OOO

Selasa, September 15, 2009

Daging Masak Merah

 Resepi asal dari Mesra. Net..tapi akak selongkar dari rumah ummi di kuantan..kadang-kadang bingai nak masak..terpaksa selongkar kat rumah orang..terima kasihlah ummi ye..akak c & p ajelah..


Bahan:-
300 gm daging lembu-akak gunakan daging batang pinang..jadi rebus kejap aje dgn pewarna merah
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
4 sudu besar cili kering (dikisar)
sedikit kicap cair
garam secukup rasa
sedikit gula (*ummi tambah ni)
sedikit air
minyak untuk menumis
akak tambah :  1 biji cili merah dihiris serong, 1 sudu makan sos ikan, sedikit lobak merah di hiris memanjang dan sedikit kobis bunga.

Cara Memasak:-
  1. Hiris daging lebih kurang 5cm. 
  2. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. 
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. 
  4. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak. 
  5. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit). 
  6. Tambahkan sedikit garam dan kicap air. 
  7. Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar. 
  8. Masukkan jugak sayur-sayuran dan sos ikan.  
  9. Kacau seketika dan angkat. 

3 ulasan:

  1. salam kak ina , dlm pantang bleh makan daging masak merah kan.. nak suruh mak masak lah.. nampak lazat

    BalasPadam
  2. sy pulak, klu daging tu, balik2 msk kari je. kdg2 bosan tp tu yg paling senang kan..hehe

    BalasPadam
  3. salam cik pah..rasanya dah boleh kot makan daging masak cam ni..bubuh halia bebanyak..mesti best punya..

    salam ain..kat umah ni kalau kari tak berapa sukalah pulak..mereka suka masak cara camni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers