Oleh kerana dah ada bekas nak menjala yang di beri oleh puan nor di kt...akak pun berkobar-kobarlah nak buat roti jala. Memang senang nak buat roti jala pakai benda ni...dulu kalau pakai yang plastik tu ashik nak bertadah aje..pastu dapur berkecah dgn cebisan tepung..oleh kerna dah musim durian..buat roti jala makan dengan kuah durianlah pulak...
Bahan-bahan
- 1 biji durian-kopek dan ambil isi-kalau nak banyak bolehlah tambah.
- 700ml santan pekat
- 300ml air
- 1 biji gula melaka-masak dengan sedikit air sampai gula cair...pastu tapis bila dah sejuk
- gula castor-bergantung kepada tahap kemanisan yang diingini.
- 4 helai daun pandan-disiat-siat
- secubit garam
Kali ni buat roti jala menggunakan resepi dari tulip 77 @myr.com. pasal akak ni suka nak mencuba macam-macam cara nak buat roti ni...nanti boleh tahu yang mana paling lembut dan sedap dan boleh tahan hingga ke petang. Akak c & p aje ye tulip...harap maaf..tapi edit sikit.
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 5 sb susu tepung
- 1 biji telur
- beberapa titik pewarna kuning
- 1 st garam
Cara-cara
- Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
- Perap dalam 1/2 jam.
- Sediakan kuali dan acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
- Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit.
- Angkat dan lipat.
- Boleh di makan bersama-sama kuah durian.
