OOO

Jumaat, Mei 14, 2010

MLM-boleh percaya ker?Tertipu..kena tipu..Terjebak

Sekarang ni ramai betul artis yang jadi taukeh MLM...

Setakat yang akak tahu dulu ND Lala, Kazar dan sekarang ni Roshyam Noor...tentu ada yang  tertarik nak masuk dalam skim ni kan.

Semalam bila akak buka TV3 pukul 12.00 tengahari ada segmen pasal nak kaya secara MLM...pengasasnya ND Lala..bila dengar penerangan dari beliau  memang macam best kan..sape yang tak nak dapat rumah banglo, kereta mewah dan duit berkepuk di dalam bank.

2 orang wanita yang bersama-sama ND Lala pun berkobar-kobar  bercerita tentang kemewahan yang mereka dapat sejak mereka menceburi MLM bersama ND Lala ni.  Tenguk pada pakaian mereka..ihsss mahal wei..mesti beli kat butik ...tudung pulak lip lap..lip lap...gamaknya beli kat butik tudung Ariani yang duta dia si Ikin isteri si Mawi tu..akak beli tudung lip lap masa pakai kat majlis PA3 tu pun kat Nilai dan dah di gantung nak clearkan sales...kalau mahal..sorrylah...dan dah tentu mereka ni selalu memanjakan diri di spa atau salon.

Anak-anak minta barang mahal boleh bagi..tak yah masak...hari-hari makan kat hotel..bercuti ke luar negara setiap bulan ataupun setiap minggu.  Kat rumah pulak pakai bibik 5 orang..seorang tukang cuci, tukang masak, tukang kemas rumah, tukang kebun dan tukang jaga anak.  Waduh..bestnya bila angan-angan menjadi kenyataan.

Tapi kan bila baca Harian Metro hari ini......langsung akak....tak jadi...
Bacalah berita penuh kat bawah ni....

Saya rugi RM450,000

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/05/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Saya juga mangsa dan bukan penipu seperti tuduhan segelintir pelabur...nama saya digunakan individu tertentu untuk meraih keuntungan mudah,” kata legenda rock, Suhaimi A Rahman, 51, atau lebih dikenali sebagai Amy Search.
Penyanyi itu mengulas mengenai tuduhan kononnya dia melesapkan lebih RM1.5 juta milik seorang ahli perniagaan dan lebih RM10 juta milik puluhan mangsa lain yang melabur dalam satu skim dikelolakannya, namun statusnya tidak diketahui sehingga kini.
Difahamkan, kebanyakan mangsa berdiam diri bagi membolehkan Amy menjelaskan semula wang mereka selain bimbang dia melarikan diri jika terus didesak.


Menurut Amy, dia juga ditipu penganjur skim pelaburan yang didakwanya didalangi beberapa tokoh korporat membabitkan wang RM450,000 dan menegaskan dia bukanlah individu yang mengasaskan skim pelaburan berkenaan.


“Selepas terpengaruh dengan penerangan tokoh korporat itu, saya melabur wang simpanan yang bakal digunakan untuk membina sebuah pusat tahfiz di Johor.


“Sekarang cita-cita dan niat murni saya itu tergendala. Namun, saya masih berusaha menunaikannya.


“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu beberapa bulan lalu dan difahamkan, siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.


Terdahulu, seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan, 33, mendakwa dia diperdaya Amy menyertai satu pelaburan ala skim cepat kaya.


“Saya menyertai pelaburan itu sejak 2008 dan sehingga kini tiada perkembangan mengenai pelaburan itu.


“Bukan sikit wang saya laburkan, sebaliknya lebih RM1.5 juta,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, semalam.


Menurutnya, selepas beberapa kali mendesak, Amy membayar RM272,000 dan berjanji membayar baki seterusnya selepas selesai mengadakan beberapa konsert.


“Namun, dia (Amy) lesap begitu saja, malah panggilan telefon dan SMS yang dihantar tidak dijawab,” katanya.


Menceritakan semula bagaimana dia terjebak dalam pelaburan berkenaan, Roslan mendakwa dia diperkenalkan kepada skim terbabit oleh seorang rakan.

Kredit kepada Harian Metro
Ahhhh tak jadilah nak join...takut nanti yang di kejar tak dapat...yang di kendong berciciran...masa tu barulah tahu langit tinggi rendah.  Biarlah akak simpan RM10.00 sebulan dari akak terjebak dalam MLM macam ni..
Biar lambat asal selamat.  Betul tak?

Dulu dalam tahun 1985 ..masa akak kerja di Kementerian Kesihatan di Jalan Dungun..akak pun pernah terjebak dalam skim ni..masa tu member yang ambil duit tu kata main macam sistem kutu.  Nanti setiap bulan akan dapat duit ikut giliran.  Kalau banyak yang main..banyaklah dapat.  Terpedaya jugak akak dibuatnya...nasib baiklah cuma RM30.00..tapi masa tu RM30.00 banyak tau.

Pastu sibuk pulak skim Labu Peram....ada jugak member yang ajak..tak akak dah serik tak nak join lagi.  Masa akak kerja jadi cikgu kecik pun ada jugak member ajak..no...saya tak minat. 

Macamana dengan pendapat pembaca blog akak ni?  Ada tak yang pernah terkena atau terjebak dalam skim MLM ni..kalau ada..boleh share cerita dalam ruangan komen supaya menjadi iktibar untuk orang lain.

28 ulasan:

  1. kesimpulan nak invest tel matjoe dulu...hak3...dia pakar

    BalasPadam
  2. tnak citer byk kak ina bila dah terlampau taksub inilah jdnya kalau ada yg berminat nak baca link ni bacalah... :(
    http://aeinisugar.blogspot.com/2010/04/dia-dan-jutawan.html
    hanya kerana mlm dia snggup hilang kawan...

    BalasPadam
  3. waaaaa...bahaya weii....jgn cariikk pasaii...kalau banyakk sgt duitt...blehh laaa kan..kalau setakat....sikit2 jgn laa..dr aderr sikit2 terus elekks nanti....

    BalasPadam
  4. ada org ckp, konsep basic MLM, EASY COME,EASY GO...

    BalasPadam
  5. artis pun terkena kak ina..bkn amy sorang jer ..ramai juga..
    sebenarnya bergantungla pada yg kita sertai.. tp saya harap diri saya x terpengaruhla..kita takder modal nak labur

    BalasPadam
  6. salam kak ina..
    MLM/networking biasanya takde invest2 ni.mmg boleh buat duit kalau rajin & minat.

    yang org selalu terkena ialah skim2 yg mcm2 nama & kena invest certain amount of RM then dapat keuntungan dlm masa2 tertentu..dalam menanti masa tu lah org yg ambik duit tu cabut lari.skim2 mcm ni tak payah joinlah.gerenti tak selamat.lebih baik invest kat bank.

    BalasPadam
  7. salam pagi jumaat kakina. saya pun dh baca metro tu. MLM tak ada masalah rasanya. yg jd problem bila ada skim cepat kayo. lbg baik melabur dlm bank atau unit trust. gerenti dpt pulangan.

    BalasPadam
  8. mmg teknik mlm pamerkan kekayaan, kerana org senang terpengaruh utk hidup senang.

    in this kes MLM secara SCAM, MLM menipu bukan MLM yg sah. mmg laa lebur duit.


    MLM yang sah kita tahu mcm elken, luxor, hai 0 mmg ada org boleh kaya dgn bisnes MLM. Tp nak jadi kaya bukan senang, imagine nak jual 10 bijik water filter sebulan utk dapt income rm4000. nak jual 1 pun perit.
    mcm one drop perfume, mmg boleh jual tapi kene tinggi on volume, kalau sekotak untung 5 ringgit, nak dapat rm4000 kene jual 800 kotak. possible mmg laa tp susah.

    invest kt asb ler kalau org melayu. investment arm dia dah memang kukuh. xde nak rugi punya. hati pun selamat, duduk diam tidur lena.

    BalasPadam
  9. salam kak ina,
    saya tak berani,kak. Hubby saya dulu join Omegatrend, bolehla sampai cuti2 kat aust. tapi join satu mlm ni,jual herba kesihatan, dah bangkrup mlm tu sbb ada masalh ngan cop2 kem. kesihatan. lepas tu, dia macam dah serik. saya pun ksian, byk jugak stok dia beli takleh jual.
    orang join mlm sebab nak duit lebih jer kak. tapi, saya suka avon, hpa ngan cosway...sebab barang dia best! :)

    BalasPadam
  10. rasanya yang amy ni bukan mlm. gaya macam skim cepat kaya je. kalau nak labur baik labur kat asb

    BalasPadam
  11. kak ina.. hmm susah nak katalah..
    ada yang betul kena tempatnya menjadi.. ok je..
    yang tak jaadi pulak tu KO jadinya! entahlah..
    tapi yg betulnya..kesenangan tidak datang bergolek sebegitu mudah.. kan..?

    BalasPadam
  12. untie : saya juga kurang pasti.

    masa tu hampir-hampir deposit 3k ++..

    tapi pikir2, baik masuk ASB..

    biar profit lambat, tapi selamat!

    kan???

    untie jgn terpedaya dengan semua ini!

    BalasPadam
  13. ada yg benar, ada yg tipu
    tapi apa2 hal pun, nak hidup senang, kena usaha..;)

    BalasPadam
  14. salam kak, dengar citer kat TV, paper , mulut ke mulut MLM ni lumayan tapi disebalik nk dpt yang lumayan tu harus ada something yang kita laburkan selain duit...yg sy sedar " masa ", org kata modal sikit pun boleh buat rolling tapi maaf la sy mmg tak cukup masa utk ber MLM, mlm2 ade talk,kelas, pastu kalau ade org baru nak masuk kita kene joint sekali ....weekend lagi la....mmg menuntut pengorbanan yang tinggi, sedangkan balik keje hari biasa pun saya cuma ada beberapa jam dgn anak, weekend pun penuh dgn xtvt keluarga.udah takde masa utk MLM....biarla org kata nak jadi kaya itulah pengorbanan yang harus kita bayar...tapi setiap kali yang mengajak pasti sy tolak...w/pun sekadar meramaikan korum pada saya ianya menuntut komitmen yang tinggi.

    BalasPadam
  15. payah nak cakap pasal MLm ni, tapi kalau dengar kempen diorang memang leh cair hati, maklumlah semua orang nak kaya, nak banyak duit,
    memang betul kata matjoe MLM ni menggunakan teknik mempamirkan kekayaan, yang dah kaya raya tu cuba tanyalak berapa downline diorang..

    BalasPadam
  16. alhamdullila angag pernah terpedaya gak tapi nasib baik tak masuk dalam bidang diorang nie jadi terselamat la... amin

    BalasPadam
  17. ada orang cakap, dorang ni posing je lebih, depan keta la, rumah la.
    saya pun nyaris nak join, akak.

    BalasPadam
  18. salam Kak Ina,
    betul kata kawan2 di atas tu. Nak selamat labur dalam ASB je. Jauhi skim cepat kaya.Hati2 dengan MLM melainkan kita minat, usaha lebih n yakin dgn kemampuan kita. Memang ada MLM yg fofular, dan upline dia kaya raya. Yg kesiannya bila downline depa target org gomen yg low income n operator kilang. Kalau nak register setakat bayar RM60 takpe gak. Ini sampai kena buat pinjaman bank RM10000 semata-mata nak dapatkan water filter yg belum tentu ada pembelinya. Sesudahnya, mereka kena tanggung hutang bank n filter tu pun jadi perhiasan je. Bukannya nak bagi proper training pun pada downline, just attend ceramah org dah berjaya.Lainlah kalau downline ni memang ada bakat menjual. kesian pd mereka yg tertipu untuk jadi senang...Upline makin kaya, downline jadi papa...
    P/s: main kutu ok gak, tapi pastikan kita dapat awal la..then terus masukkan dalam asb.

    BalasPadam
  19. assalamualaikum, baqi saya, saya xpernah dengar dan lihat sendiri dengan telinga dan mata saya orng kaya sebab mlm, yang sahih, kalo orng beritahu pun, mesti kawan kepada kawan mereka yang kaya, takpon saudara mereka, mereka yang ajak kita masuk mlm pon ajak lepak. kite yang kene belanaje, mintak duit sewa rumah pon lambat, sedangkan kata untung beribu, last2 tertonggeng.

    ini pengalaman saya, bnyk lg, tp yng ini paling tak boleh diterima,huhu..

    BalasPadam
  20. akak, saya dengan dunia MLM ni dh habis dekat 30K, demi allah cakap, takde sebarang untung pun, habis duit jer..semua sbb kawan, kalo tak masuk kang bermasam muka plak.. tp lepas company tu lingkup kwan saya pun ilang...skang ni kalo orang cakap pasal MLM lagi saya buat pekak telinga jer, baik tumpu pada bisnes ikan keli dan talapia yang memang nyata bagi untung. walopun tak sebanyak yang diwarwarkan oleh MLM, tp puas hati, benda depan mata. Kalo nk makan sendiri pun boleh...

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum jutawan2. ada berita baik utk anda.

    Esok 8/9/2013 pada pukul 2 di HQ kami akan diadakan program keusahawanan bidang kecantikan.

    Peluang peniagaan akan dibuka utk semua org akan diumumkan esok.
    RM8 seorng. sape berminat boleh hubungi sy Aizuddin 0176423508. dibuka hanya 100 org yg betul2 berminat.

    BalasPadam
  22. saya habis rm35k utk mlabur dlm mlm...niat sy utk bantu keluarga....rupanya2 saya rs sgt tertipu....upline sy duk bg jaminan ckp barang ni SENANG JUAL..katanya xsmpai sebulan blh habis jual....korset dgn tilam sume xterjual...bila sy nk refund..amat mengecewakan....akan dpt kurang dari separuh...mmg rasa menyesal sgt...sy dah STOP cari downline sbb sy xnk menganiaya org...buat pnjman bank smpai kena tnggung hutan 20thn....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu join mlm yg mana satu?

      Padam
  23. say no to mlm

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers