kredit murai.com
Sape tenguk mari menari di Astro Ria. Akak tak tenguk minggu lepas. Tak perasan pun. Sedikit info tentang Rancangan Mari Menari ni.Pengacara rancangan Mari Menari ni ialah Awal Ashaari dan Lisa Surihani .Mari Menari turut dimeriahkan dengan kemunculan barisan penasihat dan juri rancangan tersebut.
Mereka terdiri daripada pelakon Zulhuzaimy Marzuki, Ferhad, Lisdawati, Erra Fazira, Joseph Gonzales yang akan mengkritik persembahan para peserta Mari Menari kelak.
Sebanyak 12 pasangan yang akan bersaing dalam Mari Menari musim pertama ini terdiri daripada pasangan Ariz, Dita, Fahmi, Masri, Razif, Rosdi, Shai, Yat, Zarin, Zul, Jaya dan Nita.
Sementara itu, 12 jurureka tari iaitu Anuar, A'ala, Belalang, Dayana, Papa J, Khairul, Wei Jun, Simon, Bayu, Acid, Ray dan Syed pula dijemput melatih 12 pasangan peserta terbabit.
Pengenalan rancangan itu akan disiarkan mulai 16 dan 17 Oktober ini pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Maklumat lanjut layari www.astro.com.my/marimenari
kredit murai.com
Malam persembahan pula akan disiarkan secara langsung dalam Mari Menari bermula 23 Oktober ini jam 9.00 malam dan kemuncaknya ialah Penentuan Mari Menari yang disiarkan setiap Ahad jam 9.00 malam iaitu hari di mana keputusan penyingkiran diketahui secara langsung.Persembahan setiap pasangan akan diadili dengan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% undian penonton.
Pada setiap minggu, juri-juri yang terdiri dari barisan selebriti iaitu Erra Fazira, Zulhuzaimy, Lisdawati dan Ferhad berserta dengan seorang juri profesional iaitu Joseph Gonzalez akan memberikan markah persembahan berdasarkan mutu dan teknikaliti persembahan.
Manakala, kuasa penonton adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Pasangan yang mendapat undian terendah pada setiap minggu akan tersingkir.
Pasangan juara Mari Menari juga akan memenangi sebuah kondominium The Haven di Ipoh bernilai RM358, 000.
Semalam bila tertenguk kat Astro Ria, akak perasan salah seorang peserta ni yang bernama Rudita pernah terpilih masuk dalam episod Tangkap Muat yang mana pengacara dia ialah Sarimah.
Akak ada tenguk rancangan tu minggu lepas rasanya. Rancangan ni tahun lepas punya. Biasalah Astro nikan suka ulang rancangan lama. Akak cuba cari gambar Rudita yang dalam segmen tu yang masih bertudung. Tapi tak jumpalah pulak.
kredit sensasi selebriti...suami Ita yang tersengih menunggu isteri pulang dari di makeover
Husband Ita yang hantar e mail ke Astro suruh make over isteri dia. Katanya isteri dia tu jarang make up dan jarang berpakaian cantik. Sabar ajerlah..bagi duit tak cukup nak suruh isteri pakai cantik)Ita kerjanya menjahit baju dan duk kat umah ajer. Pastu dia ni kememeh (kuat menangis). Sampai perundingcara 2 orang (Perunding masa tu ialah Zulfazli dan Rizalman Ibrahim) tu ashik kutuk dia jer. Mulut 2 orang ni memang terkenal laser ahik mengata peserta camtu camni.
Ita memang baik orangnya, bila anak-anak suruh dia beli baju mahal dia tak mau. Dia lebih pentingkan anak-anak dan rumahtangga. Masa mereka sampai kat rumah Ita dia terkejut beruk. Pastu menangis sebab terharu di pilih untuk di make over.
Bila dah di make over suami dan anak-anak terkedu melihat perubahan Ita ni.
Bila Rudita tanya suami dia dengan linangan air mata..abang.....abang sayang tak dengan Ita...si suami mengangguk.
OOOO isteri cantik baru sayang ek..sabar ajerlah. Akak bukan apa melalutlah pulak..ni nak cerita pasal sekarang ni Rudita dah masuk pulak dalam Rancangan Mari Menari.
Bila tenguk malam semalam muka salah satu pasangan ni macam rupa dia, bila check memang confirm yang peserta ni Rudita dan suami. Amboi dah lawalah Ita sekarang ni.
Walaupun Rudita dah tak bertudung tapi akak macam cam dia dalam Segmen Langkah Mari Menari. Sebab baca nama husband dia Faidzal.
Paling akak geram tau bila tenguk dia kena marah dengan suami dia. Masa tu mereka tunjukkan tarian yang di persembahkan untuk malam ni.
Paling akak geram tau bila tenguk dia kena marah dengan suami dia. Masa tu mereka tunjukkan tarian yang di persembahkan untuk malam ni.
Bila Ita salah step masa menari, suami dia marah kaw.kaw...punya sampai si Ita ni menangis. Kalau akak kan tentu akak pun melalak dan terasa kecil hati bila di marahi di depan berjuta penonton Astro. Terasa rendahnya harga diri bila di tengking sang suami. Geram betullah.
Rudita ni yang pernah muncul dalam Macam-Macam Aznil dalam episod raya dan beliau menang lemang. Masa ni beliau masih lagi bertudung. Dah lama gamaknya video ni sebab arwah Din Beramboi masih ada. Kalau nak tenguk gi video ni gi ke SINI
Sebab nak masuk rancangan Mari Menari , Rudita sanggup ek buang tudung. Kalau pakai tudung kan bagus. Sabar ajerlah. Semuga suami beliau akan terus menyayangi beliau bila rancangan Mari Menari berakhir nanti.
Akak tak kuasa nak sms peserta favourite dalam rancangan ni sebab mahal sungguhlah. 0.50 sen setiap sms. Tak payahlah kan. Membazir ajer..lagipun akak tak minat sangat pun nak tenguk.

