OOO

Memaparkan catatan dengan label ayam goreng berempah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam goreng berempah. Papar semua catatan

Rabu, Januari 10, 2018

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH BANYAK SERDAK

Assalamualaikum semua

Kalau beli ayam goreng kat mana mana, anak anak paling suka serdaknya.  Akak tak tau apa yang buatkan ayam goreng berempah ada serdak, ingatkan letak serai banyak-banyak.

Akak ni rajin baca komen komen kat fb, terutama tentang tips dapur, pastu terbaca ada seorang bagitau kalau nak serdak banyak letaklah kelapa parut.

Akak pun cuba buat, betul jadi, tapi akak goreng terus, tak toskan lebihan rempah pastu goreng.  Akak terus ajer goreng bersama rempah.  Nanti kalau rajin nak cuba buat lah.



Bahan-bahan
1 ekor ekor ayam- potong 18
1 cawan kelapa parut-ambil putih
2 sudu besar cili kisar

2 sudu besar rempah kari babas
2 sudu besar tepung jagung

Serbuk kunyit
Garam
sedikit gula
3 tangkai daun kari
Minyak untuk goreng

Serbuk perisa/stok ayam-pilihan

Bahan Kisar
4 batang serai
1 inci lengkuas

2 inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar biji

1 sudu kecil jintah putih
10 biji bawang kecil/2  biji bawang besar
6 bawang putih
air secukupnya


Cara-caranya
1. Gaul bahan kisar bersama garam, gula dan kelapa.
2. Gaulkan semua bahan yang di kisar  bersama ayam dan bahan yang lain kecuali minyak masak.
3.  Perap dalam 1 jam kalau nak sedap semalaman.
4. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing bersama daun kari.

5. Gunakan api sederhana perlahan sahaja
6. Hidangkan panas-panas. 

Selasa, September 20, 2016

Ayam Goreng Berempah Sedap

Assalammualaikum semua

Setiap minggu ada ajer agenda, hingga tak ada masa nak update blog.  Dah balik jalan rasa penatlah pulak, nak duk depan pc pun lemau.




Sumber Asal : Fp Chef Joha 
Bahan-bahannya 
1kg Ayam Segar (di potong - ikut citarasa) 
1.5 inch halia - ditumbuk 
1.5 inch lengkuas - ditumbuk 1.5 inch kunyit hidup - ditumbuk 
2 sudu besar biji ketumbar - disanggar & ditumbuk halus 
1 sudu teh jintan halus - disanggar & ditumbuk halus 
1 sudu besar cili kisar (tanpa cuka / cili serbuk) 
3 ulas bawang putih 
2 sudu besar gula halus 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menggoreng 
1 1/2 sudu besar serbuk kari 
3 batang serai - potong pendek tumbuk lumat  
5 ulas bawang merah - tumbuk - 
sedikit daun kari - masukkan semasa menggoreng 

Cara-caranya 
Potongan ayam di bersihkan dan di buburkan sedikit garam, gaulkan dan di tepikan. 
Semua bahan-bahan rempah biji bijian(disanggar) dan ditumbuk halus, bawang putih, halia,kunyit, lengkuas di tumbuk jangan terlalu halus.
Gaulkan kepada ayam rata-rata bersama gula halus, serbuk rempah yang di tumbuk serta serbuk kari.
Di peram di peti sejuk selama sekurangnya 1 jam atau lagi lama lagi baik. 
Panaskan minyak dikuali untuk mengoreng. 
Bila sudah panas tarukkan ayam di dalam kuali dan masukkan daun kari.
Jangan terlalu banyak bila di goreng, supaya ia mudah garing. Sajikan panas2. 

Selasa, April 19, 2016

Ayam Goreng Berempah Beriani

Assalammualaikum semua

Dah makan ker belum?

Kat rumah akak sekarang ni tinggal seorang anak ajer, anak bongsu penghibur hati, nasib baik gak ada anak masih bersekolah  menengah, busyy gak lah hantar ke sekolah.  Kalau tak ada, mau mati kutu kami berdua sebab anak anak dah tak tinggal bersama lagi.

Sedih kan, dulu masa kecil riuh rendah dan penat ke dapur, sekarang ni buat apa pun tak habis sampai suami akak kata kalau nak makan kek atau apa apa gi beli ajer.  

Imran ni pulak suka ayam dan daging, udang dan sotong kurang, ikan pula  memilih...nak senang selalunya akak buat perapan ayam camni masuk dalam peti atau bekukan.  Bila balik sekolah baru goreng ayam ni, resepi ni akak olah dari blog SINI

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak  keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Isnin, Jun 22, 2015

RESEPI AYAM/PUYUH GORENG BEREMPAH YANG RANGUP DAN SEDAP

Assalammualaikum
Terjumpa burung puyuh mentah kat Pasar Pagi 
Salak, ada jual yang dah perap.  Akak takut nak beli takut tak sedap.
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil atau burung puyuh

2 inci halia**
2 biji bawang besar**
6 ulas bawang putih**
7 batang serai**

1 1/2 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 1/2 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
1 sudu besar cili kisar 
sedikit serbuk kunyit 
garam secukupnya
1 sudu gula 
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telor (dipukul dahulu)
2 sudu besar rempah kari ayam

Caranya:

  1. Ayam dibersihkan setelah disalut dgn tepung gandum.
  2. Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air lumat bersama ketumbar, jintan dan se hingga lumat.
  3. Dalam bekas satukan semua bahan kisar, serbuk kari, cili kisar, garam dan sedikit gula. 
  4. Masukkan ayam  dan ramas daun kari sehingga sebati dan perap sehingga 1 atau 5 jam.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk.  Sebelum goreng masukkan telur dan tepung jagung.
  6. Panaskan minyak kemudian perlahan api sederhan, masukkan ayam ...goreng sehingga masak.
  7. Insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup hingga ke petang.. selamat mencuba...

Sabtu, Julai 12, 2014

Resepi Ayam Goreng Berempah Dan Nasi Lemak

 Assalammualaikum semua

Tekak teringin nak makan nasi lemaklah pulak, pagi pagi gi cari bahan.  Kat sini punya nasi lemak kurang umphh sebab sambal manis.
Resepi nasi lemak kat sini
sambal tumis udang kat SINI


Bahan-bahan
  • 10 kepak ayam
  • 4 batang serai* (kalau nak lebih pun boleh)
  • 3 biji bawang putih*
  • 4 bawang merah*
  • 11/2 sudu teh serbuk kunyit*
  • 11/2 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan rempah kari babas
  • 1 sudu makan serbuk cili (cili kisar pun boleh)
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
  • minyak untuk  menggoreng
  • 4-6 tangkai daun kari
Cara-caranya
1. Basuh kepak  dan toskan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi kepak ayam dan gaul rata semua bahan kisar.
4. Masukkan serbuk rempah kari, garam, sedikit gula dan serbuk cili (cili kisar)
5. Peraplah selama mana yang boleh tapi sekurang-kurangnya 1 jam.
6. Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry dan masukkan bersama se tangkai daun kari. Sedap di makan panas-panas.





Rabu, Oktober 02, 2013

Resepi Kepak Ayam Goreng Berempah

Assalammualaikum semua
Kegemaran anak-anak kepak ayam ni...kalau beli ayam kan cuma ada 2 kepak ajer..ashiklah berebut dengan mak dia.  Akak beli kepak ajer kali ni tapi cam biasalah kalau beli kepak ajer harganya mahai sikitlah.
Bahan-bahan
  • 12-15 kepak ayam
  • 3 batang serai*
  • 6 biji bawang putih*
  • 4 bawang merah*
  • 1 sudu serbuk kunyit*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan rempah kari babas
  • 1 sudu makan serbuk cili (cili kisar pun boleh)
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
  • minyak untuk  menggoreng
  • 4-6 tangkai daun kari
Cara-caranya
1. Basuh kepak  dan toskan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi kepak ayam dan gaul rata semua bahan kisar.
4. Masukkan serbuk rempah kari, garam, sedikit gula dan serbuk cili (cili kisar)
5. Peraplah selama mana yang boleh tapi sekurang-kurangnya 1 jam.
6. Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry dan masukkan bersama se tangkai daun kari. Sedap di makan panas-panas.

Sabtu, Julai 21, 2012

Nasi Ayam/Ayam Goreng Berempah

Akak buat masa Yana baru sehari sampai kat rumah.  Dia teringin nak rasa masakan mak dia..biasalah kan orang duk jauh  ni kena layan apa dia nak makan.
Bahan-bahan untuk sup 
2 ketul ayam potong kecil
7 biji bawang kecil*
5 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 kiub ayam maggi(optional)
Air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan sampingan
daun sup dan daun bawang
bawang goreng

Sos cili
timun/salad


Untuk Tumisan

1 labu bawang besar )
2 biji bawang merah ) semua di hiris halus
1 biji bawang putih )
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 bungkus sup punjut (akak guna mak siti)
marjerin/minyak/mentega secukupnya

Cara-cara

1. Basuh ayam sebersihnya.
2. Kisar/tumbuk  bahan bertanda *.
3. Tumis bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang yang telah di hiris.
4. Setelah berbau wangi masukkan pula bahan kisar.
5. Masukkan pula ayam yang telah di bersihkan.
6. Setelah ayam kecut..masukkan pula air.
7. Masukkan stok maggi dan sup punjut.
8. Biarkan mendidih dengan api perlahan lebih kurang 20 minit, rasa dan padam api.

Bahan untuk nasi

4 cawan beras basmathi-rendam 20 minit, basuh dan toskan
6 cawan air rebusan ayam
sedikit minyak dan mentega
sedikit  garam
1 labu bawang besar #
1 biji bawang putih  #di hiris halus
1 inci halia  #
1 helai daun pandan disiat dan di simpul (optional)
 
Cara-cara

1. Basuh beras dan toskan.
2. Tumis bahan hiris dan daun pandan  dengan mentega/minyak masak.
3. Masukkan beras dan air rebusan ayam tadi. Masak macam nasi biasa danmasukkan juga sedikit garam kacau rata.
4. Bila nasi dah masak..kareh dengan chopstick.
Kalau boleh perap ayam lama yer..dalam 4-5 jam sebaiknya semalaman..kalau nak cepat dalam 2 jam..tapi rasa kurang kick sikit. 
Bahan-bahan
  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
  • 1 inci halia (dikisar kasar)
  • 3 batang serai (dikisar kasar)
  • 1 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar  serbuk kari ayam (akak guna baba's)
  • 1 biji telur-akak tukar letak 1 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu besar tepung jagung-akak tukar ke tepung beras
  • daun kari secukupnya
  • serbuk kunyit
  • minyak secukupnya
  • garam dan sedikit gula secukupnya

Cara-cara


  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Akak perap semalaman dan sebelum goreng campurkan 1-2 sudu tepung beras dan gaul rata.
  2. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing bersama daun kari.
  3. Gunakan api sederhana perlahan sahaja.
  4. Hidangkan panas-panas.

Selasa, Januari 10, 2012

Resepi Ayam Goreng Berempah Hidangan Kenduri


Masa kenduri bulan lepas 31hb. Disember 2011 (Sabtu) kami menyediakan ayam goreng berempah.  Akak yang gi pasar beli 20 ekor ayam dan bersihkan sorang-sorang.  Fuhhh macam nak bukak kedai jual ayam goreng berempahlah pulak.  Terima kasih mak sebab tolong siapkan rempah ratus bahan perapan.

Resepi asal dari dayangjack tapi akak ada tukar bahan-bahan perapan.  Jangan marah yer Dayang.  Kami perap ayam ni semalaman  dan goreng pada pagi Sabtu dan dah tentulah bahan perapan kena berkali kali kali ganda banyaknya.  Alhamdulliah tetamu kata sedappppp. Cubalah yer

Bahan-bahan
  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
  • 1 inci halia (dikisar kasar)
  • 3 batang serai (dikisar kasar)
  • 1 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar  serbuk kari ayam (akak guna baba's)
  • 1 biji telur-akak tukar letak 1 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu besar tepung jagung-akak tukar ke tepung beras
  • daun kari secukupnya
  • serbuk kunyit
  • minyak secukupnya
  • garam dan sedikit gula secukupnya

Cara-cara


  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Akak perap semalaman dan sebelum goreng campurkan 1-2 sudu tepung beras dan gaul rata.
  2. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing bersama daun kari.
  3. Gunakan api sederhana perlahan sahaja.
  4. Hidangkan panas-panas. 

 p/s kalau tak percaya cuba tanya geng tali baruts yang hadir 

Jumaat, Disember 31, 2010

Khao Mok Gai


Keluar terus dari bilik hotel dan packing barang dalam kereta sebab nak tidur pula di Kuala Terengganu. Kami tak cari sarapan kat Kota Bharu tapi pergi pula ke Daerah Tumpat.
Bila lalu nampak ada warung/kedai makan jual ayam goreng panas-panas. Terus suruh encik driver berhenti kat tepi jalan. Nak jenguk apa yang sedap kat sini.

Banyak gak masakan kat sini..ada belut masak apa tah, ada daging dan sup tulang aka som-som/daging.
Mula-mula akak tak tau nak sebut balik. Penjual tu kata khao mok gai tapi akak dengar macam sebutan nasi gomok/gromok . Bila search kat google baru jumpa sebutan sebenar khao mok gai ataupun nasi beriyani thailand.

Rupanya ayam goreng tu di makan dengan khao mok gai . Akak ambil kat google gambar khao mok gai ni sebab lupa pulak nak ambil gambar. Kat tempat makan ni cuma nasi ajer yang di masak, tak dicampur dengan ayam.
Ayam di goreng garing selepas di perap dengan bahan istimewa. Memang sedap sungguh ayam goreng camni. Kami ambil 3 potong bersama pedal.
Ada juga di jual ketupat sotong. Akak cuba ambil satu. Sajer nak merasa.
Kat kedai ni ada juga di jual nasi putih dan sup daging/gear box/tulang. Kami makan khao mok gai dengan ayam goreng dan sup ajer. Memang sedap nasi ni. Nanti boleh cuba buat.
Kedai ni bersebelahan dengan Pusat Kesihatan Tumpat. Yang tak tahan banyak sangat kucinglah. Bila nak buat bayaran cuma RM22.50 setelah di campur air nescafe, teh tarik, kopi o dan milo. Murahnya..kata suami akak.

Jumaat, Ogos 27, 2010

Resepi Ayam Goreng Berempah (Versi Lain)

Apasallah internet ni ashik buat pasal ajer bulan puasa ni...ashik meragam ajer..sabar ajerlah kan..

Dah lama dah tak buat ayam goreng berempah. Imran sibuk nak ayam goreng. Ayam goreng tandori baru buat rasanya. Jadi tukar seleralah pulak.

Kali ni akak buat cara lain sikit. Akak tambah tepung kentucky dan bubuh serbuk cili/cili kisar. sajer ajer nak rasa kelainannya. Alhamdulliah sedap.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam potong 16
  • 3 batang serai*
  • 4 biji bawang putih*
  • 4 bawang merah*
  • 1 sudu serbuk kunyit*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan rempah kari babas
  • 1 sudu makan serbuk cili (cili kisar pun boleh)
  • 2 sudu makan tepung kentucy
  • sedikit garam
  • 4-6 tangkai daun kari
Cara-caranya
1. Basuh ayam dan toskan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan gaul rata semua bahan kisar.
4. Masukkan serbuk rempah kari, serbuk cili (cili kisar) dan tepung kentucky (tak kisahlah brand apa).
5. Garam letak sedikit ajer sebab tepung kentucy dah masin dan peraplah selama mana yang boleh tapi sekurang-kurangnya 1 jam.
6. Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry dan masukkan bersama se tangkai daun kari. Sedap di makan panas-panas.

Isnin, Februari 22, 2010

Resepi Ayam Goreng Lada Hitam

 
 Resepi ayam ni akak ambil dari majalah saji...senang ajer nak memasaknya...kat situ ayam tak goreng..leburkan ajer..tapi akak goreng sekejap..taklah lembek sangat ayam tu..anak-anak pun tak suker kalau ayam tak di goreng dulu...tapi terpulanglah pada diri masing-masing..nak goreng boleh..tak nak goreng pun boleh.  Akak tukar ajer sikit bahan dan cara..jomlah cuber yer..
Bahan-bahan
  • 800gm daging ayam-potong kecil
  • 6 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*-tumbuk bersama
  • 1 biji bawang holland-potong bulat-akak tambah
  • 1/2 biji lada benggala hijau-hiris memanjang
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada hitam-kisar kasar
  • 8 sudu besar kicap cair
  • 4 sudu besar sos lada hitam life
  • sedikit minyak masak
  • sedikit garam dan gula
Cara Menyediakan
1. Perap ayam dengan sos lada hitam life dan  sos tiram.  Perap sebentar-lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan  sedikit minyak dan goreng ayam sekejap.  Angkat dan ketepikan.
3. Guna minyak yang sama tumis pula bawang putih dan halia hingga naik bau.
4. Masukkan serbuk lada hitam, ayam, dan kicap cair.  Kacau rata dan sebatikan.
5. Kemudian masukkan lada benggala hijau, hirisan bawang dan garam secukup rasa.
6. Hidangkan segera.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...