OOO

Memaparkan catatan dengan label sinopsis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sinopsis. Papar semua catatan

Khamis, Jun 24, 2010

Toy Story 3 Vs Lagenda Budak Setan (Sambil Makan Peterporn oppp Popcornlah)

 Memang bestlah Toy Story 3 ni..akak pergi tenguk minggu lepas masa cuti sekolah hari Jumaat lepas.  Sebelum tu hari Rabu pergilah ke Midvalley nak bawak Ira dan Im tenguk Karate Kid..sampai tiket sold out ...kalau ada pun duduk kat depan.  Imran dah masam..selalunya akak booking online...kali ni boleh terlupa...akhirnya duk lepak kat Kedai Buku MPH ajer.  Janji dengan Imran nak pergi hari Jumaat.
 Sebelum tu pergi dulu rumah Gto nak ambil coklat..ingatkan nak borak kejap..tapi sebab best punyer borak kami terlajak sampai nak dekat 1/2 jam.   Kebetulan mil gto ni peramah.

Kelam kabut bila tenguk dah nak dekat pukul 10.30 pagi...sampai kat Wangsa Walk lagi 10 minit pukul 11.00 pagi.  Bila sampai kat pawagam orang beratur panjang..ishhh akak pun buat baik dengan adik yang beratur di hadapan ...minta tolong dia belikan tiket kami.  Nasib baik dia nak tolong.

Pukul 11.00 pagi pulak Toy Story tu di tayangkan dalam bentuk  Film 3D.  Tentulah mahalkan..tak perlah..duit nuffnang ada kan..dapat jugak Ira dan Im tenguk ceta yang best ni..Akak belikan mereka pop corn dan air.

Bila masuk mereka bagi pakai spek...waduh cantiknya gambar...memang berbaloi..dulu tak pernah tenguk toy story 1 dan 2...kali ni terjatuh cintaaalah pulakkkk...

Sinopsis..Sumber Harian Metro

AKHIRNYA Woody, Buzz Lightyear dan geng kembali lagi selepas 11 tahun menamatkan pengembaraan menarik mereka.
Siapa tak kenal Woody dan Buzz selaku watak utama dalam siri animasi Toy Story 3 yang ditayangkan serentak di seluruh dunia bermula 17 Jun lalu.

Siapa tidak teruja menanti kehadiran watak animasi yang bukan saja comel tetapi turut mempunyai semangat setia kawan yang utuh.

Pengembaraan kali ini bermula dengan kerisauan Woody, Buzz dan rakan-rakan mengenai masa depan mereka apabila mengetahui Andy bakal belajar di kolej.

Andy memang sayangkan semua permainannya yang disimpan dalam kotak kayu dan tidak membenarkan sesiapa pun menyentuh kotak berkenaan.

Namun hanya Woody (permainan kesayangannya) yang akan dibawa ke kolej manakala rakan Woody dimasukkan ke dalam beg plastik hitam untuk disimpan di loteng tetapi ibu Andy tersilap menganggapnya sebagai sampah.
Dalam usaha menyelamatkan diri daripada lori sampah, mereka akhirnya termasuk ke dalam kotak permainan milik adik Andy yang hendak didermakan ke pusat jagaan kanak-kanak, Sunnyside.

Di sinilah mereka bertemu dengan rakan baru seperti Lotso, anak patung beruang merah jambu yang berbau strawberi dan jejaka kacak, Ken. Woody, Buzz dan rakan-rakan gembira kerana selepas sekian lama akhirnya ada orang yang akan bermain dengan mereka.

Namun kegembiraan itu tidak lama kerana pada hari pertama teruk mereka dikerjakan oleh kanak-kanak yang tidak tahu menghargai alat permainan
.Pada ketika itulah baru mereka tahu Lotso yang menjadi ketua di situ sudah mengubah Sunnyside seperti penjara.

Cabaran sekarang ialah untuk balik ke rumah Andy dalam masa tiga hari sebelum dia pergi ke kolej.

Bermulalah pengembaraan yang lucu tetapi mencabar. Toy Story 3 yang menampilkan suara Tom Hanks (Woody), Tim Allen (Buzz) dan Joan Cusack (Jesse) tidak sekadar hiburan kerana ia sarat dengan nilai kemanusiaan dan persahabatan yang semakin nipis.

Malah pada saat genting, mereka pasrah untuk ‘mati’ bersama apabila tercampak ke pusat pembakaran di tapak pelupusan sampah.
Seperkara yang menarik ialah cara pengarahnya, Lee Unkrich memaparkan kesungguhan dan daya juang semua watak berusaha hingga ke saat akhir untuk menyelamatkan diri.

Ia juga memaparkan ‘kerinduan’ alat permainan berkenaan untuk dimain oleh kanak-kanak (kerana itulah tujuan ia dicipta) dengan cara yang baik supaya ia boleh ‘diwariskan’ kepada kanak-kanak lain yang kurang berkemampuan. Versi tiga dimensi menjadikan filem animasi ini tampak lebih hebat, segar dan hidup.
Minggu sebelum tu akak tenguk ceta Lagenda Budak Setan..akak tenguk hari Rabu sebab tiket murah....mula-mula memang best...tapi bila tiba pertengahan selepas Ayu bertukar rupa...dah tak best...pelakun baru tu tak pandai menjiwai watak..hancur..

Taklah se gah yang di war-warkan ... yang geram tu ...bila tenguk banyak sungguh mulut-mulut yang memekak...gelak ketawa..bunyi tel..ishhh geram tul.

Tapi akak puji jugak sebab akak suka tenguk pemandangan sepanjang perjalanan Kashyah ke tempat dia nak membuat kajian...memang cantik sungguh.

Bagi akak tak best...tak tahulah orang lain punya pendapat pulak.

Isnin, Jun 21, 2010

Bestlah Dendam Orang Minyak (Lagenda TV3)

Memang tak miss tau tenguk cerita ni...tak dapat tenguk belah petang...tengah belah malam..apa lagi nak buat...dari duk lepak kat pc ajer..layanzz cerita ni pun best.....
SEMPENA meraikan ulang tahun ke-26, stesen televisyen TV3 mengharapkan drama bersiri Dendam Orang Minyak yang disiarkan sejak 7 Jun lalu akan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.
Drama terbitan Suhan Movies yang disiarkan menerusi slot Lagenda arahan Haris Kadir itu mempunyai 20 episod. Penulis skrip drama itu ialah Zaidi Ahmad Tajudin.
 Ia membariskan pelakon popular seperti Aqasha, Azhan Rani dan Melissa Maureen Rizal yang ternyata berkesan dalam memikat para penonton supaya terus mengikuti perkembangan jalan cerita yang mencemaskan.

Dendam Orang Minyak yang telah memasuki episod ketujuh menyaksikan kebingungan Fendi (Aqasha), seorang wartawan jenayah yang terlibat dalam siri pembunuhan gadis-gadis tanpa kerelaan diri.
Kehidupannya berubah setelah menjumpai dan menyarungkan sebuah cincin permata hitam dalam laci arwah ayahnya.
Setelah diberikan amaran oleh ibunya, Fendi cuba menanggalkan cincin tersebut tetapi gagal. Malah dia langsung tidak sedar apa yang telah berlaku.
 pempuan  ni model...dia  ni pakai susuk emas..kononnya nak cantik...
akhirnya mati di bunuh dek orang minyak
Fendi telah dipergunakan oleh Wak Man untuk mencapai tujuannya dan dirasuk oleh Orang Minyak iaitu Lamin (Azhan Rani) yang mahu membalas dendam terhadap generasi musuh-musuhnya.
Aina (Melissa Maureen Rizal) selaku pegawai penyiasat kes tersebut gagal menemui apa-apa maklumat dalam penyiasatan kes pembunuhan tersebut.
Fendi mula mengesyaki tujuan sebenar Wak Man yang memandikannya dengan minyak hitam dan mahukan penjelasan daripadanya.
Wak Man cuma mentertawakan Fendi dan menyatakan bahawa dia tidak mampu melarikan diri daripada keturunannya.
Dalam mimpi aneh yang dialami oleh Fendi, dia sebenarnya mengimbas kembali kehidupan Lamin sebelum bergurukan Joyo.
 bapa Aina...lakunan Raisuddin memang mantap
 Setelah isteri Lamin, Melati diperkosa dan dibunuh dengan kejam, Lamin mahu menuntut bela daripada Semandan rakan-rakannya namun dihalang oleh Pak Guru Anding.
Seman telah bersumpah bahawa dia tidak membunuh Melati tetapi mengesyaki bayang gelap yang sering merayau di kampung pada waktu malam.
Lamin meninggalkan kampung dengan dendam dan bergurukan Joyo. Demi mencapai kekebalan dan kesaktian seperti Joyo, Lamin perlu memenuhi syarat-syarat tertentu.
Lantas, adik-adik perempuan musuhnya menjadi mangsa Lamin. Meskipun Lamin berjaya dibunuh oleh Bakar dengan buluh kuning tetapi malangnya, dendam Lamin tidak berakhir di situ.
 ibu mangsa pertama orang minyak
 Walaupun tidak berdaya untuk melawan Lamin yang kini berjaya menguasai dirinya, Fendi tekad melepaskan diri daripada rasukan tersebut termasuk sanggup memotong jarinya.
 Aina pula berusaha untuk menjejaki pembunuh sebenar di samping mengambil berat tentang perubahan yang berlaku pada Fendi.
 Dapatkah Fendi menyelamatkan diri daripada rasukan orang minyak tersebut? Apakah Aina berjaya membongkarkan rahsia Fendi dan apakah tindakan yang akan diambil kemudian?

p/s kenapa akak suker tenguk cerita ni...dari dulu akak suker lakunan
Aqasha...tahniah ek dah bertunang.

Ahad, Jun 13, 2010

Sayang Cendana dah habislah

Jadi suri rumah tangga ni kan...banyak betul masa terluang...jadi tenguk ajerlah apa cerita yang ditayangkan kat tv..akak tak layan cerita yang lain...layan cerita melayu ajer..

Akak dah ambil gambar cerita ni lama...tapi lupa pulak nak buat N3...tak perlah...akak masukkan jugalah...walaupun cerita ni dah habis minggu lepas.
Layan jugak cerita lagenda  sayang cendana ni..best jugak..kelakar ada...sedih ada...
 Kalau Nadia Mustafar berlakon memang best..sebagai Donna di bumi
di indera kayangan sebagai dayang
Memang padan Juliana Evans jadi patung..
memang macam patung muka dia kan
Hakimi dah handsome tapi tapi luper diri lepas tu
dan Norkhairiah..yang jadi bibik rumah di sebelah rumah Hakimi..
kalau dia ni berlakon memang kelakar...
Tenguklah senarai pelakun dia...best kan...
cerita lebih kurang macam cerita Patung Cendana tapi yang versi moden..akhir cerita pun sama..cendana masuk dalam tasik dan jadi patung semula

Isnin, Jun 07, 2010

Pelancaran Buku Wardina Mama Saya Lapar & Siapa Alien

  Masa akak gi ke Perpustakaan Negara sebab nak pulang buku..akak dapat tahu Wardina tengah buat pelancaran buku hasil penulisan beliau kat Dewan di situ.  Lepas ajer cari dan chop buku baru...akak bergegas ke bangunan sebelah.

Bila nak masuk ke situ..orang dah ramai..rupernya tengah berlangsung sessi temubual bersama beliau.  Buku beliau telah dilancaran oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar dan beliau berharap, selepas ini dapat menghasilkan lebih banyak lagi buku berkonsepkan keibubapaan dan penjagaan kanak-kanak.
 Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, seorang pelakon dan pengacara yang kini telah menceburi bidang penulisan telah membuat majlis pelancaran bukunya pada hari Jumaat 4hb. Jun 2010.  Buku hasil karyanya bertajuk "Mama Saya Lapar" dan "Siapa Alien" memfokuskan kepada penjagaan kanak-kanak terutama dalam aspek pemakanan serta cara untuk memanipulasi pemikiran mereka.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi ini buku pertama hasil karyanya berjudul Mama Saya Lapar dianggap sangat personal dan istimewa buat dirinya. Buku ini sangat berguna untuk para ibu di luar sana untuk dijadikan panduan mengenai pengalaman pemakanan berkhasiat.
 Ditampilkan juga pelbagai tips bagaimana untuk mengatasi masalah anak-anak cerewet memilih makanan, cara nak ajar anak makan sayur. Selain menerangkan tentang penyusuan susu ibu, Wardina juga menceritakan tentang pengalamannya apabila menghadapi anak yang sedang sakit. Tak lupa juga ada resepi menarik untuk dicuba!
“Minat menulis memang sudah lama ada dalam diri saya, sejak di bangku sekolah lagi. Kalau saya tidak menjadi pelakon, saya rasa memang saya akan menjadi seorang penulis. Buku panduan untuk ibu-ibu itu tercetus setelah saya menyedari ramai wanita sering bertanyakan pada saya tentang tips pemakanan bayi, penyusuan dan sebagainya. Saya sendiri pun tidak tahu mengapa mereka sering bertanyakan pendapat saya dan dari situlah saya rasa bagus juga jika saya hasilkan satu buku menceritakan tentang pengalaman sendiri sebagai seorang ibu. Untuk siri pertama ini, saya memfokuskan kepada aspek pemakanan. Mengenai buku cerita kanak-kanak pula, ia adalah ilham daripada seorang kenalan sebenarnya. Dan buku ini saya hasilkannya di dalam bahasa Melayu (BM) kerana ketika ini, buku kanak-kanak dalam BM sangat kurang. – Wardina [sumber]
Kata Wardina, buku ini disampai dengan cara yang senang difahami dan ianya ikhlas dari hati. Beliau percaya, buku sebegini padat dengan informasi berguna dan segala tips memang boleh dipercayai keberkesanannya kerana dilengkapi juga nasihat dari pakar.

Buku kedua karya Wardina berjudul SIapa Alien.
Buku cerita kanak-kanak ini diilustrasikan oleh Raja Pensel Warna Uneh. Ianya menceritakan tentang Alien yang bernama Ali, bagaimana ia turun ke bumi dan berjumpa dengan satu lagi Alien yang sebenarnya – seorang manusia! Nak tahu lebih lanjut siapa Alien sebenarnya, kenalah beli buku ini.
Pengajarannya janganlah kita memandang seorang yang “tidak sama” dengan kita sebagai aneh dan pelik. Disertai panduan dan info mengenai perkembangan minda.
Kata Wardina, antara sebab dia menghasilkan buku kanak-kanak adalah kerana beliau cukup suka dengan kanak-kanak.
 Mama Siapa Lapar diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd berharga RM19.00 dan Siapa Alien diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd dijual dengan harga RM19.90.
terserempak dengan Budiey...borak kejap..
 
best dapat bergambar dengan Wardina..alahai lawa sungguh 
dan tangan dia memang lembut..
makanan pun sedap..ada juga sup 
 akak dapat 2 goodies beg.. pertama berisi cenderahati dari Wardina
kedua dari Alaf 21
ada macam-macam majalah
biskut alien yang sedap
badut pun ada...
ternampak pula dengan Vie Shantie, isteri pelakon Eizlan Yusof bersama baby
alahai..merah lagi kulit baby ni..

Isnin, Mei 31, 2010

Lagenda Budak Setan -The Movie dah nak tayang dah

Baru ajer selesai tenguk promo Lagenda Budak Setan 
di Astro Prima..wah memang menarik cerita ni..
Bila tenguk mula-mula ajer akak dah tertarik nak tenguk..
mungkinkah akak orang yang pertama beratur di pawagam pada 3hb. Jun (Khamis) ni?
akak tak baca lagi novel ni..dah lama dah keluar novel karya ahadiat akashah. nanti kalau gi library minggu ni  akak nak  cuber cari dan nak pinjamlah.  Nak jugak tenguk sama tak cerita kat dalam novel dan di pawagam.
Kisah budak kolej  bernama  Kasyah (Farid Kamil) yang nakal..sampai sanggup masukkan cicak ke dalam air tin Ayu(Lisa Suriyani)
Ayu selamba ajer minum air tu...dia tak tahu Kasyah dah dajalkan dia....tenguklah air muka si Nubhan yang geli geleman tenguk Ayu sedang minum air cicak. 
Apabila Ayu tercekik cicak..kelam kabut Kasyah dan geng dia ....Kasyah cuba nak menyelamatkan Ayu dengan menjolok tekak Ayu...sampai cicak tu dapat di keluarkan...geli geleman  tenguk cicak tu..kalaulah akak yang tertelan mau muntah hijau dibuatnya..
 member baik Ayu ..bagi nasihat supaya Ayu 
berhati-hati dengan Kasyah..suka pedajal orang
Kasyah meminta maaf dengan Ayu..Ayu boleh memaafkan Kasyah
jika dia boleh meminta maaf kepada semua orang yang dah kena dajal dek dia..

Rasanya sad endinglah gamaknya..rasanya Ayu meninggal dunia kot...mesti ramai yang mengalirkan air mata masa kat dalam panggung...jangan luper bawak tisu banyak-banyak ek
wah romantisnya..pasangan yang ideal
kalau kat luar filem cam ni pun akak sukerrr 
Barisan pelakon Lagenda Budak Setan
Filem bernilai RM1.6 juta, arahan Sharad Sharan terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Tarantella Pictures ini dibarisi pelakon hebat seperti Farid Kamil yang menjadi tonggak utama (Kasyah), Lisa Surihani (Ayu), Nurashiqin (Emilia, Ayu), Que Haidar (Azmi), Leha (Shiela Mambo), Raja Farah (Suzana) dan Fazura (Katerina).
 LIRIK Hilangnya Cinta, oleh  Filianti Vlee
Penyanyi: Filianti Vlee
Tajuk : Hilangnya cinta
Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan..

Sinopsis
 LBS berkisar Kasyah, serang pelajar universiti yang nakal dan sering membuli rakan sekuliah serta pelopor kepada kumpulan anti-perempuan, akhirnya terjerat dengan seorang pelajar perempuan yang baru mendaftar di kolejnya.


Bibit-bibit cinta pun bermula walaupun mungkin di anggap cinta monyet tetapi tidak bagi Kasyah.  Ayu, gadis yang yang berjaya mencuri hati Kasyah berbelah bahagi sedangkan dia m emasuki universiti berkenaan untuk mengubat hatinya yang luka akibat kecurangan bekas kekasihnya Azmi,


Ayu mencabar Kasyah berubah menjadi seorang yang lebih berdisiplin serta berusaha mendapatkan keputusan akademik yang cemerlang jika mahukan dia membalas cinta itu. Gurauan itu disabut serius oleh Kasyah dan keikhlasan jejaka itu membibitkan episod cinta mereka.


Kasyah mendapat dana universiti untuk melakukan kajian bagi menamatkan pengajiannya.  Biar pun berat namun atas desakan dan janji Ayu yang akan setia menantinya, Kasyah bersetuju.  Tanpa di sangka, Azmi muncul kembali.  Muslihat Azmi yang berpakat dengan ibu Ayu yang berpura-pura sakit tenat membuatkan gadis itu serba salah.  Mereka yang dipaksa ibunya supaya berkahwin membawa detik malang kepada Ayu apabila Azmi sering mendera Ayu.


Selepas kembalinya Kasyah, Ayu sudah bertukar wajah kerana terpaksa menjalani pembedahan plastik kerana cedera teruk di muka ketika berlaku perlanggaran kereta. Dia turut dikenali dengan nama baru iaitu Emilia. Dia turut diceraikan Azmi.

Penderitaan Ayu/Emilia tidak terhenti disitu, Azmi sekali lagi datang mencederakannya sehingga mengakibatkannya lupa ingatan. Bagaimapun, Kasyah masih sanggup menerima Ayu/Emilia sebagai isterinya. Ayu meninggal dunia ketika dia melahirkan anak hasil perkongsian hidup dengan Kasyah.


p/s Jomlah tenguk ramai-ramai ...sape lagi yang nak sokong cerita melayu kalau bukan kita.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...