OOO

Memaparkan catatan dengan label novel setia hujung nyawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel setia hujung nyawa. Papar semua catatan

Khamis, Januari 17, 2013

Tengah Layan Setia Hujung Nyawa

Assalammualaikum semua

Walaupun akak ni nampak garang tapi jiwa akak jiwa sentimental...suka layan novel yang penuh dengan ayat-ayat cinta dan puitis.

Akak tengah layan drama bersiri Setia Hujung Nyawa di TV3...mula-mula tak tenguk..tapi bila tertenguk episod ke 4 terus sukalah pulak..suka gak dengan lakonan Raja Ema..bila tenguk gaya berlakon macam arwah mak dia lah pulak...episod yang tak tenguk akak tenguk ajer kat tonton.com

 
tapi tulah ..drama ni di tayangkan pada waktu maghrib ...tak sesuai kan.  Nasib baiklah kat umah ni boleh rekod ataupun rewind balik sbb ada ab.
novel ni harganya RM19.90 sahaja..ada diskaun pulak tu kat Popolur
 
Drama bersiri SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia yang ditayangkan di TV3 mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.    
Dah jadi trend sekarang ni bila novel di jadikan drama/filem di Malaysia.  Jangan meleret-leret cam drama Adam & Hawa udahlah..sampai malas nak tenguk dah.

Drama bersiri 24 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Puan Haliza), Talha Harith (Hadi), Sura Sojangi (Sofea) dan Hairul Azreen (Iqram).


Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA: 
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. 

Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. 

Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. 

Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Penonton yang terlepas menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

p/s tak suka ...tak suka..tul bila tenguk suami mendera isteri dalam drama ni..tapi mungkin Zain bengang bila terasa diri di pergunakan sebagai pak sanggup. 


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...