OOO

Selasa, Julai 27, 2010

Nasi Ayam Ipoh Dan Honey Sesame Chicken


Masak nasi ayam ni minggu lepas...akak masak stail nasi ayam ipoh sebab suka sesangat dengan bau yang semerbak masa nasi tengah mendidih. 

Bahan Untuk Nasi:-
  • 4 mug beras-akak guna beras basmati
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

BAHAN SUP AYAM :-)
  • 500 g ayam, dipotong kecil-akak ambil bahagian tulang dan isi sikit buat sup..
  • 1 kiub pati ayam "Maggi"
  • 2 sup bunjut Adabi
  • 1 pokok daun sup, potong kasar
  • 1 1/2 inci halia, dititik
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
  • 1/2 batang lobak merah, dipotong berbaji-tak letak
  • 1 biji kentang besar, didadu besar-tak letak
  • 2 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum2-tak letak
  • 1 camca teh lada serbuk lada hitam
  • Air secukupnnya (anggaran 3.5 liter)
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK SUP AYAM :- Dalam periuk, masukkan ayam, air dan bahan2 lain, kecuali sayur-sayuran dan serbuk lada hitam. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih 25 - 30 minit. Asingkan 1 liter sup ayam (untuk masak nasi). Kemudian, masukkan sayur2ran dan serbuk lada hitam. Biar hingga sayur masak dan tambah air jika perlu. Sesuaikan rasa dan matikan api.
 
HONEY SESAME CHICKEN
Bahan-bahan
  • 2 keping dada@peha ayam boneless
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • 1 inci halia - parut
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • garam
  • bijan sangai secukupnyer - utk tabur
Cara-cara
  • Perap ayam dengan semua bahan kecuali bijan sangai selama 1-2jam atau semalaman.
  • Grill@bakar ayam sehingga masak. Jika menggunakan oven, suhu 190 selama 30min atau sehingga masak. Sapukan ayam ngan bhn perap lebihan@air yg keluar semasa membakar, supaya ayam kelihatan cantik dan berkilat.
  • Hidangkan dengan menaburkan bijan yg telah di sangai. 
  • Enak dimakan dengan nasi ayam atau sebagainyer.
 Cili sos campur air panas dan kicap campur dengan kuah sup...malas punya pasal.

6 ulasan:

  1. ayam ni x tahan tgk~
    nk try jgk..ngee..malu la takut x jadi

    BalasPadam
  2. kak ina, boleh dihidangkan di hari raya sebagai main course :)

    BalasPadam
  3. kak ina...honey sesame chicken tu nampak mengancam...sy ambik resepi ye.....

    BalasPadam
  4. sedap.. nak buat pun senang..
    apsal saya org ipoh ni malas nak masak cam ni.. terima kasih kak.. nanti nak copy resepi.. ;)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers