OOO

Memaparkan catatan dengan label tv 3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tv 3. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 14, 2010

MLM-boleh percaya ker?Tertipu..kena tipu..Terjebak

Sekarang ni ramai betul artis yang jadi taukeh MLM...

Setakat yang akak tahu dulu ND Lala, Kazar dan sekarang ni Roshyam Noor...tentu ada yang  tertarik nak masuk dalam skim ni kan.

Semalam bila akak buka TV3 pukul 12.00 tengahari ada segmen pasal nak kaya secara MLM...pengasasnya ND Lala..bila dengar penerangan dari beliau  memang macam best kan..sape yang tak nak dapat rumah banglo, kereta mewah dan duit berkepuk di dalam bank.

2 orang wanita yang bersama-sama ND Lala pun berkobar-kobar  bercerita tentang kemewahan yang mereka dapat sejak mereka menceburi MLM bersama ND Lala ni.  Tenguk pada pakaian mereka..ihsss mahal wei..mesti beli kat butik ...tudung pulak lip lap..lip lap...gamaknya beli kat butik tudung Ariani yang duta dia si Ikin isteri si Mawi tu..akak beli tudung lip lap masa pakai kat majlis PA3 tu pun kat Nilai dan dah di gantung nak clearkan sales...kalau mahal..sorrylah...dan dah tentu mereka ni selalu memanjakan diri di spa atau salon.

Anak-anak minta barang mahal boleh bagi..tak yah masak...hari-hari makan kat hotel..bercuti ke luar negara setiap bulan ataupun setiap minggu.  Kat rumah pulak pakai bibik 5 orang..seorang tukang cuci, tukang masak, tukang kemas rumah, tukang kebun dan tukang jaga anak.  Waduh..bestnya bila angan-angan menjadi kenyataan.

Tapi kan bila baca Harian Metro hari ini......langsung akak....tak jadi...
Bacalah berita penuh kat bawah ni....

Saya rugi RM450,000

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/05/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Saya juga mangsa dan bukan penipu seperti tuduhan segelintir pelabur...nama saya digunakan individu tertentu untuk meraih keuntungan mudah,” kata legenda rock, Suhaimi A Rahman, 51, atau lebih dikenali sebagai Amy Search.
Penyanyi itu mengulas mengenai tuduhan kononnya dia melesapkan lebih RM1.5 juta milik seorang ahli perniagaan dan lebih RM10 juta milik puluhan mangsa lain yang melabur dalam satu skim dikelolakannya, namun statusnya tidak diketahui sehingga kini.
Difahamkan, kebanyakan mangsa berdiam diri bagi membolehkan Amy menjelaskan semula wang mereka selain bimbang dia melarikan diri jika terus didesak.


Menurut Amy, dia juga ditipu penganjur skim pelaburan yang didakwanya didalangi beberapa tokoh korporat membabitkan wang RM450,000 dan menegaskan dia bukanlah individu yang mengasaskan skim pelaburan berkenaan.


“Selepas terpengaruh dengan penerangan tokoh korporat itu, saya melabur wang simpanan yang bakal digunakan untuk membina sebuah pusat tahfiz di Johor.


“Sekarang cita-cita dan niat murni saya itu tergendala. Namun, saya masih berusaha menunaikannya.


“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu beberapa bulan lalu dan difahamkan, siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.


Terdahulu, seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan, 33, mendakwa dia diperdaya Amy menyertai satu pelaburan ala skim cepat kaya.


“Saya menyertai pelaburan itu sejak 2008 dan sehingga kini tiada perkembangan mengenai pelaburan itu.


“Bukan sikit wang saya laburkan, sebaliknya lebih RM1.5 juta,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, semalam.


Menurutnya, selepas beberapa kali mendesak, Amy membayar RM272,000 dan berjanji membayar baki seterusnya selepas selesai mengadakan beberapa konsert.


“Namun, dia (Amy) lesap begitu saja, malah panggilan telefon dan SMS yang dihantar tidak dijawab,” katanya.


Menceritakan semula bagaimana dia terjebak dalam pelaburan berkenaan, Roslan mendakwa dia diperkenalkan kepada skim terbabit oleh seorang rakan.

Kredit kepada Harian Metro
Ahhhh tak jadilah nak join...takut nanti yang di kejar tak dapat...yang di kendong berciciran...masa tu barulah tahu langit tinggi rendah.  Biarlah akak simpan RM10.00 sebulan dari akak terjebak dalam MLM macam ni..
Biar lambat asal selamat.  Betul tak?

Dulu dalam tahun 1985 ..masa akak kerja di Kementerian Kesihatan di Jalan Dungun..akak pun pernah terjebak dalam skim ni..masa tu member yang ambil duit tu kata main macam sistem kutu.  Nanti setiap bulan akan dapat duit ikut giliran.  Kalau banyak yang main..banyaklah dapat.  Terpedaya jugak akak dibuatnya...nasib baiklah cuma RM30.00..tapi masa tu RM30.00 banyak tau.

Pastu sibuk pulak skim Labu Peram....ada jugak member yang ajak..tak akak dah serik tak nak join lagi.  Masa akak kerja jadi cikgu kecik pun ada jugak member ajak..no...saya tak minat. 

Macamana dengan pendapat pembaca blog akak ni?  Ada tak yang pernah terkena atau terjebak dalam skim MLM ni..kalau ada..boleh share cerita dalam ruangan komen supaya menjadi iktibar untuk orang lain.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...