Tengahari tadi akak gi majlis perkawinan di Puchong
Sambil di temani oleh anak-anak sahaja disebabkan suami kerja. Majlis perkawinan anak saudara Nor Secubit Garam blogger masakan yang telah lama akak kenali.
Pernah bertemu pertama kali di Geng MYResepi di KLCC, dah lama tak bertentang mata dengan beliau..cuma sms ataupun dengar suara ajer di hp. Bila nak habis makan Nor suruh pandang ke belakang
Pernah bertemu pertama kali di Geng MYResepi di KLCC, dah lama tak bertentang mata dengan beliau..cuma sms ataupun dengar suara ajer di hp. Bila nak habis makan Nor suruh pandang ke belakang
Kalau Nor tak kenalkan..memang akak tak kenal blogger ini. Wah sukanya hati dapat jumpa Makcik Manggis. Akak suka ke blog Mak Cik Manggis sebab sukakan masakan yang ringkas yang di sediakan buat keluarga tercinta. Macam biasa kalau geng masakan jumpa memanglah ashik pot pet pot pet.
Akhirnya dapat juga bertemu dengan beliau dan Nor. Kalau nak tau anak Makcik Manggis yang belajar di UK tu pernah jadi anak murid akak di kelas tabika perpaduan pada tahun 1989 tapi akak dah tak berapa cam muka anak beliau. Al maklumlah dah lama dah berhenti mengajar. Nanti nak suruh Makcik Manggis upload gambar anak lelaki beliau.
Kalau nak ikutkan tak puas pot pet pot pet tapi apakan daya anak-anak dah resah gelisah..lagipun akak ada satu lagi jemputan rumah terbuka.
Lawanya pasangan pengantin..pengantin perempuan ialah anak saudara Nor. Sebenarnya ada 2 pasangan tapi tak sempat nak snap. Semuga kedua pasangan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Terima kasih Nor sebab sudi jemput akak sekeluarga.






