Pagi Sabtu 27hb. April akak melapangkan diri ke Blue Cube Sunway Pyramid.
Pada hari ini Samsung akan melancarkan telefon pintar mereka yang terbaharu Galaxy 4. Telefon pintar ini mempunyai pelbagai fungsi yang menarik yang sedia ada pada telefon sebelumnya dan penambahan fungsi baharu yang akan membuatkan pengguna Samsung Galaxy S4 merasakan begitu berbangga apabila memiliki telefon tersebut.
Bangganya mereka kerana menjadi orang yang terawal dapat membeli Galaxy S4 di sini.
Liyana Jasmay dan Awal Ashari sedang menerangkan fungsi-fungsi Galaxy S4 pada pelanggan Celcom yang mula beratur mulai dari pagi lagi.
Berbagai acara dan gimik telah di adakan sempena pelancaran Galaxy 4.
Menarik sungguh persembahan dari kumpulan band yang telah mempersembahkan bermacam gaya dan aksi menarik.
Menyanyi dengan penuh perasaan dan juga membuat pelbagai aksi-aksi yang menghiburkan
Telatah mereka memang mencuit hati
Seronoknya semua bakal pembeli kerana telah di beri air dan ais krim oleh orang kuat Samsung..hilang rasa penat lelah mereka yang setia beratur sejak dari pagi.
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin
dan Pengarah Urusan Samsung Malaysia, Kwan Jae Hoon menunjukkan telefon pintar Samsung Galaxy S4 di Blue Cube @ Oasis Boulevard, Sunway Pyramid
Samsung Galaxy memang besttttt
Gimik tentang kehadiran Galaxy S4 di Malaysia oleh pasukan sorak selain telah melakukan aksi-aksi yang menarik
Wakil-wakil terhormat terhibur dengan persembahan serta gimik di hari pelancaran tersebut
Pengarah Urusan Samsung Malaysia, Kwan Jae Hoon bersama wakil DIGI melepaskan belon di Digi Store Sunway Pyramid.
Gimik yang menarik
Cerianya dan warna warni semasa tetamu terhormat melepaskan belon ini menandakan bahawa Galaxy S4 telah mula dijual di seluruh negara.
Jom tenguk kemeriahannya kat video pulak
Selain hanya berukuran 7.9 milimeter, skrin bersaiz 5 inci dan bateri cuma seberat 170gm, Galaxy S4 turut mempunyai paparan Super AMOLED berdefinasi penuh yang pertama di dunia.
Di Plaza Low Yat pula, Pengarah Urusan Samsung Malaysia, Kwan Jae Hoon telah sudi memberi kepada cenderahati sebagai tanda terima kasih kerana sokongan yang mereka berikan kepada pengunjung dan peminat setia telefon pintar Samsung di sini.
Tetamu terhormat turut mencuba Galaxy 4
yang terdapat di Samsung Store di sini
yang terdapat di Samsung Store di sini
Kami pun tak melepaskan peluang mencuba kehebatan telefon pintar ini juga di lengkapi dengan kamera belakang 13 mega piksel, teknologi Gorilla Glass Corning 3 yang mampu merekod bunyi dengan lebih jelas dan teknologi Airview yang membolehkan operasi skrin dail pantas dengan mengeluarkan gambar daripada nombor satu hingga sembilan.
Antara pilihan casing yang patut dibeli untuk memberi sentuhan terindah kepada Galaxy S4. Ia boleh didapati di semua Samsung Store dengan harga RM99
Pembeli boleh mendapatkan Galaxy S4 sekarang juga di semua lokasi terpilih termasuk di kaunter syarikat telekomunikasi sebelum ianya habis dijual dengan harga 2,199.00 menerusi pilihan warna hitam dan putih.
alhamdulillah, anak2 teruna sudah memiliki dengan membeli di Makkah sebagai kenang2an...
BalasPadamwah cepatnya..untunglah ek
Padammemang meriah pelancaran S4 ni. di Berjaya Times Square tidak kurang meriahnya..
BalasPadamS4 warna putih dah jadi milik suami :)
amboi tukar gadget lagi....betuahnya kamu
Padamalhamdulillah..rezeki berblog kak.
PadamWahh, meriahnya. ;)
BalasPadamTeringin nak beli, pegang dan guna sepanjang jadi blogger ni. Senang nak upload berita secepat mungkin. ;)
Admin Kaki Nakal dan rakan blogger jom join Kontes saya ... ----------->
http://www.asyrofasristudio.com/join-blogger-contest-tanah-arab/ <-------------
beli jangan tak beli..berbaloi tau jika dapat memilikinya
Padamassalamualaikum kakina...wah bestnya nak juga...:)
BalasPadammualaikumsalam
Padamkalau nak kenalah beli...berbaloi tau jika dapat memilikinya
Memang betul-betul Samsung nak ambik hati rakyat Malaysia ni. Macam-macam gimik yang mereka buat.
BalasPadamkalau kamu dapat pegi hari pelancaran..lagi best..macam..macam ada hazmin
PadamGambar clear giler sangat kan.....
BalasPadambetul..betul tu hazman
Padamwahh..rajin betul gi sana ek.
BalasPadammestilah rajin titan..best per
PadamFuiyooooo kakk..kita pun x sabar nk sambar satu..tp masih lagi rasa sayang kt S3 kita nih..alahai..hehe!
BalasPadamsambar jangan tak sambar inahar
Padamakak pergi sini ye ? sangat meriah ..kan bagus kalau ada rezeki org bagi ..bangun tidur tengok bawah bantal ada S4 da...heheh
BalasPadamfuhyoo klulah impian kamu jadi kenyataan..kan best
Padamwah meriahnyaaaa! :)
BalasPadamp/s: jom support LUPUS awareness!^^ http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html
memang meriah deno
Padamwah... akak pun rajin eh nak turun... teringin nak turun.. tapi bila fikir balik nak hadap jem... adeyy xsanggup... ape-ape pun nampak meriah pelancaran ini... :)
BalasPadammeriahnya..kena tunggu harga turun sikit baru beli..hehe
BalasPadam