OOO

Rabu, Julai 21, 2010

Penang Char Kuey Teow

 Dah lam tak buat penang char kuey teow ni...buat tahun lepas..teringin nak makan..kalau nak diikutkan memang malas sungguh nak kopek kerang tu..tapi kan bila dah teringin..semua boleh di atasi penyakit malas tu.

Resepi dari che'iza yang duk di utara..terima kasih no...dulu dia aktif berblog..skrg dah kurang sejak ada anak kecik.

Bahan-bahan
Untuk Paste
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil  kicap pekat
  • 3 sudu besar  kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
  • 2  sudu kecil  garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
  • 1 sudu kecil gula
Untuk Mee
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur
Cara-cara
  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sudu besar paste tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan  kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dalam 1/2 cwn.
  4. Bila air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan  kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 minit  jer, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi untnk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, jadi 1sudu besar. Paste ini juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lagi garam dan  gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar boleh adjust eh..

    12 ulasan:

    1. wah best la resepi kak ina nih...boleh le try...sy ni kalo goreng kue teow jarang nak menjadik...sokmo ter'lembik'

      BalasPadam
    2. chat kuey teow.. yum yum =)

      BalasPadam
    3. terbaik. dulu mak selalu buat, rindunya nak makan.

      BalasPadam
    4. char kuew teaw penang... terbaik!!!
      hehehe

      BalasPadam
    5. char kuew tiaw kat air kuning, taiping..mabeles!

      BalasPadam
    6. Assalamualaikum Kak Ina

      nak pi sarapan le

      he he

      Wassalam

      BalasPadam
    7. waaaa....nih yg rase lapa je...

      BalasPadam
    8. salam k.ina..nak sepinggan..

      BalasPadam
    9. kak ina, katanya kalo nak buat paste tu guna kepala2 udang lg sedap eh kak?

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers