OOO

Memaparkan catatan dengan label trends perkawinan sekarang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label trends perkawinan sekarang. Papar semua catatan

Sabtu, September 15, 2012

Kenduri Kawin/Jumpa Geng Blogger

 Tengahari tadi akak gi majlis perkawinan di Puchong
Sambil di temani oleh anak-anak sahaja disebabkan  suami kerja.  Majlis perkawinan anak saudara Nor Secubit Garam blogger masakan yang telah lama akak kenali. 

Pernah bertemu pertama kali di Geng MYResepi di KLCC, dah lama tak bertentang mata dengan beliau..cuma sms ataupun dengar suara ajer di hp. Bila nak habis makan Nor suruh pandang ke belakang
Kalau Nor tak kenalkan..memang akak tak kenal blogger ini.  Wah sukanya hati dapat jumpa Makcik Manggis.  Akak suka ke blog Mak Cik Manggis sebab sukakan masakan yang ringkas yang di sediakan buat keluarga tercinta.  Macam biasa kalau geng masakan jumpa memanglah ashik pot pet pot pet.
Akhirnya dapat juga bertemu dengan beliau dan Nor.  Kalau nak tau anak Makcik Manggis yang belajar di UK tu pernah jadi anak murid akak  di kelas tabika perpaduan pada tahun 1989 tapi akak dah tak berapa cam muka anak beliau.  

Al maklumlah dah lama dah berhenti mengajar.  Nanti nak suruh Makcik Manggis upload gambar anak lelaki beliau.

Kalau nak ikutkan tak puas pot pet pot pet tapi apakan daya anak-anak dah resah gelisah..lagipun akak ada satu lagi jemputan rumah terbuka.
Lawanya pasangan pengantin..pengantin perempuan ialah anak saudara Nor.  Sebenarnya ada 2 pasangan tapi tak sempat nak snap.  Semuga kedua pasangan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih Nor sebab sudi jemput akak sekeluarga.

Rabu, April 25, 2012

Majlis Perkawinan Sekarang

Sekarang ni boleh di katakan majlis perkawinan yang di adakan di Malaysia telah berubah dari zaman dulu.  Dulu sebelum  majlis perkawinan akan di adakan, seluruh masyarakat akan  berkumpul di rumah pengantin 2-3 hari sebelum majlis berlangsung dan akan menolong membuat persiapan apa yang perlu.

Apa yang jelas, perbezaan antara majlis kahwin di kampung dan di bandar, dahulu dan sekarang memang cukup ketara. 
Masa majlis perkawinan akak 26 tahun yang lepas, seminggu sebelumnya mak dan abah jemput orang terpenting yang akan menjayakan  majlis perkawinan terutamanya tukang masak dan penolongnya berkumpul di rumah.  Mereka adalah orang penting..kalau tak ada mereka tentulah tetamu yang hadir tak dapat makan.

Sehari sebelum majlis berlangsung, jiran tetangga akan tolong membasuh ayam, memotong bawang dan bermacam-macam kerja lagi.  Esoknya mereka akan menolong menghidangkan makanan secara berhidang untuk tetamu yang hadir.  Sanak saudara akan bermalam di rumah pengantin dan   mereka akan menolong tuan rumah sehingga majlis selesai.

Sekarang semuanya itu tiada lagi terutama di bandar-bandar tetapi budaya rewang masih ada  di kampung. Di bandar budaya rewang  makin berkurangan disebabkan masyarakat sekarang teramatlah sibuk. Kebanyakkan majlis perkawinan di buat secara buffet, saudara mara yang datang cuma makan  kerana mereka tak ada kerja yang hendak di lakukan. 
 

Semuanya gara-gara kemodenan dan pembangunan dan tiadanya sikap ingin bantu membantu seperti masyarakat dahulu.  Gaya hidup zaman sekarang telah mengubah pandangan kita terhadap tradisi masa silam dan budaya.
Majlis perkahwinan sekarang lebih glamor berbanding masa yang lepas daripada segi persiapan  termasuklah  makan minum, hiasan, peralatan yang diguna sehingga kepada penampilan pengantin dan hantaran iringan yang pelbagai rupa dan bentuk.

Ianya semakin mudah bila adanya perkhidmatan juru runding perkahwinan.  Sekarang ini boleh dikatakan setiap majlis perkawinan ada warna tema masing-masing seperti biru, pink dan purple.  Dari hiasan khemah, pelamin sehingga cenderahati akan mengikut warna tema yang di pilih.

Apa nak buat zaman dah berubah kan.

Pengantin adalah anak kepada kakak jiran yang berhampiran rumah akak.  Semuga mereka berbahagia sehingga ke anak cucu.
  
p/s Nanti majlis perkawinan anak akak pun kena buat camni kan..hermmm kena kumpul duit dari sekarang

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...