OOO

Jumaat, Mei 14, 2010

Siap Memanggang/Ayam Bakar dan Nasi Kuning

Akak ambil resepi ni dari Majalah Saji..teringin nak buat ayam panggang cara lain.  Bila tenguk gambar resepi bertajuk Siap Memanggang dari sebuah restoren Indonesia..macam best ajer.  Tapi macam tak puas hati sebab rasa ada yang kurang.  Dalam gambar ayam dia merah tapi bila tenguk resepi..tak ada pulak kunyit ataupun cili.
Pastu belek lagi satu resepi Ayam Bakar...bahan lebih kurang sama..jadi akak pun padan-padankan ajer resepi  1 dan 2.  Tambah apa yang tak ada. Dan hasilnya...yehaaaaa  Food Tester (anak-anak akak lah) kata sodap..Puas hati akak.
 
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam-potong empat (dalam peti sejuk ayam dah potong 16..belasah ajerlah)
  • 1 inci  lengkuas-hiris
  • 3 1/2 cm halia-hiris
  • 4 batang serai-ketuk
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 8 ulas bawang merah*-kisar bersama
  • 4 ulas bawang putih*
  • 500ml- atau 1/2kg santan
  • 500ml air
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar garam
Cara Menyediakannya
1.  Tuangkan air bersama ayam, lengkuas, serai, gula, halia dan garam.  Didihkan.
2.  Apabila air mendidih masukkan santan sedikit demi sedikit sambil di kacau. Masukkan cili kisar
bersama bawang merah dan bawang putih yang telah di tumbuk.z
3..Biarkan ayam meresap atau mesra dengan kuah santan.
4.  Keluarkan separuh dari ayam dan bolehlah di panggang di dalam oven/dapur arang (Akak panggang atas kualileper....letak kuah dan tunggu sampai kuah kering dan balik-balikkan ayam.) dan bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi kunyit.


Bahan nasi kuning
  • 3 cawan beras-akak guna beras basmati-cuci,rendam sekejap dan toskan
  • 4 1/2 cawan air
  • 4 biji bawang kecil-hiris
  • 4 biji bawang putih-hiris
  • 1b iji bawan besar-hiris
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam ataupun lebihkan sedikit
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya
1.  Cuci beras, rendam sekejap dan toskan.
2.  Tumiskan bawang besar, merah dan putih dengan sedikit minyak sehingga layu.
3.  Masukkan air kedalam periuk bersama nasi dan campurkan bawang yang telah digoreng
garam dan serbuk kunyit.  Kacau.
4.  Tanak nasi seperti biasa sehingga masak.
 Separuh panggang ..separuh biarkan berkuah..tak yah masak lauk lain.  Senangkan.

9 ulasan:

  1. perut sy makin rancak memainkan music bila bc n3 ni..huhu...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    ANAK BAPAK

    BalasPadam
  2. nyummy...sedap nyer nmpk kak ina...

    BalasPadam
  3. ya Allah..tgh lapar ni kak ina..haha

    nak sikit..

    :)

    BalasPadam
  4. Ina...awak buat saya lapar...nak pi ke dapur lah...

    BalasPadam
  5. waaa..kalo makan ngan sambal ayam penyet mesti sedap kan...

    BalasPadam
  6. lawalah texture ns kuning akak!! panjang2 beras tu!! basmathi cap apa akak guna??

    BalasPadam
  7. ila tgk nasik kuning saya terbayang pulut kuning.. kalau pekena dgn ayam bakar sedap or ayam rendang. tapi still pantang. makanan sejuk kena tunggu 100 hari or more... huish... geram nye..

    BalasPadam
  8. salam ain..akak guna beras moghul faiza yang harga RM42.90 kat giant..kat rumah memang makan beras ni..sebab hb ada kencing manis..krg kanji..

    biar duit habis beli kan..jangan dia jatuh sakit..payah nanti.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...