OOO

Memaparkan catatan dengan label sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sedap. Papar semua catatan

Selasa, Mei 19, 2015

Resepi Telur Ikan Goreng Berempah Sedap

Assalammualaikum semua

Memang seronok dah balik sini, tiap minggu ada ajer hal keluarga..kadang gi majlis kawin, anak menantu dan cucu datang umah.  Memang rasa happy sesangat dah ada cucu ni.
Akak buat goreng berempah ikut resepi Azie tapi ada tambah bawang putih.

Bahan-bahan
Telur ikan*
2 sudu besar serbuk kari ikan*
2 biji bawang putih-tumbuk*
Garam*
Serbuk kunyit*

Bahan Tumis
1 biji bawang besar-hiris
1 biji lada merah/cili kering-potong kecil
1 sudu besar halba campur
2 pelepah daun kari
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

  • Perap telur ikan dengan bahan-bahan bertanda * dan perap 30 minit.
  • Goreng telur ikan berasingan.
  • Goreng bawang besar dan kemudian masukkan cili kering/cili merah, daun kari dan akhir sekali masukkan halba campur. Bila wangi tutup api.
  • Campurkan dengan telur ikan dan gaul rata.
  • Sedia untuk di hidangk

Isnin, Mac 18, 2013

Resepi Satay Goreng Warisan Dan Kuah Satay

Assalammualaikum semua
Satu lagi resepi satay goreng yang akak suka buat.  Tapi akak lebih suka guna bahan rempah yang di kisar sendiri..resepi asal guna rempah serbuk tapi kalau nak guna yang serbuk pun ok gak.Terima kasih asinqs yang sudi berkongsi resepi satay goreng ni.  Akak gunakan lebihan rempah ni buat kuah satay.

Bahan utama
1 kilo isi ayam/daging di potong kecil


Bahan Rempah
- 2 sudu besar  ketumbar (coriander)
- 2 sudu besar jintan manis (fennel seeds)
- 1/2 sudu besar  jintan putih (cumin)
- 15 biji bawang kecil / bawang merah (bukan bawang besar)
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci  ketul halia
- 3 inci kunyit hidup
- 1 inci ketul lengkuas
- 4 batang serai besar
- gula dan garam secukupnya


Cara-caranya
1.  Kisar semua bahan termasuk rempah dan gaul bahan dengan ayam/daging. (tinggalkan sedikit bahan kisar)
2.  Masukkan garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati.
3.  Perap semalaman atau 12 jam, kalau ayam tak yah perap lama pun boleh.. dalam 4-5 jam dah ok.. 
5. Masukkan ke dalam kuali dan biarkan air kering kemudian baru masukkan sedikit minyak jagung/masak dan goreng sehingga garing.
Kuah Satay
Bahan-bahan
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah-akak guna gula melaka
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

1 batang serai-titik hujung


Bahan mesin/kisar
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
lebihan bahan rempah perapan ayam/daging

minyak dan garam secukupnya
akak tambah 1/2 cawan santan


 
Cara-cara

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.

2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.

3. Masukkan gula, santan  dan garam secukupnya. Masaklah  dengan api perlahan sehingga naik minyak.

Hidangkan bersama lontong daun/nasi impit ataupun ketupat dan semestinya satay goreng.



Jumaat, November 16, 2012

Grilled Beef Steak ( Daging Steak Panggang )lah Pulak

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.


Teringin nak makan steak ..akak beli daging steak fresh  kat penjual daging di Greenwood hari Ahad lepas...akak cuma grill atas non stick pan.   Akak baca kat internet  dan youtube camner nak buat steak ni.  Kalau nakkan rasa daging yang sebenar tak payah buh segala bawang, cuma taburkan garam dan serbuk lada hitam.

Bahan-bahan
  • 1 kg daging steak - potong lebar
  • serbuk lada hitam secukupnya
  • garam secukupnya 
  • minyak zaitun secukupnya
Cara-caranya
  1. Lepas basuh kepingan daging ni , kena lap dengan tisu dapur sehingga kering.  
  2. Pastu taburkan serbuk lada hitam dan garam di setiap kepingan daging.  
  3. Panaskan non stick pan dengan api yang kuat, masukkan minyak zaitun sedikit dan letak kepingan daging ..perlahankan api dan masak sehingga 4 minit.  (bergantung kepada ketebalan daging..kalau nipis..3 minit dah cukup..kalau tebal kenalah dalam 5 minit yer)
  4. Balikkan guna chopstick dan biarkan lagi 4 minit lagi barulah di angkat.
  5. Biarkan 5-10 minit barulah boleh di hidangkan.  Nak tau kenapa..anda rujuklah kat google dan youtube yer.
 Sup Kimball Cendawan..kena cicah dengan roti perancis bakar.
 
Roti perancis  bijan di potong kecil, letak marjerin planta yang telah di campur 4 biji bawang putih yang di tumbuk lumat bersama sedikit daun parsley kering.  Gunakan ajer api atas dalam oven bila bakar roti ni.
Ubi kentang goreng cicah cili sos..mestilah ada sos lada hitam kan..
Sos black pepper
Rebus 3 cawan air, masukkan 1 biji bawang besar yang telah di dadu, 1 batang saleri di potong kecil dan 1 kiub ayam.  Rebus dalam 15-20 minit dengan api perlahan. Padamkan api dan ketepikan.

Cairkan 2 sudu makan mentega, masukkan 2 sudu makan tepung gandum dan kacau rata dengan api sederhana sehingga sebati.  Masukkan pula air rebusan tadi (boleh tapis kalau x suka ada bahan tu), masukkan pula 1-2 sudu besar lada hitam yang telah di tumbuk kasar.

Masukkan juga sedikit sos tiram, sedikit susu cair dan sedikit kicap pekat.  Kacau sebati dengan api kecil, kalau pekat tambah air lagi.
Tambahkan garam jika perlu, rasa dah ok bolehlah di hidangkan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...