OOO

Memaparkan catatan dengan label pastri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pastri. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 24, 2017

Puff Inti Kentang Mudah

Assalamualaikum😍

Pernah cuba buat pastry👌 kat SINI resepinya, tapi bila memikirkan virus M banyak sangat sekarang ni, akak beli ajer kat hypermarket jenama KAWAN😉

Cuma pastikan ada inti cam lebihan inti karipap ada kat rumah, tak sampai satu jam dah boleh makan panas-panas.😏

Kalau nak tenguk resepi inti kentang 
bolehlah ke SINI 

Bahan untuk pastry puff
  • 1 bungkus pastry puff jenama kawan-dah naik hargalah...dulu RM3.00 lebih ..skrg RM4.00 lebih.(saiz 4x4 inci..kat dalam ada 10 keping).
  • 1 biji kuning telur (kalau nak bubuh sedikit pewarna kuning telur)

Cara-cara
  1. Panaskan oven sehingga suhu 200 F. 
  2. Keluarkan kepingan pastry dan letak inti...lipat 2...(suka hati nak lipat  mcm akak buat ataupun nak lipat dua memanjang).
  3. Tekan tepi pastri dengan garpu (tekan kuat sikit..takut terbuka nanti) dan gunakan gunting potong atas pastri tadi.  Lenser loyang/dulang pembakar dengan  sedikit mentega.
  4. Sapukan kuning telur dan setelah siap boleh di bakar dalam masa 20-30 minit atau sehingga pastri kekuningan (bergantung kepada oven masing-masing-akak gunakan api atas bawah).
  5. Memang sedap di buat untuk minum petang atau pun sarapan pagi.

Rabu, Februari 15, 2012

Puff Inti Kentang

aiseyman tergangalah pulak..sebab terlebih letak inti

Dah lama tak buat puff sebab x jumpa pastry KAWAN..terjumpa kat NSK..kebetulan ada lebih inti karipap.  Bila dah masak sekejapan hilang..wah anak-anak akak ni..memang peminat  puff lah.

Kalau nak tenguk resepi inti kentang bolehlah ke SINI 

Bahan untuk pastry puff
  • 1 bungkus pastry puff jenama kawan-dah naik hargalah...dulu RM3.00 lebih ..skrg RM4.00 lebih.(saiz 4x4 inci..kat dalam ada 10 keping).
  • 1 biji kuning telur (kalau nak bubuh sedikit pewarna kuning telur)
Cara-cara
1.  Panaskan oven sehingga suhu 200 F. 
2.  Keluarkan kepingan pastry dan letak inti...lipat 2...(suka hati nak lipat  mcm akak buat ataupun nak lipat dua memanjang).
3.  Tekan tepi pastri dengan garpu (tekan kuat sikit..takut terbuka nanti) dan gunakan gunting potong atas pastri tadi.  Lenser loyang/dulang pembakar dengan  sedikit mentega.
4.  Sapukan kuning telur dan setelah siap boleh di bakar dalam masa 20-30 minit atau sehingga pastri kekuningan (bergantung kepada oven masing-masing-akak gunakan api atas bawah).
5.  Memang sedap di buat untuk minum petang atau pun sarapan pagi.

Selasa, September 01, 2009

Puff Inti Kentang

 Sebab ira nak balik ke asrama hari ni...akak bekalkanlah pastri puff inti kentang..senang sikit kerja.....kalau nak buat karipap jenuh nak klim seorang diri...assistant dah tak ada
 Bahan-bahan
  • 5 biji ubi kentang-dipotong  2 pastu di potong 3
  • 200gm daging kisar
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 4 biji bawang kecil-tumbuk
  • 3 biji bawang putih-tumbuk
  • 1 inci halia-tumbukdaun kari 
  • 2-3 sudu makan rempah kari daging-akak guna babas
  • 1-2 tangkai
  • air secukupnya
  • garam/minyak secukupnya
 Cara-cara
1.  Rebus ubi kentang sampai empuk..pastu buang air dan toskan.
2.  Panaskan minyak, tumis bawang dan halia bersama daun kari yang telah ditumbuk bersama halia dan tumis sehingga naik bau.
3.  Masukkan rempah kari bersama sedikit air dan perlahankan api dan kacau sampai rempah pecah minyak.
4.  Masukkan daging dan sedikit air dan biarkan daging masak sebentar sambil di kacau selalu.
5.  Bila daging dah empuk/masak..masukkan garam bersama ubi kentang tadi sambil pecah-pecahkan kentang yang telah di rebus tadi.
6.  Biarkan sebati dan kacau sehingga pekat dan bolehlah di keluarkan.
7.  Sejukkan dahulu sebelum di buat pastri puff/karipap.
Bahan untuk pastry puff

  • 1 bungkus pastry puff jenama kawan-dah naik hargalah...dulu RM3.00 lebih ..skrg RM4.00 lebih.(saiz 4x4 inci..kat dalam ada 10 keping).
  • 1 biji kuning telur di bubuh sedikit pewarna kuning telur
Cara-cara

1.  Panaskan oven sehingga suhu 200 F. 
2.  Keluarkan kepingan pastry dan letak inti...lipat 2...(suka hati nak lipat  mcm akak buat ataupun nak lipat dua memanjang).
3.  Tekan tepi pastri dengan garpu (tekan kuat sikit..takut terbuka nanti) dan gunakan gunting potong atas pastri tadi.  Lenser loyang/dulang pembakar dengan  sedikit mentega.
4.  Sapukan kuning telur dan setelah siap boleh di bakar dalam masa 20-30 minit atau sehingga pastri kekuningan (bergantung kepada oven masing-masing-akak gunakan api atas bawah).
5.  Memang sedap di buat untuk minum petang atau pun sarapan pagi.

Selasa, Ogos 11, 2009

Hot Dog Puff



Buat puff ni minggu lepas lepas sepupu sepapat suami akak balik...mereka balik nak dekat pukul 4.00 petang...akak nak hantar ira pukul 5.15 petang...

Itupun akak dah rebus dulu hotdog tu pepagi..simpan dalam peti ais..langsung luper..bila ira kata mak bila nak buat puff hot dog....kelam kelibut akak buat...akak kerah ira tolong..pasal nak buat 2 bungkus pastri yang akak beli aje kali ni...

Panaskan oven dulu....suruh ira potong hotdog...akak potong pastri dan terus gulungkan...akak bakar satu loyang dulu...kalau tak sempat bolehlah sambung kemudian...alhamdulliah sempat buat semua...dan ira dapat bawak balik ke asrama bagi member dia rasa. Senang aje nak buat ni tau...

Bahan-bahan
  • 20 batang hotdog-direbus ataupun dibakar sebentar-di potong 2
  • kulit pastri-dipotong 2 (akak guna 2 peket ada 10 keping-bila di potong 2 dapatlah 40 gulung kecil)
  • sebutir kuning telur yang di pukul dan di campur sedikit warna kuning telur
Cara-cara

1. Setelah di potong 2 semuanya..gulung dan sapukan kuning telur.

(Kalau rajin potong atas pastri.)
2. Bakar dalam 40 minit dalam suhu 200C (bergantung kepada oven masing-masing) atau bila puff dah kuning.

Sebelum di bakar...pontang panting puff ni ...nak cepat punya pasal..

Rabu, Julai 01, 2009

Chicken Pie-Pai Ayam

Mula-mula cadang nak buat popia inti kentang ikut resepi mummy jam...bila dah siap masak inti..anak-anak request nak makan pula chicken pie...pasal mereka teringat kesedapan chicken pie yang di makan di rumah member blog nama sya di bandar baru salak tinggi...akak pakai aje inti ni. Ambil resepi dari rumah rinnchan..akak c & p aje..

Bahan-bahan inti
  • 5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 2 biji bawang putih, dicincang
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • Secubit serbuk lada hitam kasar
  • 5 tbs daging cincang
  • 1/2 cwn bawang goreng
  • Sepokok daun saderi, dicincang-tak letak
  • Sepokok daun bawang, dicincang-tak letak
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak utk menumis

Akak tambah-2 sudu besar whip cream
dan 2 sudu besar susu cair.

Cara-cara:1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.

Buat kulit ikut resepi dalam majalah saji bulan Julai 09--nak mintak resepi dari sya seganlah pulak...pasal dia dah expert tentang buat chicken pie..siap ambil order lagi...sape yang tempah boleh gi ke blog dia...tapi dia ada bagi tau jugak mcm mana dia buat kulit pie tu....dalam resepi tu tak bubuh pastry marjerin..akak tambah sendiri...macam tak konfiden boleh jadi..akak buat separuh dari resepi yang diberi..nanti tak jadi..taklah terbuang. Akak buat cara akak..tak ikut resepi kat dalam majalah tu..

Bahan-bahan untuk pastry

  • 500gm tepung gandum
  • 500gm tepung diamond (akak gunakan tepung roti-sape tahu apa ke benda tepung diamond ni -- bagilah tau akak ye)
  • 150gm mentega-akak potong kecik-kecik
  • 10gm garam
  • 500ml air sejuk
  • 1 biji kuning telur
akak tambah - 500gm pastri marjerin
1 biji kuning telur-untuk di sapu di atas pastry
Cara Penyediaannya

1. Masukkan kedua tepung ke dalam bekas dan masukkan mentega yang telah di potong kecil dan ramas dulu dengan tangan sampai jadi serbuk roti.
2. Masukkan kuning telur dan garam dan barulah di tuang air sejuk sedikit demi sedikit sampai jadi doh.
3. Biarkan 15 minit barulah di canai dan di letak pastry marjerin di tengah dan lipat (single & double) teknik macam nak buat croissant-rujuk kat resepi dulu kat label roti.
4. Simpan di dalam peti sejuk selama 45 minit hingga 1 jam.
5. Tabur sedikit tepung barulah di canai nipis-nipis dan di masukkan ke dalam bekas pie..masukkan inti dan tutup atas pie dengan pastri. Sapukan kuning telur sebelum di bakar. Kalau nak lawa .. campurkan sedikit pewarna kuning telur.
6. Buat sehingga habis dan bakar dalam suhu 190 F selama 30-45 minit bergantung kepada oven masing-masing.
Dapat lebih kurang 14 biji-dapatlah merasa 2 biji seorang. Apa macam sya...sama tak mcm sya buat..nanti bagi komen ye..

Khamis, Mei 21, 2009

Jom Buat Samosa

Malam rabu teringin pulak nak buat samosa...dah masuk 2 kali akak buat samosa ni...dulu tak ada tepung suji/samolina flour....kali ni akak dah beli tepung ni...akak ambil resepi ni kat internet...

kalau malas nak buat kulit dia boleh guna kulit popia..inti pulak akak buat cara tekak akaklah...ikutkan cara orang north indian ...mereka tak guna bawang dan daging.

Bahan untuk kulit (dapat 8 keping kecik)
  • 1/2 cawan  tepung serba guna-akak guna tepung gandum
  • 1 sudu kecil tepung suji (samolina flour)
  • secubit garam
  • 1 sudu makan + 1 sudu teh minyak sayuran/minyak masak
  • 1/4 cawan air suam (jangan tuang sekali gus)
Bahan inti
  • 1oogm daging cincang
  • 4 biji ubi kentang di rebus bersama kulit (setelah di cuci bersih)sehingga empuk.
  • 1 sudu makan rempah daging
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu teh ketumbar*
  • 1 cawan sayur campur (lobak merah, jagung dan kacang pea) (klu nak guna kacang pea pun tak apa)
  • 1 sudu teh jintan manis
  • garam secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak/sayuran
Cara-cara untuk inti
  1. Kisar bahan-bahan bertanda *.
  2. Ubi kentang di buang kulit dan di cincang kecil-kecil.
  3. Panaskan minyak dan tumis jintan manis sebentar dan barulah dimasukkan bahan-bahan kisar, rempah kari daging dan kacau sebati sehingga naik bau.
  4. Masukkan daging cincang dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan sebentar.
  5. Setelah daging empuk, masukkan pula sayur campur dan biarkan sebentar.
  6. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah di cincang kasar.
  7. Masukkan garam dan kacau sebati.
  8. Rasa garam dan barulah dipadamkan api.
Cara-cara untuk buat kulit samosa
  1. Ayak tepung gandum dan campurkan dengan tepung suji.
  2. Masukkan secubit garam.
  3. Masukkan pula minyak masak dan uli hingga sebati.
  4. Masukkan air suam sikit demi sikit sampai menjadi doh yang lembut. (bergantung kpd tpg yang digunakan)
  5. Perapkan sekurang-kurangnya 20 minit.
  6. Bahagikan doh kepada 4 bebola kecil.
Cara nak membuat samosa (ni tengah rajin ni..tulah sebab show gambar)

Setelah 20 minit ..ambil satu doh dan canai doh senipis yang boleh.
Gunakan pisau dan potong kat tengah-tengah (klu boleh biar bentuk bulat..akak kdg-kdg tak jadi bulat..pandai-pandailah ekjas)

Sapu keliling doh dengan air
Lipatkan bentuk 3 segi
Pegang macam pegang kun ais krim...part ni kenalah hati-hati sikit..
Masukkan inti
Dan tutuplah macam ni....jangan tak tutup habis doh..nanti goreng ..keluarlah pulak inti tu.
Taraa dah jadi...senangkan...cubalah buat..

Lepas tu gorenglah dengan api yang tidak terlalu kuat sehingga kekuningan.

Khamis, April 23, 2009

Almond Cheese Tart

Ambil resepi ni dari rumah rinnchan..saje nak rasa kelainannya...macam-macam resepi yang ada nak buat kulit dia...ada yang best dan ada yang kurang best...buat hari minggu lepas..kebetulan yana ada balik...suruh dia buat.....tq rinnchan sebab sudi bagi resepi...akak c & p aje dari blog dia...


Sumber : Grace Kitchen Corner

Untuk short crust pastry :

  • 1 kuning telur
  • 20ml air sejuk
  • 75gm tepung gandum
  • 150gm butter sejuk, dipotong kiub
  • 15gm gula icing
  • Secubit garam
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kering dan gaul seketika dengan hujung jari.
2. Tuang campuran kuning telur dan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul adunan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi ala-ala bread-crumb.

3. Uli sekadar terbentuk doh. Balut dengan plastik sejukkan dlm petisejuk selama 30 minit.

4. Keluarkan doh dari petisejuk, gelek setebal 1/2cm dan terap ke acuan tart. Cucuk-cucuk doh dengan garpu dan sejukkan semula selama 20min. Bakar selama 10min-15min pada suhu 200 dar cel. Sejukkan atas penderai.


Isiannya :


  • 160gm cream cheese
  • 30gm gula castor
  • 30gm butter
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji lemon, parut kulitnya dan ambil jusnya sebanyak 2sudu makan
  • 2 biji putih telur
  • 2tbs gula castor
  • Almond flakes secukupnya-akak guna badam dadu

Cara-cara:

1. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul terus.

2
. Masukkan parutan kulit lemon dan jusnya sekali.
3. Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul putih telur dengan 2 sudu besar gula sehingga kental.
4. Kaupbalikkan putih telur ini ke dalam adunan cream cheese tadi. Boleh masukkan sebahagian almond flake.

5. Tuangkan ke dlm cengkerang tart yg telah siap tadi. Taburkan lebihan almond flake (yang ni akak tak buat pasal stok badam tinggal sikit..) dan bakar semula selama 25min-30min pada suhu 180 dar cel.


Dapatlah yana bawak balik ke kolej dia...kat atas tu buat lorekan guna coklat cair aje...blueberry jem dah habis.


Rabu, April 01, 2009

Resepi Pastry Puff

Ambil resepi cream puff ni dari rumah ah mat gebu di http://tiffinbiru.blogspot.com dan beliau ambil di buku "Irresistible Pastry" oleh Alex Goh.......makan cream puff ni tak cukup makan satu..tak kenyang...kena makan 5-6 biji barulah oleh sendawa...cik mat akak c & p aje..terima kasih bebanyak...

Bahan Cream Puff:-
  • 100 g mentega
  • 25o ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 150 g tepung gandum, diayak
  • 3 biji telur gred A

Bahan Pastry Cream :-)
  • 300 g susu segar (panaskan hingga suam)
  • 3 kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
  • 1 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1 camca besar mentega

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
  2. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
  3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
  4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentul siput atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
  5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit dan boleh diisi dengan pastry cream...

UNTUK PASTRY CREAM :-

1. Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata.
2. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat.
3. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu.
4. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.

Sabtu, Januari 17, 2009

croissant

Pernah buat croissant ni dulu..dulu gunakan resepi...lupa pulak nama dia dari myr...masa kali pertama buat tu..dah kata dalam hati..serik nak buat lagi...rupanya vitamin R banyak teringatlah balik nak buat lagi.....kali ni akak guna pula resepi dari rumah ah mat gebu..tapi resepi asal dari Alex Goh..

kalau nak croissant ni vitamin R mestilah terlebih sangat-sangat.....ambil masa yang lama nak buat benda ni..kalau tak percaya tanya cik mat tu..akak start menguli dari pagi ... siap dah nak tengahari...sambil tu selang seli dengan buat kerja rumah...akak ambil terus dari rumah cik matlah....sorry ye cik mat..tapi akak edit sikit..

Bahan-Bahan
  • 210 g tepung roti (high-protein flour)
  • 90 g tepung gandum
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softener
  • 30 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 15 g susu tepung
  • 2 camca teh instant yeast
  • 180 ml air ais
  • 45 g mentega
  • 120 g pastry margarine (boleh beli dikedai2 baking)-suhu bilik

Cara membuatnya

UNTUK DOH :-
  • Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan pastry margarine. Uli hingga menjadi doh, tambah mentega dan uli lagi 15 - 20 minit hingga doh menjadi licin dan anjal seperti doh roti canai. Bungkus doh dan simpan dalam freezer 1 jam.
  • KAEDAH LAIN :-Masukkan bahan diatas kecuali pastry margarine ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan, bila lepas 30 minit atau selesai menguli, off kan BM dan keluarkan doh, balut dengan plastic cling dan simpan dalam freezer 1 jam.
Canai pastry margarine antara 2 keping plastik sehingga leper. Ketepikan

Keluarkan doh dari freezer.....taburkan tepung kerana doh melekat dan canai doh menjadi 1 cm tebal dan bentuk empat segi memanjang. Letak pastri marjerin pada satu bahagian dan lipat doh supaya menutupi pastri marjerin.

Lipat doh setelah di letakkan pastri marjerin doh mesti menutupi semua pastri marjerin.

Canai doh secara memanjang kehadapan seperti di dalam gambar.

Lipat doh secara betindih dan balut dengan plastic cling, dingin bekukan selama 20 minit. Kemudian keluarkan doh dan ulang proses mencanai dan melipat sekali lagi (seperti 3 gambar diatas). Bungkus doh dengan plastic cling kembali dan dingin bekukan 30 minit.

UNTUK MEMBENTUK CROISSANT :-

Keluarkan doh, tabur sedikit tepung pada papan mencanai, kayu penggelek dan juga doh tadi, canai nipis anggaran 0.5 cm. Ukur dengan pembaris untuk mendapatkan ukuran doh 16 inci x 8 inci. Potong lebihan doh. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama besar ( 4 inci x 4 inci setiap satu bahagian). Bahagi dua setiap bahagian supaya menjadi 3 segi.

Tabur sedikit teping, berhati ambil satu keping bahagian 3 segi..mesti bentuk 3 segi tau..kalau idak tak lawalah bentuk dia nanti...pastu canai sedikit biar bahagian depannya memanjang seperti dalam gambar. Pastikan bahagian bucu berada didepan.

Tada...dah siap...buatlah macam ni sampai habis...

Susun doh yang telah siap ke dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak dan telah dilenser sedikit mentega. Biarkan doh naik lagi selama 45 minit.

Setelah 45 minit....doh dah naik.... bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 minit-20 minit atau hingga masak dan bergantung pada oven masing-masing.

Baru keluar dari oven...harum semerbak...masa ni baru rasa berbaloi buat croissant ni...walaupun ambil masa yang agak lama...

Untuk si imran dan ira...tambah lagi coklat dan coklat rice.....

Ahad, Disember 28, 2008

Puff Pastri berinti sardin

Memang syok makan pastri puff ni.....kalau ada inti..memang senang sangat untuk buat makan petang ataupun sarapan...sebab tulah akak selalu beli banyak...buat stok kat rumah..kali buat pakai inti sardin pulak...

Bahan-bahan
  • 15 keping pastri - 1 peket ada 10 keping
  • 1 tin sardin
  • 1 labu bawang besar-dipotong dadu
  • 1 batang cili-di potong dadu
  • jus limau kasturi
  • garam
  • mayonis
  • serbuk lada hitam
  • 1 biji telur - dipukul sekejap
Cara-cara

1. Ambil sardin aje dan hancurkan ikan sardin.
2. Masukkan semua..kena adjustlah berapa banyak nak bubuh mayonis, garam, serbuk lada hitam dan mayonis.
3. Letak inti di atas pastri, Lipat 2 dan tekan se tiap hujung dengan garpu. Kena tekan kuat sikit..takut terbuka masa bakar nanti.
4. Sapu telur di atas puff dan bakarlah dalam suhu 200C selama 20 minit bergantung kepada oven masing-masing.
4. Wal..la...dah siap dan bolehlah di hidang....

Rabu, Disember 10, 2008

Pastry Puff


Tenguk dalam peti sejuk..inti karipap banyak lagi...memang beli pastry ni 4 bungkus..jadi buat sarapan pagilah jawabnya..akak buat dua peket ..dalam 20 keping...habis licin...tak cukup...masa ni anak semua ada kat rumah...

Gambar sebelum masak...

Khamis, Disember 04, 2008

Pastry...


Nak panggil apa ye...di buat dari puff pastry jenama kawan...dapat idea pun dari rumah masz..oleh kerana lebihan sos buat pizza masih banyak lagi......hot dog dan filament stick crab pun masih ada...cheese ada lagi..macam ni buat projek untuk sarapan pagilah..

Bahan dia memang senang..jadi tak yah resepilah ye...

Gunakan aje pastri puff ni...selalunya ada kat tesco aje...akak kalau dah gi sana ..beli 4-5 bungkus..nak cari di giant dan C4 memang susah...

Memang senang...cepat, mudah dan sedap di makan masa panas.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...