OOO

Isnin, Januari 03, 2011

Resepi Asam Pedas Ikan Pelaling

Masak asam pedas kali ni akak cuba pula resepi Mat Gebu chef fofolur se antaro cyber.  Mat guna ikan kembung tapi akak guna ikan pelaling.

Nak tunjuk kat kuali yang akak beli masa Tefals sales, akak beli dengan harga RM20.00 sahaja dari harga sebenar RM100 lebih sebab ada kemek sikit. Peduli apa kemek tu, bukan menganggu pun kelancaran akak nak memasak.

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong saiz besar (akak guna ikan pelaling)
1 biji terung biru (jenis panjang)-tak letak tukar bunga kantan dan daun kesum
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
Garam dan secubit gula
1/2 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan, dibakar*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan. Terung dikupas sedikit kulitnya, potong 3 dan belah 2 setiap potongan, rendam dalam air berisi sedikit garam. Ketepikan.
  2. Panaskan mintak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk lumat, halia dan lengkuas titik hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  3. Masukkan terung dan ikan, tuang jus asam jawa dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan scubit gula. Kacau perlahan untuk mengelakkan ikan hancur. Akhir sekali masukkan tomato,  bunga kantan, daun kesum dan masak sekejap.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api...

10 ulasan:

  1. assalam kak ini... apa khabar.... pagi2 dah masak asam pedas... best nya...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    pagi2 dah buka selera ..he he

    Wassalam

    BalasPadam
  3. haha .. btl tu kak. kemek skit tkkn mncacatkn masakan kita. yg penting rasanya meletop kak!! hihi ..

    BalasPadam
  4. rajin nya lah akak nih memasak pagi2...bestnya...kalo sy dok ngan akak c sehatnya...

    BalasPadam
  5. akak..ikan pelaling tu mcmne ek?mia 1st time dgr..huhu..ketinggalan sket ea..eheh..

    akak, thanks ea vote utk mia..hehee

    BalasPadam
  6. me suka asam pedas--tp tak reti msk--heheh dh try buat, selalu tak jd sedap mcm yg my mom msk--:p

    BalasPadam
  7. ada lengkuas, kunyit dan lada hitam.. yang lain2 macam biasa ajer... [itu cara saya nak ingat resepi pelik] heheheh
    Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

    BalasPadam
  8. perghh kecur mulut.hehehe

    biasanya ikan pelaling lagi manis isi dia dari ikan kembung.ikan kembung ni sy biasenye suka bakar je,stail sapu kunyit ngan garam skit pastu bakar dan dicicah asam,sambal belacan ataupon lada kicap.fuhhh

    ikan pelaling lagi sedap nk masak kuah2 ni cm asam pedas,buat singgam atau asam pedas kuning,tu sy la yg mkn ,klo akak tak tau la,lidah akak lagi hebat kan.hehhee

    owh dh byk pokpek plak kat sini,sori ter over.hehhee

    BalasPadam
  9. Salam dear Mommy,
    I'm honored to invite you to join our giveaway contest in conjunction with the launch of our online baby shop. You could stand a chance to win a cute slogan tee for your beloved lil one. Do drop by our blog. Many thanks ya.
    mykedaibaby.blogspot.com

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers