Tanya yana nak makan apa....al maklumlah lebih kurang se bulan lagi dia nak pergi ke india ...dia kata nak makan kerabu daging. Hari minggu akak gilah ke pasar greenwood beli daging lembut/steak. Suruh dia hidupkan api dengan gunakan tempurung/arang...bab ni dia dah terror..akak tak masuk campur.
Bila dah hidupkan arang/tempurung ni rugi pulak kalau tak salai ikan sembilang..buatlah sekali.
Tapi tak masak dulu...wrapping dalam cling plastik dan pastu masukkan kat dalam peti ais..si russhdi suruh masak lemak ikan sembilang.....isshhhh tak muak-muak..cadang nak masak hari rabu..pasal dia nak balik ke bangi lepas maghrib.
Tercapailah hajat di hati yana nak makan kerabu daging ni...akak yang panggil....sebenarnya resepi ni panggil daging grill pedas. kali ni akak masukkan tomato.
Masak pulak daging salai masak lemak dengan jantung pisang. Yang ni akak yang nak makan..sebab puasa...jadi tekak ni nak makan macam-macam..
Oleh sebab masak macam ni selalu akak dah bagi resepi...akak tepek gambar ajelah ye..
Masa goreng ni nak dekat maghrib....barulah best makan panas-panas...
Pastu blend buah tembikai.......alhamdulliah dapat jugak habiskan puasa hari...hari masak cara kampung..tapi aduhai....bertambah akak makan..

Oh Kereta Lamaku...Akhirnya Dilerai Oleh Sindiket Pencuri Kereta
by kak ina kl on Isnin, Jun 29, 2009
Kami pakai kereta ni lamalah jugak..pastu kami cadang nak jual....saje-saje ambik gambar masa tu..
Bergambar kenangan sebelum kereta nak di jual...Mula-mula nak jual sendiri...tapi lecehlah..pastu suami suruh kedai usedcar tolong jualkan...lama juga ambil masa nak jual kereta ni...al maklumlah zaman ekonomi meleset ni.
Alhamdulliah akhirnya terjual jugak kereta ni..suami dah sain tukar nama di borang jpj dan dah dapat cek pada hari jumaat yang lepas .......tup...tup...malam tu ada panggilan dari balai polis kajang. Tanya kami ada tak kereta ni..suami kata dah jual...polis tu kata dia jumpa resit masa suami akak tukar tayar yang masih tersimpan dalam dashboard . Polis tu ingat kereta ni masih lagi kereta suami akak.
Bila suami bagi tau kereta ni dah di jual.....polis tak kata apa-apa lagi...pagi sabtu tu polis tu call lagi bagitau kereta tu dah ada kat balai polis kajang...dah terlerai.......baru sejam di curi dah dileraikan oleh sindiket ni.....mula-mula suami ingatkan pembeli kereta ni orang melayu...kesiannya dia baru beli .....dah kena curi....tak sempat bergaya dengan kereta baru.
Cerita ni keluar pulak dalam akhbar harian metro hari ni...rupanya yang beli tu ahli sindiket pencuri kereta. Yang beli ni ada kedai used car jugak dan berbangsa cina.....dia beli lepas tu dia buat report kat kereta dia kena curi pasal nak claim insuran ..pastu mereka leraikan dan jual komponen kereta tu kat kedai barang yang jual komponen terpakai.
Nilah serba sedikit petikan dalam paper hari ni....mereka tukar no chasis dan no enjin pulak tu..pandai sungguh mereka ni...sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak...
sedih pulak bila tau tamat dah riwayat kereta ni...


Mula-mula tenguk nama ayam ni..risau jugak takut pakai bahan yang bermacam-macam..rupernya senang aje nak masak ayam cam ni...resepi asal dari Myresepi tak akak c & p dari rumah Puan Ummi di Kuantan. Setelah di perap akak goreng separuh ayam ni...sedapppp
- 1 ekor ayam (sederhana besar, potong ikut suka)
- 1 mangkuk kecil air
- 4 sudu besar minyak masak
- 3 sudu besar kicap manis
- 4 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar jus oren
- 2 sudu kecil lada hitam - tumbuk
- 1 sudu besar badam - tumbuk
- 1 inci belacan
- sedikit garam
- serbuk perasa (*ummi letak gula sedikit)
- 1 inci halia
- 4 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering
Akak perap 1 1/2 ekor ayam...pasal semua ada kat rumah. Separuh masak macam resepi di atas dan separuh lagi akak goreng...tapi tak ada gambarlah pulak..anak dara bawak kamera gi ke kolej masa tu.

Nak perhabiskan pes cili sangai...akak masaklah bersama kerang..senang aje masak macam ni..tak yah pakai cili sos pun.
Rendam kerang dulu bersama air garam....pastu tos dan rebus tanpa air...bila dah masak/terbukak masukkan pes cili sangai, sedikit garan dan gula. Gaul sebentar dan bolehlah di angkat..Dah tinggal sikit baru nak ambil gambar.

Baru nak jawab tag...ada 2 lagi tag tak buat...buat tag yang di beri oleh si nina (sweetlilys) di johor...taukeh kek.
1. Nama-nama timangan anda?
Nama timbangan akak...ina...lina...family panggil angah...kat belah hb panggil mak uda..sekarang ni kat blog bahasakan diri kak ina kl.
2. Anda seorang yang??
Akak memang se orang yang sensitif...kuat melalak...tak sabar pun ye...cepat naik darah pun ye...suka menjerit macam tarzan bila dah terlampau geram.
3. Insan yang teristimewa??
Ibu bapa akaklah ...suami dan anak-anak...
Describe apa yang membuatkan dia terlalu intimewa dimata anda?
Sebab mereka membesarkan akak .... suami yang bertanggungjawab (syukur) ...dia tak pernah marah dan naikkan suara...akak yang selalu naikkan suara...(tak balance sungguh) .dan anak-anak yang membahagiakan akak walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.
4. Lagu kesukaan anda??
Tentulah lagu sentimental...no heavy metal/rock kapak..tak suka lagu memekak...anak lelaki dan hb sukalah pulak lagu macam tu..
5. Makanan kesukaan anda??
Dulu suka makan masak asam pedas dan sayur masak lodeh...sekarang ni makan ajelah apa yang telah di masak..kang kelaparanlah pulak.
6. Warna kesukaan anda??
Tentulah warna yang lembut seperti pink, light blue dan light green.
7. Sikap yg membuatkan anda Stress??
Kadang-kadang bila duit dalam purse tinggal sikit dan tenguk kelakuan anak-anak yang bermacam ragam.
8. 3 benda yang mseti ade dalam Beg anda??
Mestilah purse dan handphone...lagi satu tisu.
9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa??
Lama dah tak menangis...ashik suka hati aje....rasanya yang terakhir dalam bulan januari kot bila anak masuk asrama dan pastu dia nak balik...tak nak duduk kat situ..siap bagi surat..akak tak tahan terus menangis depan dia..sekarang ni alhamdulliah dia dah okey.
10. TAG 6 Rakan anda...nak suruh cari ni yang payah...dah ramai dah buat tag ni.
1. nj di http://purpleheart-nj.blogspot.com/
2. eiyda di http://eiydaziz.blogspot.com/
3. daydack86 di http://daydeck86.blogspot.com/
4. kak intan di http://jariintanku.blogspot.com/
5. noorma di http://cendanakasih.blogspot.com/
6. ielaz di http://sakuraku.blogspot.com/
Jawab jangan tak jawab ye..

Hari Jumaat kat sekolah imran ada hari terbuka...ala ambil report card.....lepas hantar imran akak tak balik..malas nak ulang alik...sementara tunggu pukul 8.00 pagi..lepak kat kantin sekolah.Lagi 10 minit nak pukul 8.00 pagi..akak gilah ke kelas dia..nasib baiklah ibubapa tak ramai...akak dapat giliran no 3. Lepas bertanya tentang hal imran..sain report card..imran dah boleh balik...kami pergi ke tempat service kereta di seri gombak...lepas tu suruh firdaus datang ambik akak ...takkan nak tunggu kat situ..mesti servis berjam-jam.
Sampai kat rumah kak intan call..bagi tau nak datang....rumah bersepah..nasib baik ada yana tolong kemas. ..Akak bancuh dan baking kek untuk di deco....Baru aje masukkan kek dalam oven talipon berbunyi...ruper dari courier...mereka tak jumpa rumah akak..terpaksalah akak suruh tunggu kat masjid saidina ali.. suruh yana tengukkan kek..akak pergi ambik barang dulu..tenguk minyak kereta dah cecah ke paras merah...gi isi minyak kat shell di greenwood dulu dan lepas tu ke kedai beli barang nak masak dan kuih nak jamu kak intan.


terbukak aje pintu lift dari basement terdengarlah lagu ghazal..rupernya ada kumpulan ghazal tengah main lagu tu....
?
?
?
?
?
?
?
bila wawa kata nak balik malaysia.. akak teringin nak jumpa dia...selama ni saling menyapa di shoutbox aje..teringinlah nak jumpa di alam realiti.....akak bagi no tel kat email dan bila wawa call kata nak turun ke sini...pucuk di cinta ulam mendatang ... dia stay kat hotel di sunway ..kami cadang nak jumpa di sunway pyramid aje....
Kami lepak sambil makan....tapi rasanya cepat sangat masa berlalu..terasa sekejap aje pertemuan dengan si wawa ...tak puas rasanya..tapi nak buat camna kan..akak terpaksa balik nak ambil si imran kat sekolah dia dan fiza kena balik sebelum suami dia balik kerja.
tumis bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit cili api. Masukkan sardin..tambah air asam..pastu bubuh sos tomato sikit dan kicap berserta garam. Masukkan hirisan bawang besar dan cili hidup...rasa garam dan tutuplah api.

Semalam lepas ambil imran di sekolah dalam pukul 4.00 petang akak gilah ke rumah akak di seri kembangan...sebelum tu saje aje main-main dengan si noorma di http://cendanakasih.blogspot.com/ (blog yang banyak resepi) kata nak datang umah dia...nasibbaiklah dia jemput datang.....pasal nak gi rumah akak memang lalu depan rumah dia...
Bila sampai kat esso akak call tapi tak dapat-dapat...dia ada bagitau jangan call tapi hantar msg...akak ni terlupa...akak hantar msg dan terus ke rumah akak dulu...baru aje parking dia call...tak apalah akak naik rumah akak dulu...suruh imran mandi dan solat dulu..
sebelum ambil gambar ... minta kebenaran nak masukkan muka dia dalam blog...nasib baik dia nak...klu idak ambik gambar tangan dia udahlah...tq ye noorma sudi nak berposing berdua..bezakanlah badan kami berdua...ahakkkDalam pukul 6.00 ptg barulah bertolak balik ke rumah dia....alhamdulliah dia dah ada kat rumah...kesianlah dengan noorma...dia kelam kelibut nak sambut akak..siap goreng mee dan buat puff ..sempat jugak dia masak ..walaupun dia penat mengemas dan keluar gi ke bukit antarabangsa...si imran dengan tak malunya siap menambah....mak sedaplah mee achik tu...budak-budak tak cakap bohong tau noorma...maknanya masakan kamu ada class..dalam rumah pun lawa....





