OOO

Rabu, Februari 10, 2010

Kek Lapis Ais Krim Soda Lagi

Buat kek lapis ni pada 18hb. Januari 2010 pagi sebelum Yana balik ke Davangere...nak suruh dia bawak balik kat sana..biar masa makan kek lapis ni..Yana ingat mak dia...
akak tersilaplah..untuk warna plain akak terwarna warna coklat...ni silap baca punyer pasal....bila dah siap bakar dan dah sejuk...bila di potong..alamak tak lawa pulak...sebab  kurang bubuh pewarna..ishhhh macam-macam hallah...nasib baiklah anak-anak puji sedap...suruh Yana bawak banyak sikit dan tinggal kat umah sikit ajer...sebab boleh buat lagi..Yana bukan boleh buat pun kat sana..sebab tak ada peralatan.
Pastu bagai nak raklah akak tangkap gambar...tapi bila nak buat N3...gambar semua dah hilang..termasuklah masakan yang Yana masak...sebab pc buat hal...Russhdi formatlah balik..pastu tak save pun gambar masakan kat pen drive.....lain yang akak suruh save..lain yang dia save..geram sungguh...apa nak buat benda dah jadi kan...masa balik tu akak suruh Yana belajar masak macam-macam.....akak suruh dia masak ayam masak merah, nasi hujan panas..dan ada beberapa puding...
Nak buat N3 pasal kek lapis ni... akak suruh Yana ambil gambar kek lapis yang dia bawak ke sana..nasib baiklah ada lagi sikit dalam peti sejuk..
Tak payahlah kat Davangere ni......sebab internet kat sana slow giler dan kebetulan bila balik kat sana Yana banyak assiggment..puaslah akak sabar menunggu...akhirnya dapat jugak gambar kek lapis dari India..kurang cun kan kek lapis akak kali ni......tak aper nanti boleh cuber buat lagi..dan kasi cunnnnnnnn....gerammmm sungguhhhh.
Resepi asal dari rumah ROZZAN tapi akak c & p dari umah MAT GEBU. Terima kasih chef-chef lelaki yang fofolur ni...
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 g mentega-akak guna golden churn
  • 120 g gula halus
  • 1/2 camca teh ovallate
  • 6 biji telur gred A
  • 220 g susu pekat manis
  • 100 g horlicks
  • 1 1/2 camca teh esen ais krim soda
  • 1 camca teh pewarna biru
  • 50 g jem raspberry (pilih yang tanpa gula, ada jual kat Tesco/Giant/C4)-akak belasah yang ada kat umah
  • 1 camca teh esen raspberry (akak  tak letak pun)
  • 1 camca teh pewarna merah jambu
  • 160 g tepung Hong Kong
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 7 x 7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Panaskan oven pada suhu 190C (api atas dan bawah).
  2. Putar gula, ovallate dan mentega dengan kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang (jarak waktu untuk 1 biji telur = 1 minit).
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan susu pekat manis dan horlicks. Putar rata selama 2 - 3 minit. Tukar pada kejuan perlahan dan masukkan tepung dan gaul sebati selama 1 - 2 minit sahaja. Kalau nak gaul tepung menggunakan spatula pun boleh.
  4. Bagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dicampur dengan esen ais krim soda dan pewarna biru, kacau rata. 1 bahagian dengan jem raspberry, esen raspberry (kalau guna) dan pewarna merah jambu, kacau rata dan 1 bahagian pada warna asal (plain).
  5. Sudukan 3 1/2 camca besar (akak buat 4 camca besar)adunan plain, ratakan dan bakar hingga masak (6 - 7 minit). Keluarkan dan tekan sedikit, kemudian ratakan adunan bewarna biru pula, ratakan dan bakar, tapi kali ini, api ditukar pada api "grill" dan suhu pula 200C, bakar hingga masak (6-7 minit). Buat kaedah sama untuk lapisan merah jambu dan seterusnya hingga kek siap.

6 ulasan:

  1. salam kak Ina,
    Best nye kek lapis. kite je tak pandai2 lagi nk melapis.ehehe

    kak ina, kite dah reply email.maaf ye lambat sikit agak sibuk dengan kelas sekarang :D

    BalasPadam
  2. hye kak ina...
    lame x jenguk..
    agak sbk sket..
    nmpk sedap..
    rase gas2 ke..ahaha

    BalasPadam
  3. sedapnya yummy..kek lapis ni nak beli mahal giler...pandai wat cam kakina memang berbaloi..berapa lama ek proses nak buat ni?org kata layer by layer kenkadang berjam-jam jugak nak siap..betulke?

    BalasPadam
  4. Salam Kak Ina..Watie kalau melapis yg jenis kukus okay la..yg bakar tu..tak berani sebab OVEN tu dah hilang semua writing suhu dia...semua penanda dekat tempat putar tulah...main agak2 jer..so Watie prefer kukus...cantik lah kek Akak tu!

    BalasPadam
  5. salam kak ina...wahhh dah banyak kali kak ina buat kek lapis nih,tentu sedapkan?? terliurnya nak cuba...bahan2 pun dah ada tu...tapi tahap kerajinan tu menurun sikit...hehe

    BalasPadam
  6. okay lah tu kak, tersilap kale tak de hal lah. yg penting seddaaapppp!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers