OOO

Memaparkan catatan dengan label ayam. ayam bakar best. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam. ayam bakar best. Papar semua catatan

Isnin, Mac 26, 2012

Ayam Panggang Berserai Lagi

 Kadang dek kerana bosan ashik makan berat, akak buat makan stail camni.  Tapi kenalah perap dulu ayam ni dari pagi, petang baru masuk oven. Dulu dah pernah buat..akak buat 2 kali ganda dari resepi.Akak ambil resepi dari blog hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam-akak guna kepak ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • 1 biji lemon-ambil jus
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kali ni akak guna Russet potato sebab cepat masak dan  bawang besar - hiris 
  • akak tambah : 1 sudu makan sos tiram
 alahai..tersangatlah hitam tapi sodapp
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada kentang dan juga bawang. (tak buat pun..akak letak ajer macamtu). Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang-kurangnya 2-3 jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20 minit jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy. (malas nak buat jadi ayam nampak kering/hitam)
goreng ubi kentang
cuma panaskan  campbell soup
 Dek kerana malas akak masukkan kobis dan carrot dalam f/p..keluarkan baru masuk semua bahan yang lain

Bahan-bahan
  • 1 batang karot - sagat atau racik halus
  • 1/2 kobis -racik halus
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sudu besar air sejuk
  • 1 sudu makan gula-optional
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-
Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.

Selasa, Julai 27, 2010

Nasi Ayam Ipoh Dan Honey Sesame Chicken


Masak nasi ayam ni minggu lepas...akak masak stail nasi ayam ipoh sebab suka sesangat dengan bau yang semerbak masa nasi tengah mendidih. 

Bahan Untuk Nasi:-
  • 4 mug beras-akak guna beras basmati
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

BAHAN SUP AYAM :-)
  • 500 g ayam, dipotong kecil-akak ambil bahagian tulang dan isi sikit buat sup..
  • 1 kiub pati ayam "Maggi"
  • 2 sup bunjut Adabi
  • 1 pokok daun sup, potong kasar
  • 1 1/2 inci halia, dititik
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
  • 1/2 batang lobak merah, dipotong berbaji-tak letak
  • 1 biji kentang besar, didadu besar-tak letak
  • 2 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum2-tak letak
  • 1 camca teh lada serbuk lada hitam
  • Air secukupnnya (anggaran 3.5 liter)
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK SUP AYAM :- Dalam periuk, masukkan ayam, air dan bahan2 lain, kecuali sayur-sayuran dan serbuk lada hitam. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih 25 - 30 minit. Asingkan 1 liter sup ayam (untuk masak nasi). Kemudian, masukkan sayur2ran dan serbuk lada hitam. Biar hingga sayur masak dan tambah air jika perlu. Sesuaikan rasa dan matikan api.
 
HONEY SESAME CHICKEN
Bahan-bahan
  • 2 keping dada@peha ayam boneless
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • 1 inci halia - parut
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • garam
  • bijan sangai secukupnyer - utk tabur
Cara-cara
  • Perap ayam dengan semua bahan kecuali bijan sangai selama 1-2jam atau semalaman.
  • Grill@bakar ayam sehingga masak. Jika menggunakan oven, suhu 190 selama 30min atau sehingga masak. Sapukan ayam ngan bhn perap lebihan@air yg keluar semasa membakar, supaya ayam kelihatan cantik dan berkilat.
  • Hidangkan dengan menaburkan bijan yg telah di sangai. 
  • Enak dimakan dengan nasi ayam atau sebagainyer.
 Cili sos campur air panas dan kicap campur dengan kuah sup...malas punya pasal.

Jumaat, Julai 16, 2010

Ayam Panggang Maghribi


Oleh sebab harga minyak naik...semua barang naik..tadi beli ayam... harga ayam sekarang ni sekilo dah RM7.50. Kat rumah akak ni sekarang ni semua anak berkumpul semula. Terpaksalah masak 2 ekor ayam untuk 2 kali makan.

Tapi masih berbaloi sebab kalau ayam panggang maghribi ni kalau kat luar seketul mungkin RM3.00-RM4.00..buat sendiri puas anak-anak akak makan. Kenalah rajin masak bila dah ramai. Tak berbaloi makan kat luar. Sebulan sekali ataupun kalau gi jejalan bolehlah.

Memang thumb up tau ayam panggang maghribi ni..semua anak-anak kata sedap. Budak mana nak menipu kan. Akak ternampak resepi ni kat http://fiqah99.blog spot.com/. Terima kasih sudi share resepi yang enak bangat. Sesuai untuk di makan bersama nasi mandhi, nasi pudina ataupun nasi hujan panas.

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~
  • 1 ekor (2 kg) ayam, dibersihkan dan dipotong dua
  • garam, daun salad disiat kasar-kasar
  • timun, tomato dihiris-hiris
  • ubi kentang direbus, dikupas dan dihiris-hiris
  • lemon dipotong baji
  • daun pudina

Rempah Chermoula (dikisar halus)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • 3 tangkai cili merah
  • 1 sudu besar cili serbuk
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • air perahan daripada 1/2 biji lemon


Cara-Cara
~~~~~~~~
1. Lumur garam dan rempah chermaula di serata permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3-4 jam di dalam peti sejuk.
2. Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan kembali ke suhu bilik.
3. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 45 minit, dengan membalikkannya setiap 20 minit. Akak bakar guna api atas bagi garing sikit.
4. Saji ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...