OOO

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan ulat sagu. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan ulat sagu. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

Ahad, Februari 25, 2018

SEDAPNYA CENDOL SAGU RUMBIA DI LABU NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum semua

Sejak pindah kat Salak Tinggi, banyak jumpa tempat nak mamam, ada yang sedap, ada yang kurengg.

Oleh sebab akak ni suka cuba makan sana, makan sini, banyak yang dalam blog ni akak buh tempat yang akak rasa sedap kat tekak akak. Yang tak sedap akak tak buh lah, mungkin bagi tekak orang lain sedap.😁

Yang sedihnya, bila ada tempat yang akak suka dah ada yang tutup, mungkin ada sebab sebab yang empunya kedai sajer yang tau.  Biasalah berniaga ni, ada pasang surutnya.😃

Tenguk tempat jual  cendul sagu rumbia dah lama sebelum keluar dalam Majalah 3 lagi, bila lalu nak gi Seremban ikut Jalan Labu/jalan dalam memang akan nampak papan tanda.😐
Bila suami bawa memang selalu terlepas, malas nak korner balik.😀 Akhirnya dapat gak merasa bila akak dan Ira balik dari kemas homestay, singgah beli cendol yang lain dari biasa kami makan.😍

Biasa kita makan cendol yang di perbuat dari tepung, kali ni di perbuat dari sagu rumbia.  Tau tak pokok sagu, kalau tak tau, google.  

Dari pokok sagu, mereka akan hancur/kisar isi kat dalam pastu perah seperti perah santan kelapa.  Pati ini akan dibiarkan selama sejam bagi mendapatkan mendapan sagu yang padat yang berkumpul di bahagian bawah. Kemudian di keringkan baru di buat cendol.👌

Akak ada buat N3 masa duk kat Miri, ada akak buh gambar ulat sagu dan cebisan isi pokok rumbia. 
Memang lain, rasanya kenyal tak lembik.  Akak beli 3 bekas nak bawa Imran dan suami rasa.  Orang kata ramai, nak kena tunggu, nasib baiklah kami sampai lagi 2 jam sebelum solat Jumaat.😃

Tak payah beratur lama, akak beli gak laksa, sedap laksanya, harga pun tak mahal.  Selain dari laksa, ada gak kuih muih, nama tokeh 
Rohaisham.😊

Sesiapa yang lalu dari Labu ke Seremban tepatnya di Kampung Lambar, Batu 11, Jalan Labu, bolehlah singgah merasai keenakkan cendul sagu rumbia ni.  Memang ada umphhhhh.😙. kalau takut sesat boleh ajer guna google map atau waze.😊

Isnin, Januari 12, 2015

Pasar Tamu Kedayan Miri

Assalammualaikum 


Macam biasa orang perempuan terutama mak-mak, makcik dan nenek suka gi ke pasar cam akak juga. 

Selain dari Tamu Muhibbah akak suka gak pergi ke Tamu Kedayan di  Centre Point Commercial Area. Kat sini lebih meriah dan ramai penjaja bila tiba hari Minggu, akak selalu pegi pepagi sebab nak cari parking dekat.  

daging biawak..mahai tau RM15.00 sekilo

Peniaga yang terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan menjual pelbagai bahan masakan, pelbagai jenis ikan sungai, kueh mueh, buah buahan dan sayur sayuran dan ada juga daging binatang yang susah nak jumpa tapi sayangnya kebanyakan yang jual daging rusa, pelanduk bukan peniaga islam. 
Setiap minggu barangan yang di jual kadang kala berlainan, kadang kala sama.  Burung puyuh, terung asam dan pelbagai bentuk labu, ada yang panjang dan ada yang bulat.
Kadangkala ada lokan, ikut musim gak, ikan kering dan ikan salai pun ada di jual tapi akak kurang minat ikan salai kat sini, mereka salai kering sangat tak macam kat semenanjung, cam keropok pula bila di makan.
Buah kelubi dan ulat sagu, seronok gi sini sebab barang niaga segar dan dapat tenguk telatah peniaga, ada ambik gambar daging pelanduk yang di jual oleh peniaga bukan islam, tapi bila balik gambar tak ada pulak..misteri nusantara lah pulak.

Alamat
Pasar Tamu Kedayan
Centrepoint, 
98000 Miri, Sarawak

Khamis, Februari 27, 2014

Ulat rumbia-Boleh Makan Ker?

Assalammualaikum semua

Kalau sape sape yang pergi ke Sabah dan Sarawak tentu nampak ada penjual yang jual ulat rumbia ni kan.   Kat Pasar Tamu ada gak di jual, bila lalu akak geli gemelan menenguknya.

Ulat rumbia ataupun lebih di kenali dengan panggilan 'si'et' memang mempunyai nilai komersial dan penjual boleh menjana pendapatan yang lumayan.  Satu bekas ni harganya RM10.00 sajer.

Lebih lebih lagi sekarang ni harga ulat rumbia khabarnya meningkat sehingga RM50 sekilogram. Khabarnya ulat rumbia berkhasiat tinggi dan di makan dengan nasi ataupun sagu.



Untuk menghasilkan ulat rumbia, pokok sagu yang telah di tebang di biarkan selama tiga hingga empat minggu supaya ulat bersarang.

Orang islam boleh makan ker idak ek?



Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...