OOO

Memaparkan catatan dengan label udang goreng tepung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label udang goreng tepung. Papar semua catatan

Khamis, September 22, 2016

Udang Goreng Tempura Sedap (Tempura Flour Gogi)

Assalammualaikum semua

Sekarang ni nak beli udang memang mahal sungguhlah, udang bela pun jatuh RM29 sekilo mengalahkan harga ayam dan daging dah kan.

Kesian betullah orang yang berpendapatan tak seberapa, takkanlah nak bagi anak makan nasi dan telur ajer.  Telur pun makin lama, makin naik harga.  Kalau makan kat luar lagi mahal berdentum.
Dulu-dulu suka udang goreng tepung cara camni, resepi kat SINI


Akak dan anak suka udang goreng tepung camni, suka guna tepung tempura gogi, kadang kadang goreng bunga kobis dan brokoli.

Cara bancuhan ada kat paket belakang, bancuh dengan air sejuk.


Jumaat, Mac 28, 2014

Resepi Udang Goreng Tepung

As'salammualaikum



Sape yang tak suka makan udang goreng camni kan, kat sini susah betul nak jumpa udang kertas, yang banyak udang kulit keras.  Tekak nak makan beli ajerlah, besar camni harganya lebih kurang 20 hinggit sekg.

Bahan-bahan
  • 20 ekor udang sederhana besar-dibersihkan dan di tos
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit kicap sotong-akak gunakan sos ikan ajer ..sebab tak ada stok
  • sedikit serbuk kari
  • 1-2 sudu besar tepung beras
  • sedikit serbuk lada hitam/lada putih-akak tambah sendiri
  • Minyak secukupnya-biarkan terendam 
Cara-cara
  1. Udang di perap dengan telur, garam, kicap sotong, lada hitam/lada putih dan serbuk kari.
  2. Perap selama 30 minit.
  3. Bila nak goreng baru di masukkan tepung beras.
  4. Goreng sehingga kekuningan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...