OOO

Rabu, Mei 26, 2010

Masak Asam Ikan Tenggiri

Ikan tenggiri kalau beli terus masak memang terasa kesedapannya. Buh pulak daun kesum dan bunga kantan..fuhhh baunya
Bahan-bahan
  • 3 keping ikan tenggiri
  • 5 batang daun kesum-diambil dau
  • 2 batang bunga kantan-di potong 2
  • 1 biji tomato belah 4
  • 4 biji bendi
  • 2-3 cawan air asam jawa
  • 2 batang serai di titik
  • minyak masak secukupnya
  • garam secukupnya
Bahan yang di kisar/tumbuk
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 4 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • sedikit belacan
Bahan tumis
  • 2 biji bawang kecil di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1 sudu teh halba campur
Cara-cara

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan kisar bersama serai dan kacau selalu. Biarkan cili naik minyak dengan menggunakan api sederhana. Masukkan garam.
3. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air terpulang kepada tuan punya diri samada nak cair atau pun pekat.
4. Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan perasakan garam dan biarkan kuah pekat sedikit.
5. Kemudian masukkan daun kesum, bendi, bunga kantan dan tomato.
Biarkan sebentar dan rasa garam dan asam barulah dipadamkan api.
6. Siap untuk di makan.

8 ulasan:

  1. aduhh..sedappp.....nyerr..arikk niee nak balik kg..esokk suh mak masak...fuhhh...tak sabar...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    harum bau asam pedas tu sampai kat sini, ditambah dgn bau bunga kantan

    Wassalam

    BalasPadam
  3. Salam K.Ina sayang. lamanya x masuk blog K.Ina ni. Harap K.Ina sihat2 ya. Mengancam lah kale asam ikan tenggiri ni. kalau dapat makan free lagi sedap..hahaha.

    BalasPadam
  4. kalau letak daun kesum pun lagi sedap untie!

    BalasPadam
  5. sedapnya asam pedas kak Ina. sy pulak suka klu asam pedas letak daum kesum.lg kaw rasanya!

    BalasPadam
  6. hmm sedapnya ikan tenggiri ni, tapi saya suka yang jenis goreng kunyit pun dah ok... anyway kak ina boleh tukar2 link.... saya dah link ur blog under blog Xchange. thanks

    Thanks AAM

    BalasPadam
  7. wah cedapnyer... kalau goreng dulu ikan tue lagi cedap

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers