipes kiranya.
Bila tuan rumah suruh rasa kudapan dari Bahrin..memang akak terjatuh cinta...sedap weiii dengan tak malunya akak makan banyak kali.
oh yer..Kak Liza @ Chef Hanieliza telah melancarkan buku resepi baru.  Dapatkan di kedai buku secepat yang mungkin.
ole-ole dari Kak Liza..terima kasih bebanyak yer....bolehlah buat gulai kawah nanti ni

Kecuh rumah Maz dibuatnya ...maaf yer Maz jika ada terkasar bahasa..dan buat member-member maaf jika ada perkataan yang menyinggung perasaan kamu semua.

Lepas tu berangkat ke rumah mamafami lah pulak..

Khamis, September 30, 2010

Jumpa Geng Myresepi-Sekitar Majlis Open House Cum House Warming Puan Zaiton

alhamdulliah dimurahkan rezeki akak ...contest yang akak anjurkan mendapat ramai sponsor aka penaja...sampai tak tau nak agihkan macam mana.


luper nak bagitau..kalau ada lagi penaja baru sila edit balik syarat no 5..tu yang sentiasa akan berubah dari masa ke semasa jika ada lagi yang nak bagi ...harap maklum


Sape yang sudi silalah join..rugi sape yang tak join.  Tapi tak per minggu ni ada open house kan..sape yang tak dak gambar tu gilah ajer kat umah sape yang buat open house dan minta kebenaran ambil gambar orang tengah makan..


Ada berani ker buat camtu.......


Tak habis lagi kisah open house minggu lepas ni..


Dalam hujan lebat akak keluar juga dari rumah Yanmie disebabkan nak pegi  ke rumah ke 3 hari sabtu lepas.  Walaupun banyak yang di pot pet pot pet dengan Yan..tapi masa tidak mengizinkan.

bila sampai  kat rumah Puan Zaiton.(gambar dari blog beliau).wah ada kambing pangganglah..
tentulah akak makan ni dulu dan di sulami dengan kuehtiaw goreng yang sedap giler

Antara menu yg dihidangkan ialah :
1. nasi goreng cina
2. lemang dan rendang daging
3. soto ayam dgn nasi impit/mihun
4. kuey teow goreng panas2
5. BBQ ayam/sausage/kambing
6. kambing golek panggang
7. ABC
8. Fruitlet dan tapai
9. air oren dan teh tarik

 Imran makan air  batu campur sampai 2 kali
 ada sosej dan ayam bakar aka bbq
Ada juga  kek coklat, kek marble dan cookies yang di buat sendiri oleh Puan Zaiton tapi tak sempat nak merasa sebab perut dah kekenyangan.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
 Suami yang baik hati membiarkan isteri pot pet pot pet...
 member myresepi yang selalu di ingati..ambil dari blog Puan Zaiton

lepas dari rumah Puan Zaiton ni ada lagi satu open house member blogger tapi tak sempatlah nak pergia..

maafkan akak yer Rozali..akak dahlah tersangkut kat jalan bandar klang tu ... pastu kena merempit balik dari shah alam  ke rumah sebab suami akak nak buka puasa..dia pun tak join akak pergi open house ni..

Suka pot pet dan jalan-jalan tapi rumahtangga dan suami mesti di utamakan juga kan....setuju  tak isteri-isteri sekelian?

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...