OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat kuah durian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat kuah durian. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 23, 2011

Kuah@Serawa Durian Bersama Pulut

Nak menghabiskan stok beras pulut  sebenarnya, pastu beli durian.  Sekarang kat Pahang yang banyak durian luruh.
 
BAHAN-BAHAN
  • 2 cawan beras pulut (di rendam lebih kurang 3 jam)
  • 1 cawan pati santan
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Buah durian 
CARA MEMBUATNYA
  1. Tos beras pulut yg direndam, kemudian kukus sehingga masak.
  2. Untuk santannya: Masak santan bersama air, daun pandan dan garam. Kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih.
  3. Gaul pulut dengan santan dan makan bersama buah durian 
Beli buah durian 2 biji, nasib baik ok isi dia.  Akak suruh kopek sekali masa beli.

Bahan-bahan
  • 15 ulas buah durian-suka hatilah kalau nak tambah lagi
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 helai daun pandan-di siat dan di simpul
  • 1 biji gula melaka-di potong kecil
  • secubit garam
  • 1-2  sudu makan gula
Cara-cara
1.  Masukkan durian bersama santan, air, garam dan daun pandan.
2.  Masak dengan api sederhana dengan mengacaunya selalu sehingga mendidih.
3.  Bila mendidih masukkan gula melaka dan gula pasir dan biarkan dalam 15 minit dan boleh di tutup api.
4.  Bolehlah dihidangkan bersama roti, pulut atau roti jala.
 

Khamis, Februari 12, 2009

Resepi Roti Jala Kuah Durian


Oleh kerana dah ada bekas nak menjala yang di beri oleh puan nor di kt...akak pun berkobar-kobarlah nak buat roti jala. Memang senang nak buat roti jala pakai benda ni...dulu kalau pakai yang plastik tu ashik nak bertadah aje..pastu dapur berkecah dgn cebisan tepung..oleh kerna dah musim durian..buat roti jala makan dengan kuah durianlah pulak...


Bahan-bahan
  • 1 biji durian-kopek dan ambil isi-kalau nak banyak bolehlah tambah.
  • 700ml santan pekat
  • 300ml air
  • 1 biji gula melaka-masak dengan sedikit air sampai gula cair...pastu tapis bila dah sejuk
  • gula castor-bergantung kepada tahap kemanisan yang diingini.
  • 4 helai daun pandan-disiat-siat
  • secubit garam
Cara-cara 1. Masukkan durian ke dalam periuk bersama-sama santan dan air. 2. Masukkan juga secubit garam dan daun pandan. 3. Kacau dengan menggunakan api perlahan sehingga santan mendidih. 4. Bila mendidih masukkan pula gula castor dan gula melaka. 5. Biarkan mendidih dalam masa 10 minit dan bolehlah di padam api.



Kali ni buat roti jala menggunakan resepi dari tulip 77 @myr.com. pasal akak ni suka nak mencuba macam-macam cara nak buat roti ni...nanti boleh tahu yang mana paling lembut dan sedap dan boleh tahan hingga ke petang. Akak c & p aje ye tulip...harap maaf..tapi edit sikit.

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 5 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • beberapa titik pewarna kuning
  • 1 st garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
  2. Perap dalam 1/2 jam.
  3. Sediakan kuali dan acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
  4. Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit.
  5. Angkat dan lipat.
  6. Boleh di makan bersama-sama kuah durian.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...