OOO

Memaparkan catatan dengan label resepi satay goreng sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi satay goreng sedap. Papar semua catatan

Ahad, Julai 03, 2016

Satay Goreng Dan Kuah Kacang Sedap

Assalammualaikum semua

Tentu ramai yang dah sampai ke kampung halaman masing masing, tentu rasa gembira dapat berjumpa ibubapa tercinta dan adik beradik.  Dah ramai mulalah bising nak masak itu, nak masak ini. Kalau dapat ipar duai yang rajin ke dapur memang raya beruntung, tapi bila dapat yang cuma pandai pasang badan dan alasan punya anak kecik, memang harulah dibuatnya.


Sekarang ni tak yah tunggu raya dah boleh makan macam ni, dulu dulu masa kecik memang jaranglah dapat makan sedap sebab arwah abah kerja biasa biasa ajer.

Alhamdulliah dengan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kami sekeluarga dapat menikmati rezeki melimpah macam ni.  Bila kenangkan semula waktu mula mula kawin dulu, dengan gaji cuma RM700, nak bayar sewa rumah 150, bil api dan air dah tinggal berapa.

Terpaksa akak berjimat cermat masa tu, kebetulan dua adik ipar duk sama kami.
Semua itu akan sentiasa menjadi ingatan manis kami berdua sepanjang perkawinan kami yang telah mencapai 30 tahun. 

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
Dikisar dgn air: 

  • 6 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering, direndam
  • Asam jawa Adabi
  • 1/2 keping gula merah
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 susu besar garam
  • Air anggaran 400ml - 500ml
  • sedikit santan
Cara-cara: 
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak, masukkan sedikit santan dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah pekat.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya. 

SATE GORENG
1 kilo paru/ayam/ daging/ apa-apa sahaja yang ada dalam simpanan anda
150 gram gula pasir
100 gram gula melaka
100 gram madu
2 sudu kecil garam
3 sudu makan serbuk ketumbar - di sangai
2-3 sudu kecil serbuk jintan manis - di sangai
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
(Nota: Sebaik-baiknya bila kisar serbuk ketumbar dan jintan manis tu jangan sampai terlalu halus)
.
Bahan Kisar (tapi jangan sampai terlalu halus)
6 ulas bawang putih
1/2 ibujari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai- hiris nipis
1/2 jari kunyit hidup
.
Cara-cara
- Bersihkan ayam/ daging. Kalau guna paru, sila rebus paru hingga betul-betul lembut dan hiris sama saiz.
- Gaulkan dengan semua bahan yang lain. Sebatikan.
- Perap beberapa jam (semalaman lagi baik).
- Boleh gunakan beberapa cara untuk memasak sate ini:
(1) Goreng dengan minyak yang agak banyak di dalam non stick pan ataupun kuali biasa sehingga garing.(akak suka hitam-hitam sikit)
(2) Goreng tanpa minyak/ sedikit sahaja minyak di dalam kuali hingga garing
(3) Bakar dalam oven dengan sedikit minyak, pada suhu maksimum dan kacau-kacau sekejap-sekejap dan masak hingga agak garing.
(4)  Masukkan dalam kuali sampai air kering, baru masukkan minyak.

Terpulanglah nak ikut yang mana yer

Isnin, Mac 18, 2013

Resepi Satay Goreng Warisan Dan Kuah Satay

Assalammualaikum semua
Satu lagi resepi satay goreng yang akak suka buat.  Tapi akak lebih suka guna bahan rempah yang di kisar sendiri..resepi asal guna rempah serbuk tapi kalau nak guna yang serbuk pun ok gak.Terima kasih asinqs yang sudi berkongsi resepi satay goreng ni.  Akak gunakan lebihan rempah ni buat kuah satay.

Bahan utama
1 kilo isi ayam/daging di potong kecil


Bahan Rempah
- 2 sudu besar  ketumbar (coriander)
- 2 sudu besar jintan manis (fennel seeds)
- 1/2 sudu besar  jintan putih (cumin)
- 15 biji bawang kecil / bawang merah (bukan bawang besar)
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci  ketul halia
- 3 inci kunyit hidup
- 1 inci ketul lengkuas
- 4 batang serai besar
- gula dan garam secukupnya


Cara-caranya
1.  Kisar semua bahan termasuk rempah dan gaul bahan dengan ayam/daging. (tinggalkan sedikit bahan kisar)
2.  Masukkan garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati.
3.  Perap semalaman atau 12 jam, kalau ayam tak yah perap lama pun boleh.. dalam 4-5 jam dah ok.. 
5. Masukkan ke dalam kuali dan biarkan air kering kemudian baru masukkan sedikit minyak jagung/masak dan goreng sehingga garing.
Kuah Satay
Bahan-bahan
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah-akak guna gula melaka
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

1 batang serai-titik hujung


Bahan mesin/kisar
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
lebihan bahan rempah perapan ayam/daging

minyak dan garam secukupnya
akak tambah 1/2 cawan santan


 
Cara-cara

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.

2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.

3. Masukkan gula, santan  dan garam secukupnya. Masaklah  dengan api perlahan sehingga naik minyak.

Hidangkan bersama lontong daun/nasi impit ataupun ketupat dan semestinya satay goreng.



Isnin, Februari 04, 2013

Resepi Satay Goreng Dan Kuah Kacang

Assalammualaikum 

Tekak ni ashik nak makan satay ajer..entah kenapa..
Oleh sebab malas nak bakar satay akak goreng ajer daging lembu yang telah di perap macam buat satay.  Kembang bila anak-anak kata sedap dan yang paling best semuanya habis..senang nak basuh pinggan.
Resepi kuah kacang ni akak ambil dari blog Kak Liza..penulis buku masakan yang fofolur.
Bahan-bahan
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah-akak guna gula melaka 
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa


Bahan mesin/kisar
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
akak tambah 1/2 cawan santan
Cara-cara
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula, santan  dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.

Hidangkan bersama lontong daun/nasi impit ataupun ketupat.



lontong ni akak beli ajer
 
Terpulanglah anda nak guna daging, ayam ataupun paru..ikut sukalah.  Kalau lama perap lagi sedap sebab perisa dah masuk ke dalam.  Akak selalu perap waktu pagi dan goreng waktu petang.  

Kalau goreng akak guna minyak jagung tapi kalau nak guna minyak masak pun boleh gak.  Resepi ni akak jumpa di blog Jintan Manis

SATE GORENG

1 kilo paru/ayam/ daging/ apa-apa sahaja yang ada dalam simpanan anda
150 gram gula pasir
100 gram gula melaka
100 gram madu
2 sudu kecil garam
3 sudu makan serbuk ketumbar - di sangai
2-3 sudu kecil serbuk jintan manis - di sangai
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
(Nota: Sebaik-baiknya bila kisar serbuk ketumbar dan jintan manis tu jangan sampai terlalu halus)
.
Bahan Kisar (tapi jangan sampai terlalu halus)
6 ulas bawang putih
1/2 ibujari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai- hiris nipis
1/2 jari kunyit hidup
.
Cara-cara
- Bersihkan ayam/ daging. Kalau guna paru, sila rebus paru hingga betul-betul lembut dan hiris sama saiz.
- Gaulkan dengan semua bahan yang lain. Sebatikan.
- Perap beberapa jam (semalaman lagi baik).
- Boleh gunakan beberapa cara untuk memasak sate ini:
(1) Goreng dengan minyak yang agak banyak di dalam non stick pan ataupun kuali biasa sehingga garing.(akak suka hitam-hitam sikit)
(2) Goreng tanpa minyak/ sedikit sahaja minyak di dalam kuali hingga garing
(3) Bakar dalam oven dengan sedikit minyak, pada suhu maksimum dan kacau-kacau sekejap-sekejap dan masak hingga agak garing.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...