Ira buat puding caramel ni. Dah lama dah sebelum cuti sekolah. Katanya nak jamu member satu dorm. Oleh sebab dalam loyang dah penuh akak suruh dia tuang dalam bekas remekin yang dapat harijadi tahun lepas.
Dapat 4 bekas rasanya. Lepas tu masuk peti ais. Akak pun lepaklah aka tidur. Bila bangun dari tidur terkezut tenguk tinggal satu ajer. Bila tanya budak 3 orang tu..masing-masing mengaku makan sorang satu. Nasib baik ada satu lagi dan sempat ambil gambar. Kalau idak akak kempunan nak makan puding caramel ni.
Ada orang komplen kata gambar kat N3 lama banyak yang hilang. Ingatkan nak buka blog baru. Bila tanya dengan Cik min beliau ajar cara nak atasi masalah tersebut. Rupanya kat blogspot memang ada limit nak masukkan gambar. Oleh sebab blog akak ni akak suka letak banyak gambar jadi dah cukup dah space yang blogspot bagi. Tu sebab gambar hilang.
Insyallah selepas ni akak dah tau cara nak mengatasinya. Terima kasih di atas jasa baik Cik min .
Insyallah selepas ni akak dah tau cara nak mengatasinya. Terima kasih di atas jasa baik Cik min .

.jpg)