OOO

Memaparkan catatan dengan label panggilan hangit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panggilan hangit. Papar semua catatan

Isnin, Julai 22, 2013

Terkena Panggilan Hangit Lagi

Pernah sekali terkena panggilan hangit..tapi bukan dari HotFm yer..kali ni terkena lagi.

Baru nak pegang stereng keta..Imran baru naik keta pulang dari sekolah

Hp berdering-dering..akak teruskan drive

Imran tolong jawab..mak tengah drive ni

Hello..sape ni..

Mak dari balai polis?

Berderau darah akak dibuatnya..terus cari tempat selamat berhentikan keta.

Hello..

Hello ..saya nak tanya bila anak akak nak bayar duit saya!!! (suara punyalah garang)

Kenapa pula?

Dia ada pecahkan keta saya...

Eh..dia tak bagitau akak pun...(gabra akak dibuatnya)

Nama anak akak Fairuzkan..

Eh eh...fairuz...(nama anak akak Firdaus..kan dah kantoi)

terus teringatkan sesorang yang pernah kenakan panggilan hangit kat akak lama dulu
Terus berasap akak dibuatnya...

Apa lagi..

akak tengah drive ni..kamu ni.........pot pet pot pet pot petttttttttttt

Nak tau sape!!!!!! 

gangster dari kampung pisang 
 




Khamis, Jun 17, 2010

Isu Hangat Hari Ini (Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz)


 ambil dari google
Isu hangat kan hari..
BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei malam tadi mengumumkan baginda menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim selepas lima tahun berkahwin dengan bekas wartawan TV3 itu. 
Sultan Hassanal Bolkiah, 63, mengahwini Azrinaz pada 2005 dan mempunyai dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Dalam pengumuman khas yang dibuat di seluruh Brunei jam 8 malam itu dan disiarkan Radio Televisyen Brunei dibacakan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar antara lain menyebut:

“Atas sebab tertentu (yang tidak dinyatakan), berlandaskan hukum syarak berhubung perkahwinan, pada petang Rabu (16 Jun 2010) baginda Sultan Brunei menceraikan isteri baginda, Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu.”

Azrinaz, 30, melahirkan anak lelaki mereka kira-kira setahun selepas berkahwin manakala anak kedua, seorang perempuan pada 2008.

Menurut agensi berita AP, Istana Brunei turut menarik balik semua gelaran Dirajanya.
Bagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan.

Azrinaz dan Sultan Brunei diijabkabulkan pada 2005 di sebuah istana kerabat diraja Brunei di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan sahabat terdekat kedua-dua pihak.

Azrinaz atau lebih mesra dipanggil sebagai Naz adalah lulusan Diploma Penyiaran dan bertugas di stesen TV3 sejak 1999 sebelum meletakkan jawatannya sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran pada Mei 2005 atas alasan 'untuk menjalankan perniagaan sendiri.'

Sumber: Berita Harian Online
Yan ni pulak  ambil dari blog http://cikmin.com.  Terima kasih sayang.

PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam ini.
Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.
 Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.SUMBER
terima kasih google..
Kita mungkin tak tahu cerita di sebalik perceraian  ini.  Jangan orang Malaysia dan orang Brunei bergaduh udahlah. Dah tak ada jodoh.  Terima ajer Qada dan Qadar darinya.

Rabu, Jun 16, 2010

Sape Yang Terkena?

Alahai ..ingatkan tak ada orang minat dengan N3 semalam..(ala yang kritik tu).rupernya ramai yang bagi komen...sampai hari ni akak baru balas separuh.  

Ingatkan nak settle hari ni...tapi dah bawak anak-anak keluar...petang baru balik...langsung tak jadi nak buat.  Insyallah nanti ada masih akak blogwalking ek..lagipun akak tenguk ada jugak yang bagi komen tu ...orang baru.  Sabar yer..

Sejak akak dapat panggilan hangit dulukan(kalau nak baca gi ke SINI)..bila dapat call ajer..akak kena berhati-hati...takut terkena lagi.

Semalam ada panggilan melalui hp..no yang tertera 03-xxxxxxxx  ..siap sebut nama dan dari mana.

Assalammualaikum...boleh saya bercakap dengan Puan Haslina binti .......Saya Mohd dari Bonuslink.

Oooo saya ..sape ni?

Puan ingat tak bila kali terakhir ...puan gunakan Bonuslink.

Entahlah dah luperlah..dah lama tak pakai..sebab rosak..dah mintak baru tak sampai-sampai..sekarang ni guna anak akak punya ajer.

Bila Puan mohon?

Dari tahun lepas lagi.

Oh yer ker....dulu puan selalu guna kat mana? Kat Shell ataupun Parkson.

Parkson jauh...selalunya Shell , isi minyak.

Puan berminat tak nak dapat points 16,000?

(Dalam hati dah risau...mamat nak pekenakan aku ker)..
 Ala banyak tu ker? Taklah banyak sangat..ingatkan dapatlah 100,000..

Mamat tu dah gelak....
Banyak per 16,000 tu..boleh tukar dengan voucher Parkson dan boleh shopping untuk raya.

Ehhh sape ni...akak risau ni takut kena tipu.

Saya Mohd dari Bonuslink.  Kalau tak percaya akak call balik no ni dan cuba suruh dia orang cari saya.
Tulah pasal...disebabkan penipuan tu, kami dari syarikat yang betul pun terkena tempiasnya.  Lain kali jangan bagi maklumat tentang tempat tinggal, no ic, nama dan tel pada orang-orang yang tak berkenaan. Akak pakai kad kredit tak?

Ala..akak tak kerjalah..manalah bank nak bagi pakai kredit card.

Manalah tau..kot-kot suami akak bagi kad supplementary kat akak ker?

Laaa...suami akak kerja gaji tak sampai RM2,000 (akak dah nak tergelak dah)..mana layak nak dapat kad kredit pastu nak bagi akak.

Oooo pekerja am ker?

Ahahhhh...mana cukup gaji camtu kat Kuala Lumpur ni...nak bayar duit rumah..pakai pun kereta buruk.pastu anak semua belajar lagi.  Sekarang ni akak bantu hb buat kuih untuk di jual.

Anak akak belajar kat mana?

Bla...bla...seorang sekolah menengah dan seorang lagi sekolah rendah.  Banyak pakai duit tau.

Oklah kak...bagilah diaorang pelajaran supaya bila mereka dah berjaya, mereka akan ingat ibubapa mereka.  Terima kasih yer kak..

Sama-sama.

Tak modal dia nak pujuk akak nak dapat point dari kad kredit tu kan...Tergelak akak lepas tu..ishhhhh sekarang ni sape yang tertipu?  Mungkin dia betul pegawai perhubungan pelanggan bonuslink...dah tugas dia kena call orang cari customer..tapi tak salahkan kalau akak berhati-hati.

sekarang banyak sangat penipu...nak cari duit yang cepat dan mudah..betul tak?beringat sebelum kena.

Selasa, Mei 18, 2010

Akak terkena panggilan hangit

alamak tak bestlah sejak dar semalam lagi..sebab Fafu dah tak ada dgn si Fbi..dah ganti dengan Tini..pagi ni si Leya dengan si Kieranlah pulak..apasal ek dia orang tukar-tukar ni..mungin nak tarik lagi peminat sebab sekarang ni Sinar Fm dah jadi stesyen fofolur satu Malaysia.  Hotfm jatuh tempat ke 3 dan Radio Era naik balik ke tempat ke 2.

Pagi-pagi..masa hantar Imran gi ke sekolah memang akak layan Hotfm...sebab suker dengar panggilan hangit. Biar dengar panggilan hangit akak dan imran tergelak dalam kereta..agaknya orang kat luar kata akak ni tak betul.
Sebab selalu gelakkan orang..ha..padan muka..akak kena panggilan hangit hari sabtu lepas. Tak sangka kan panggilan hangit memang boleh hangitkan satu badan...nasib baik bukan satu malaysia dengar..cuma sorang ajer yang dengar..

Lebihkurang cam ni panggilan hangit ni yer..

Akak lepak kat pc..talifon berbunyi..

Im..gi angkat..

Hellooo ..sape ni..

Mak ada..nanti kejap.....Mak ada orang talipon..

Sape...entah tak tahu 

Akak gi jawab
Mr E....Hello ..saya dari Maybank..

Akak ...oooo nak suruh saya ambil kad kredit ker ?

Mr E...taklah..saya nak bagitau ni..Puan dah 3 bulan tak bayar kad kredit..

Akak...ahhhh lah..memang betullah ...saya memang tak bayar sebab ekonomi merosot..ingatkan dapat duit Nuffnang banyak bulan ni..jadi saya pun gi shopping
kat Jaya Jusco bulan lepas sebab ada JJ Members Sales...

Saya belilah apa yang saya suker..saya ingatkan dapatlah RM1,000 bulan ni..
Macamana ni...saya dah tak duit nak bayar..nak bagitau suami takutlah..mesti dia marah akak nanti...

Mr E...ooo kalau camtu Puan akan di istihar muflis tau..bila puan boleh bayar..kalau tak ada banyak..sikit pun boleh.....???

Akak..masalahnya saya memang tak ada duit langsung ni..tolonglah saya yer..ataupun tunggu bulan depan..akak tenguk duit nuffnang banyak sebab akak dapat buffered earnings banyak bulan ni...pastu menang pulak duit Project Alpha 2..adalah dalam ratus..

Mr E.. Okeylah camtu..nanti akak bayar yer lepas dapat duit dari Nuffnang tu..jangan luper tau. Lain kali janganlah nak berlagak sangat macam orang kaya..belum apa-apa dah shopping dulu. Macam peribahasa ni.. dengar hujan di langit ...air di tempayan di curahkan.

Sedarlah diri tu tak bekerja..tak ada pendapatan..nak melaram ajer lebih..lainlah kalau akak ni blogger fofolur cam Redmummy tu boleh dapat RM10,000.00 sebulan.
Akak..

Akak...eh eh...kamu ni lebih-lebih pulak..akak panggil ni Ketua Samseng Sentul..panggil orang bawahan akak gjumpa kamu kat Maybank..belasah kamu sampai patah riuk baru baru kamu tau langit ni tinggi rendah. Boleh belah lah lu...(akak dah naik angin dah...)

Mr E...yerlah..saya minta maaf..ampunkan saya yer Puan..(mesti dia dah terketaq kepala lutut masa ni...)

Akak..tahu takut yer..lain kali jangan pandai-pandai kenakan saya dengan Panggilan Hangit yer .

Itu sajer akak reka..tapi panggilan hangit sebenarnya di  http://www.eyriqazz.com/2010/05/blogger-popular-terkena-panggilan.html

p/s camtu lah gamaknya perasaan orang yang terkena panggilan hangit..tapi syok pulak bila di kenang kembali... ingat yer Eyriqazz..ada ubi ada batas...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...