OOO

Khamis, Januari 17, 2013

Tengah Layan Setia Hujung Nyawa

Assalammualaikum semua

Walaupun akak ni nampak garang tapi jiwa akak jiwa sentimental...suka layan novel yang penuh dengan ayat-ayat cinta dan puitis.

Akak tengah layan drama bersiri Setia Hujung Nyawa di TV3...mula-mula tak tenguk..tapi bila tertenguk episod ke 4 terus sukalah pulak..suka gak dengan lakonan Raja Ema..bila tenguk gaya berlakon macam arwah mak dia lah pulak...episod yang tak tenguk akak tenguk ajer kat tonton.com

 
tapi tulah ..drama ni di tayangkan pada waktu maghrib ...tak sesuai kan.  Nasib baiklah kat umah ni boleh rekod ataupun rewind balik sbb ada ab.
novel ni harganya RM19.90 sahaja..ada diskaun pulak tu kat Popolur
 
Drama bersiri SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia yang ditayangkan di TV3 mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.    
Dah jadi trend sekarang ni bila novel di jadikan drama/filem di Malaysia.  Jangan meleret-leret cam drama Adam & Hawa udahlah..sampai malas nak tenguk dah.

Drama bersiri 24 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Puan Haliza), Talha Harith (Hadi), Sura Sojangi (Sofea) dan Hairul Azreen (Iqram).


Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA: 
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. 

Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. 

Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. 

Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Penonton yang terlepas menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

p/s tak suka ...tak suka..tul bila tenguk suami mendera isteri dalam drama ni..tapi mungkin Zain bengang bila terasa diri di pergunakan sebagai pak sanggup. 


36 ulasan:

  1. saya pun dok folo drama ni tiap2 petang

    :)

    BalasPadam
  2. tu lah benci,tak sudah rase tertipu pon xbaik dera wanita

    sakit hati hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. zain hotlah tapi tak baikkan dera wife dia..cian

      Padam
  3. sy memang dah menyampah ngan zain tu kak...

    eee memang geram tgk zain tu....

    BalasPadam
  4. sy pon layan pagi2 hehehe..mmg over tau zain tuu..dah dpt bini cantek comel camtu bole pukul2 plak..heeeeeeeeee

    BalasPadam
  5. Saya cuma tgk sikit2 je citer nie kak ina.. tak sempat laa. Balik dari keja.. lewat.. Ingat mmg nak dptkan novel nie.. dah masuk dlm list.. dah..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala rinna ..layan kat tonton ajer..tak pun cari ajer kat google

      Padam
  6. saya tak tenngok cerita nih tapi ramai yang kata best.

    BalasPadam
  7. saya tengah follow citer ni..pastu besoknya kat opis, kitorang tengok ulangan kat intenet..pastu same2 mengomen..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah cik viva...psl komen memanglah ramai orang suka

      Padam
  8. akak tu bukan erma fatima... tapi Raja ema huhuhuhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah edit dah Awek Sakti yang Chumel..wah nama kamu ni semacam ajer ek....alahai tersilaplah pulak..tq yer

      Padam
    2. Sama-sama kasih kak....ahhahaha unik kan nama sy... hikhikhik.. panggil Deja pun buleh..

      Padam
  9. sy selalu tgk citer nie.. kat Cerita master.... kat sini...http://www.ceritamaster.com/2012/08/setia-hujung-nyawa-slot-akasia-full.html skip advertisment tu... lagik laju dari tonton... tonton selalu tersekat2 pastu lambat tgk.. seminggu pastu dah kena beli kalau nak tgkkk...
    selamat menonton....

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah baguslah kamu kasi link ni..nanti ramai yang gi terjah kat situ

      Padam
  10. orang perempuan mesti suka tengok ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang pempuan kan suka drama sedih dan jiwang jiwang camni titan..cepat rasa belas kasihan

      Padam
  11. kadang2 sha n hubby pun layan cite ni gak.. hehehe

    BalasPadam
  12. Uish bole geng ni kak. saya tiap2 hari tak pernah missed cerita ni. Memang sekarang rasa geram sangat dengan si zain tu menyiksa si ersalina tu. yerlah dia bengang sangat..tapi kalau tak suka lepas kan je lah nak seksa seksa mcmtu

    ex bf ersalina pon memang kurang ajar. dah tahu erl dah kawin apsal nak kacau datang. dah la perakus nafsu lepas tu tinggalkan je mcm tu tanpa kabar berita.

    okayla senang citer pelakon dia memang pandai pegang watak sampai kita semua marah..hahah

    walaupon dah tahu sinopsis nya ..tetap nak tengok jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah kamu pun minah jiwang ek qashmere..
      akak pun dah tau gak endingnya tapi masih nak layan kat tv

      Padam
  13. salam kak ina, saya pun jadi minat pulak tengok drama ni setiap hari, mesti x nak miss w/pun time maghribkena stop kejap. seronok time zain & ersalina baru nk sesuaikan antara satu sama lain tapi bila zain dh dera ersalina mcm x suka pulak tapi mcm x sabar nk tengok setrus endingnya. suka kat pelakon sebagai zain & ersalina mcm sesuai dia orang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah kak am..time maghrib kenalah stop..nasib baik ada astro beyond..leh rewind balik..

      Padam
  14. slow sikit la drama ni. tp pelakon dia agak tak strong. jimat kos kot si rosham ni nak gajikan pelakon muda.

    tp still tgk gak sebab nk isi masa lapang,

    BalasPadam
  15. tengah layan drama ni jugak. cuma novelnya aje belum beli lagi heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak yah beli novel ijah..tenguk kat tv dah tau ceritanya

      Padam
  16. saya pon layan setelah di beritahu oleh BFF..terpaksa tgk dari mula citer ni melalui blog ceritamaster.com tuh....citer ni lomantik gak ...tersengih2 tgk bila part dorang baru kawen gitu...tpi bila part si zain dah tau el ni dah kene tebuk tupai..benci je dgn si zain ni...
    tapi bff dah ckp yg zain ni pun penah terlanjur gaks dgn pompuan lain....then zain xcdnt..koma n si el jaga dia..bff ckp happy ending la...both of them setia ke akhirnyaaa...huhu...myra tak tgk kat tv sbb balik keje dah kul 7..time maghrib lagi..siap masak...siapkan si kecik...so tgk kat blog...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang dah tau penghabisannya tapi nak layan gak drama ni kat tv
      nasib baik skrg ni dah boleh tenguk kat internet kan myra

      Padam
  17. tau tak kat mane nak beli novel on9 yg free shipping ek?? hehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...