OOO

Memaparkan catatan dengan label nasi ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi ayam. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 21, 2012

Nasi Ayam/Ayam Goreng Berempah

Akak buat masa Yana baru sehari sampai kat rumah.  Dia teringin nak rasa masakan mak dia..biasalah kan orang duk jauh  ni kena layan apa dia nak makan.
Bahan-bahan untuk sup 
2 ketul ayam potong kecil
7 biji bawang kecil*
5 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 kiub ayam maggi(optional)
Air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan sampingan
daun sup dan daun bawang
bawang goreng

Sos cili
timun/salad


Untuk Tumisan

1 labu bawang besar )
2 biji bawang merah ) semua di hiris halus
1 biji bawang putih )
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 bungkus sup punjut (akak guna mak siti)
marjerin/minyak/mentega secukupnya

Cara-cara

1. Basuh ayam sebersihnya.
2. Kisar/tumbuk  bahan bertanda *.
3. Tumis bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang yang telah di hiris.
4. Setelah berbau wangi masukkan pula bahan kisar.
5. Masukkan pula ayam yang telah di bersihkan.
6. Setelah ayam kecut..masukkan pula air.
7. Masukkan stok maggi dan sup punjut.
8. Biarkan mendidih dengan api perlahan lebih kurang 20 minit, rasa dan padam api.

Bahan untuk nasi

4 cawan beras basmathi-rendam 20 minit, basuh dan toskan
6 cawan air rebusan ayam
sedikit minyak dan mentega
sedikit  garam
1 labu bawang besar #
1 biji bawang putih  #di hiris halus
1 inci halia  #
1 helai daun pandan disiat dan di simpul (optional)
 
Cara-cara

1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bahan hiris dan daun pandan  dengan mentega/minyak masak.
3. Masukkan beras dan air rebusan ayam tadi. Masak macam nasi biasa danmasukkan juga sedikit garam kacau rata.
4. Bila nasi dah masak..kareh dengan chopstick.
Kalau boleh perap ayam lama yer..dalam 4-5 jam sebaiknya semalaman..kalau nak cepat dalam 2 jam..tapi rasa kurang kick sikit. 
Bahan-bahan
  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
  • 1 inci halia (dikisar kasar)
  • 3 batang serai (dikisar kasar)
  • 1 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar  serbuk kari ayam (akak guna baba's)
  • 1 biji telur-akak tukar letak 1 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu besar tepung jagung-akak tukar ke tepung beras
  • daun kari secukupnya
  • serbuk kunyit
  • minyak secukupnya
  • garam dan sedikit gula secukupnya

Cara-cara


  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Akak perap semalaman dan sebelum goreng campurkan 1-2 sudu tepung beras dan gaul rata.
  2. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing bersama daun kari.
  3. Gunakan api sederhana perlahan sahaja.
  4. Hidangkan panas-panas.

Isnin, Julai 11, 2011

Resepi Nasi Ayam Goreng

 Kalau mood tak nak masak tapi anak-anak nak makan, akak akan masak nasi ayam.  Paling senang dan cepat.  Pastu semua orang suka makan. Akak ikut stail mak akak masak pulak kali ni..cam boring ajer ashik makan nasi ayam ipoh. 

Bahan-bahan untuk sup
1 ekor ayam di belah 8
1 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
7 biji bawang kecil*
5 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 kiub ayam maggi(optional)
1 punjut adab
Air ikut keperluan
1 batang akar daun sup
garam secukupnya

Bahan hiasan
daun sup dan daun bawang-di hiris halus
bawang goreng

Untuk Tumisan
1 labu bawang besar )
2 biji bawang merah ) semua di hiris halus
1 biji bawang putih )
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
2 bunga lawang
marjerin/minyak/mentega secukupnya

Cara-cara
1. Basuh ayam sebersihnya.
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Tumis bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang yang telah di hiris.
4. Setelah berbau wangi masukkan pula bahan kisar.
5. Masukkan pula ayam yang telah di bersihkan.
6. Setelah ayam kecut..masukkan pula air.
7. Masukkan stok maggi, garam dan akar daun sup.
8. Biarkan mendidih dan padam api.
9. Toskan ayam.

Bahan untuk nasi
2 cawan beras basmathi-rendam 30 minit dan toskan (beras biasa pun boleh)
3 cawan air rebusan ayam
marjerin/minyak/mentega
sedikit garam
1 labu bawang besar)
1 biji bawang putih )di hiris halus
3 biji bawang kecil )
1 inci halia )
1 helai daun pandan-di siat dan di ikat
 
Cara-cara
1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bawang yang telah dihiris dengan margerin. .
3. Masukkan beras, daun pandan  dan air rebusan ayam tadi. Masak macam nasi biasa.
4. Masukkan juga sedikit garam dan kacau sekali sekala
5. Bila nasi dah masak..masukkan 1 sudu makan margerin. Kacau dengan menggunakan chopstick..baru nasi nampak lawa tak patah.
Bahan untuk perap ayam
1. Perapkan ayam dengan sos tiram, kicap dan sedikit garam dalam 30-1 jam.
2. Goreng sekejap dan toskan dan bolehlah di hidangkan.
Sos beli yang siap ajer.  Makan dengan timun pun sodap sos ni.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...