OOO

Memaparkan catatan dengan label samsung galaxy S4.handphone samsung galaxy S4. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label samsung galaxy S4.handphone samsung galaxy S4. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 03, 2013

Meriahnya Pelancaran Samsung Galaxy S4 Di Malaysia

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

Pagi Sabtu  27hb. April akak melapangkan diri  ke  Blue Cube Sunway Pyramid.
 
Pada hari ini Samsung akan melancarkan telefon pintar mereka yang terbaharu Galaxy 4. Telefon pintar ini mempunyai pelbagai fungsi yang menarik yang sedia ada pada telefon sebelumnya dan penambahan fungsi baharu yang akan membuatkan pengguna Samsung Galaxy S4 merasakan begitu berbangga apabila memiliki telefon tersebut.

 Bangganya mereka kerana menjadi orang yang terawal  dapat membeli Galaxy S4 di sini.
Liyana Jasmay dan Awal Ashari sedang menerangkan fungsi-fungsi  Galaxy S4 pada pelanggan Celcom yang mula beratur mulai dari pagi lagi.
Berbagai acara dan gimik telah di adakan sempena pelancaran Galaxy 4.
Menarik sungguh persembahan dari kumpulan band yang  telah mempersembahkan bermacam gaya dan aksi menarik.
Menyanyi dengan penuh perasaan dan juga membuat pelbagai aksi-aksi yang menghiburkan
Telatah mereka memang mencuit hati
Seronoknya semua bakal pembeli  kerana telah di beri air dan ais krim oleh orang kuat Samsung..hilang rasa penat lelah mereka yang setia beratur sejak dari pagi.
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom  Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin
dan Pengarah Urusan Samsung Malaysia, Kwan Jae Hoon menunjukkan telefon pintar Samsung Galaxy S4 di Blue Cube @ Oasis Boulevard, Sunway Pyramid
Samsung Galaxy memang besttttt
Gimik tentang kehadiran Galaxy S4 di Malaysia oleh pasukan sorak selain telah melakukan aksi-aksi yang menarik
Wakil-wakil terhormat terhibur dengan persembahan serta gimik di hari pelancaran tersebut
Pengarah Urusan Samsung Malaysia, Kwan Jae Hoon bersama wakil DIGI  melepaskan belon di Digi Store Sunway Pyramid.
Gimik yang menarik


Cerianya dan warna warni semasa tetamu terhormat melepaskan belon ini menandakan bahawa Galaxy S4 telah mula dijual di seluruh negara.

 
Jom tenguk kemeriahannya kat video pulak

Selain hanya berukuran 7.9 milimeter, skrin bersaiz 5 inci dan bateri cuma seberat 170gm, Galaxy S4 turut mempunyai paparan Super AMOLED berdefinasi penuh yang pertama di dunia.
Di Plaza Low Yat pula, Pengarah Urusan Samsung Malaysia, Kwan Jae Hoon telah sudi memberi kepada cenderahati sebagai tanda terima kasih kerana sokongan yang mereka berikan kepada pengunjung dan peminat setia telefon pintar Samsung di sini.
 Tetamu terhormat turut mencuba Galaxy 4 
yang terdapat di Samsung Store di sini
Kami pun tak melepaskan peluang mencuba kehebatan telefon pintar ini juga di lengkapi dengan kamera belakang 13 mega piksel, teknologi Gorilla Glass Corning 3 yang mampu merekod bunyi dengan lebih jelas dan teknologi Airview yang membolehkan operasi skrin dail pantas dengan mengeluarkan gambar daripada nombor satu hingga sembilan.
Antara pilihan casing yang patut dibeli untuk memberi sentuhan terindah kepada Galaxy S4. Ia boleh didapati di semua Samsung Store dengan harga RM99
Pembeli boleh mendapatkan Galaxy S4 sekarang juga di semua lokasi terpilih termasuk di kaunter syarikat telekomunikasi sebelum ianya habis dijual dengan harga 2,199.00 menerusi pilihan warna hitam dan putih.



 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...