Assalammualaikum
Dah lama tak merasa duk rumah sewa sejak ada rumah sendiri di Kuala Lumpur, bila suami bekerja kat sini kami terpaksalah cari rumah sewa, company ada sediakan bilik hotel. Akak tak suka duk situ, dahlah mahal, duk terkurung ajer dalam bilik..bosann
Harga rumah kat Miri boleh tahan, kalau dekat bandar lagi mahal berdentum. Oleh sebab rumah sewa lama akak di Pujut ada masalah tangki pembentungan yang bocor, kami mula mencari rumah sewa yang baru.
Agak lama gak kami mencari samada melalui mudah.com atau pun tenguk kat iklan yang tampal di papan kenyataan di pasaraya oleh owner ataupun agent.
Alhamdulliah akhirnya dapat gak rumah yang berkenan di hati, walaupun jauh sikit dari tempat asal. Tapi tak perlu risau, sebab kat Miri bukan jalan jem macam kat Kuala Lumpur :).
Pada 26hb. Disember sehari selepas sampai dari Kuala Lumpur, kami pun pindah ke rumah sewa baru yang fully furnished, harganya up sikitlah.
Barang rumah yang kami beli pada tahun lepas terpaksa dihantar ke rumah di Semenanjung. N3 rumah lama ada kat SINI
Dah lama tak merasa duk rumah sewa sejak ada rumah sendiri di Kuala Lumpur, bila suami bekerja kat sini kami terpaksalah cari rumah sewa, company ada sediakan bilik hotel. Akak tak suka duk situ, dahlah mahal, duk terkurung ajer dalam bilik..bosann
Harga rumah kat Miri boleh tahan, kalau dekat bandar lagi mahal berdentum. Oleh sebab rumah sewa lama akak di Pujut ada masalah tangki pembentungan yang bocor, kami mula mencari rumah sewa yang baru.
Agak lama gak kami mencari samada melalui mudah.com atau pun tenguk kat iklan yang tampal di papan kenyataan di pasaraya oleh owner ataupun agent.
Pada 26hb. Disember sehari selepas sampai dari Kuala Lumpur, kami pun pindah ke rumah sewa baru yang fully furnished, harganya up sikitlah.
Barang rumah yang kami beli pada tahun lepas terpaksa dihantar ke rumah di Semenanjung. N3 rumah lama ada kat SINI
Penat gak pindah rumah ni, lenguh segala badan, maklumlah dah berusia. Tapi bila tenguk rumah cantik, luas dan selesa hilang rasa penat.
Yang buat akak seronok kat dapur banyak betul kabinet, boleh sorok apa yang tak perlu, yang paling penting rumah orang islam.
