OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi pizza smoked beef pepperoni and chicken salami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi pizza smoked beef pepperoni and chicken salami. Papar semua catatan

Isnin, Disember 29, 2008

Pizza Smoked Beef Pepperoni dan Chicken Salami

Dah lama jugak tak makan pizza...hari khamis ingat hati nak gi tenguk tempat tragedi tanah runtuh di bukit antarabangsa...dan pergi sekali ke bagus bakeri..nak beli cheese mozarella dan chedder. Bila sampai di tempat tragedi...tak boleh masuklah pulak..ada polis jaga. Akak dan yana gilah kat pasaraya giant yang ada kat bukit antarabangsa tu.....beli chedder cheese dan mozarella...akak beli juga smoked beef pepperoni dan chicken salami..nak cuba bubuh kat pizza...macam kat pizza hut tu ..memang berbeza rasanya. Kali doh/base akak ambil dari rumah chef popular ah mat gebu..akak edit sikit-sikit ye cik mat..

Bahan Doh:-

1. 250 g tepung roti (high protein flour)
2. 130 ml air
3. 1/2 camca teh garam

4. 1/2 camca besar gula
5. 1 camca teh yis (instant yeast)

6. 1 camca besar madu

7. 1 camca besar lemak sayur (shortening)

8. 2 camca besar minyak zaitun
9. 2 ulas bawang putih, cincang halus

10. 1 camca teh oregano kering


UNTUK DOH

1. Ayak tepung dalam satu bekas.
2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.

4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.

5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.

6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.

7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.


KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

Untuk imran dan ira

Sos pizza ni akak kena masak..akak pernah letak sos tomato dan sos cili aje atas doh pizza tu..tapi si imran tak tahan..sakit perut..sejak tu kenalah masak dulu sos ni..sebenarnya cara masak sos ni sama macam masak sos spagetti.


BAHAN UNTUK SOS

1. 500gm ayam yang telah dikisar
2. 1 biji tomato (kisar halus)
3. 1 biji bawang besar (potong dadu)
4. 2 biji bawang putih-(potong dadu)
5. 3 sudu makan sos tomato
6. 2 sudu makan pes tomato
7. 1 sudu teh mixed herb
8. 1 sudu teh pizza herb
9. 1 sudu teh paprika
10. garam secukup rasa
11. minyak zaiton

CARA-CARA

1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga ayam.
3. Biarkan seketika sehingga daging masak dan berair.
3. Masukkan pes tomato, sos tomato, mixed herb, pizza herb dan garam.
4. Biarkan sos pekat sedikit barulah di tutup api. Sejukkan.

BAHAN UNTUK DI LETAK DIATAS PIZZA

  • minyak zaiton
  • smoked beef pepperoni
  • chicken salami
  • cili benggala
  • cendawan butang
  • hotdog ayam ramly-dihiris tipis
  • cendawan butang di hiris tipis
  • chedder cheese - diparut
  • mozarella cheese
CARA-CARA
1. Keluarkan doh dan uli sekali lagi. Tumbuk doh untuk buang angin.
2. Canaikan doh dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton.
3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.

4. Ratakan sos ayam dan selang selikan smoked beef pepperoni dan hotdog ayam. 5. Letak pula chicken salami, cili benggala dan cendawan butan. 6 Taburkan chedder cheese dan mozarella cheese. 7. Bakar dalam oven 200C dan bakar selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Memanglah rasa tak sama dengan pizza hut..tak kira sedaplah jugak..
sape lagi nak puji..kalau bukan diri sendiri

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...