Ira kalau buat puding caramel nak jamu kawan kat asrama, dia tak kan kasi kami rasa, semua di angkut ke sana. Kedekut tul anak akak ni...tapi tak apa dia bawa semua sebab kat umah ni anak lelaki tak doyan nak makan benda lembek camni.
Dia buat 2 bekas..satu bekas besar dan yang lain bekas kecik. Ira tutup dengan aluminum foil sebab penutup kecik tak jumpa sebab akak terlupa kat mana akak simpan.
Bahan-Bahan
Bahan untuk puding6 biji telur
1 tin susu sejat -guna susu ideal sedap
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
Bahan untuk sos caramel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air-dalam 2 sudu besar
Cara penyediaan (sos caramel)
Panaskan
gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning
keemasan. Masukkan air (baik-baik..masa ni panas giler..) dan kacau
cepat-cepat dan padam api. Tuang ke dalam loyang/ramekin.
Gambar terlupa nak snap. akak tepek gambar lama ..yang ni pun Ira yang buat..cam tak percaya ajer bila tenguk jadi cantik camni
Penyediaan puding
2. Setelah itu masukkan gula.
3. Kemudian masukkan susu sejat dan air.
4. Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
5. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..
* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
Nota – Kalau nak nampak tebal sikit kukus dlm loyang bulat 7 inci.




.jpg)