OOO

Memaparkan catatan dengan label tips dapat duit dari nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips dapat duit dari nuffnang. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 22, 2011

Dapat cek Nuff ..Ingat nak buat contestlah

Alhamdulliah dapat cek ni awal bulan lepas, tapi tak jumpa gambar..luper letak gambar cek ni kat mana.

Oleh sebab akak dapat banyak (bukan eksyen dan bukan banyakpun...tapi kira banyaklah juga bagi suri rumah cam akak...tapi mana boleh lawan dengan blogger fofolur yang lain cam redmummy tu) tapi alhamdulliah gakkan sebab bukan senang nak dapat banyak ni untuk sebulan.

Walaupun ada pasang surut RM setiap bulan akak redha ajerlah. Banyak sedikit bukan ukuran tapi kepuasan berblog itu penting. Sebab tu akak nak agihkan sikit rezeki yang akak dapat ni. Tanpa anda semua siapalah akak di dalam dunia blog ni kan.

Sebab anda yang sudi menjenguk ke blog akak walaupun bukan setiap hari pastu sudi menjadi followers sehingga mencecah ke 1000 lebih dan sudi memberi komen membuatkan akak lebih bersemangat untuk update blog. Terima kasih semua.

Akak ingat nak buat contestlah..tapi tengah fikir apakah cara,syarat dan hadiahnya.Kalau boleh tak nak susahkan peserta kena tampal banner contest, suruh jadi follower dan nak tag orang.

Akak tak suka paksa orang dan tentu orang pun tak suka di paksa. Sebab tu akak jarang nak masuk contest kalau ada syarat camtu. Jangan marah yer..tu bagi pendapat akak. Mungkin orang lain suka. Takkan nak suruh teka lagi ek..tak bestlah pulak.

Kita buat cara yang lain pulak..ada idea tak?

Tungguuuuuu yer..

Jumaat, Disember 17, 2010

Pemenang Contest dan Tips Nak Dapat RM

Alhamdulliah sehingga tarikh tutup sebanyak 91 penyertaan di terima. 1 lagi tak di terima sebab dah tamat tempuh. Tak sangkalah pulak ramai yang sudi menyertai GA akak ni.

Sedihnya tak ada yang dapat menjawab dengan tepat. Tapi ada 4 peserta yang hampir tepat. Bila check lagi cuma ada 2 peserta yang meneka paling hampir.

Peserta Pertama




Dan peserta ke 2



Kita tenguk jawapan sebenar.



Pemenang yang hampir meneka dengan tepat ialah http://sakiralicious.blogspot.com/.

Sila hantarkan butir-butir diri ke email akak roslana_06@yahoo.com.my.

Akak nak pot pet pot pet pasal duit nuffnang ni. Bukan senang nak dapat BE sekarang ni. Pasal dah terlampau ramai blogger yang berdaftar dengan nuffnang sekarang. Jadi nuffnang terpaksa gak agihkan kepada yang lain pulak. Takkan ashik nak bagi kat kami ajer nanti orang kata nuffnang racist.

Jika ada BE yang singgah di blog anda, rajinlah blog walking dan upkan trafik. Memang tak boleh kaya dengan BE tapi jika trafik tinggi insyallah merasa gak duit nuffnang. Boleh gak beli top up.

Daripada tahun pertama dulu nak tunggu RM200 lebihmengambil masa setahun tetapi alhamdulliah sekarang ni boleh di katakan setiap bulan ada juga rezeki dari nuffnang. Banyak atau sedikit belakang kira. Kalau di kira semua 7 cek dah lebih dari 4 angka dah.

Setialah dengan satu pengiklan ajer. Jangan sekejap lompat kat sini dan lepas tu lompat balik kat tempat lama.

Update sentiasa blog jika BE sudi singgan dan jika boleh jangan tinggal/menjerit di kotak suara tu tapi pergilah ke ruangan komen. Empunya blog memang suka jika orang komen setiap N3 yang beliau buat pada setiap hari.

Macam akak , insyallah sekarang ni kalau boleh akak akan cuba pergi ke blog yang sudi komen di N3 akak walaupun kadang kala mengambil masa. Di shoutbox tu macam tak ikhlas ajer datang ke blog akak. Memang tak baca kot?

Sekarang ni akak redha ajer kalau tak ada BE sebab tujuan mula-mula berblog untuk bercerita, meluahkan perasaan ibaratnya macam akak menulis diari kehidupan untuk kenangan jika akak tak ada lagi supaya anak cucu boleh membaca kisah akak dan menjalinkan persahabatan.Dapat duit kira bonus kan..

Ada juga orang yang suka memberi komen yang menyakitkan hati tetapi pada pendapat akak jika dia menuding 1 jari ke pada akak sebenarnya 9 jari lagi menuding kepada beliau.

Takkan kita nak layan dan memaki hamun mereka. Jika kita juga mengikut ragam mereka tentu mereka suka sebab kita melayan kerenah mereka dan penulisan sebegitu akan melambangkan keperibadian kita. Tulah titik garam jika kita berblog. Ada orang suka dan ada yang tak suka.

Akhir sekali terima kasih buat semua yang sudi masuk GA akak ni. Insyallah jika ada rezeki lagi akak buat lagi yer.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...