OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi ayam panggang blackpepper bermadu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi ayam panggang blackpepper bermadu. Papar semua catatan

Khamis, April 29, 2010

Ayam Panggang Blackpepper Bermadu

Miss nak tenguk jangan tidur lagi semalam..padahal tak tidur lagi..ashik borak dengan hb yang tenguk bola..nanti cari kat portal TV3lah..

Buat hari minggu lepas..resepi yang senang sesangat..jomlah try yer
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 4-5 sudu makan sos lada hitam life
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu makan lada hitam
  • sedikit garam
  • 1-2 sudu minyak zaitun/minyak masak

Cara
1. Basuh ayam yang di potong 2 dan kelar-kelar bahagian isi dan toskan.
2. Tumbuk bawang putih dan halia dan masukkan ke dalam mangkuk
bersama-sama sos lada hitam, madu, garam dan minyak zaitun.
3. Lumur ke semua bahagian ayam dan perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
Lagi lama lagi sedap.
4. Panaskan oven 200-220 C ..dan bakar ayam selama 45-1 jam bergantung kepada besar ayam.Kalau rajin balik-balikkan yer. Akak suker bila dah masak ayam buka api atas ajer bagi gelap sikit ayam tu..sekejap ajer tau..kang rentung kan..


Untuk resepi nasi dan sup kat sini yer nasi ayam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...