OOO

Memaparkan catatan dengan label tofu sos tiram lazat/enak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tofu sos tiram lazat/enak. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 15, 2010

RESEPI TOFU SOS TIRAM

Sebelum akak nak  bagi resepi ni..akak nak bagitau alhamdulliah dah ada 2 orang sponsor baru.



Ambil resepi ni dari fotopages http://mamafami.fotopages.com.
Akak suka juga dengan masakan stail cam ni.
Bahan2 :
2 silinder tofu lembut/tauhu jepun
1 biji carrot - potong memanjang (boleh ganti dengan apa jua sayur kegemaran) -akak ganti dengan cili banggla di potong kecil
6 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk 
sedikit udang kecil
2 s/b sos tiram
1 s/k sos ikan
1 s/k serbuk pati ayam/ setengah kiub ayam
minyak untuk menumis
2 s/k tepong jagung + 1 cawan air 
akak tambah-bawang holland -dihiris dan sedikit serbuk lada hitam

Cara2 :
-Tofu dipotong 2 plastiknya dan picit ke tapak tangan. Siram air sket kemudian potong anggaran 1 inci ke dalam piring... kemudian goreng hingga kekuningan
-Panaskan sedikit minyak (minyak menggoreng tofu tadi pun boleh.. kurangkan minyaknya) dan tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi bersama bawang holland.Masukkan udang bersama serbuk lada hitam.
-Masukkan bahan2 sos dan serbuk pati ayam.
-Masukkan air tepung jagong tadi dan biar mendidih.
-Masukkan lobak merah (cili banggala)  dan biar sebentar.
-Rasakan garamnya.. kalau kurang masin baru tambah garam. Sebab dlm sos2 tadi dah bergaram.
-Kalau suka berkuah boleh tambah air lagi atau suka pekat dan berkuah boleh tambah tepong jagu
ng lagi mengikut kesukaan masing2.
-Bila dah secukup rasa.. tuangkan sos ini ke atas tofu yg tersedia di dalam pinggan hidangan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...