OOO

Selasa, Februari 22, 2011

Resepi Daging Rusa Lada Hitam

Sejak hari Sabtu lagi sibuk sikit sampai tak ada masa nak duk lelama kat depan pc sebab ada kenduri rumah kakak ipar dan pastu fil duk berehat kat umah akak.  Bila fil dah ada kami bawaklah jumpa dengan sanak saudara kat sini.


Hari Isnin bawa pula ke rumah adik ipar kat Nilai.  Sambil-sambil tu akak pun mengada-gada gi melawat kat situ dan akhirnya tergoda gak beli barang.  Hari ni barulah relax sikit dan bolehlah update blog.

Akak suruh cik min tolong belikan daging rusa.  Ayah dia yang tinggal kat Sabah datang ke sini. Bersusah payah dia tolong hantarkan.  Terima kasih yer Min. 

Akak tunggu sampai Yana balik baru masak bulan lepas.  Biar semua merasa.
Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang dalam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu makan sos lada hitam life
  • 1 sudu makan lada hitam-tumbuk kasar
  • 5 biji bawang putih-di tumbuk/cincang
  • 1 1/2 inci halia-halia di tumbuk/potong batang mancis
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 1 biji bawang holland-belah 6
  • 1 batang daun bawang-potong kasar
  • 1/2 biji cili banggala-di potong dadu/panjang
  • 1 biji cili merah-dihiris serong
  • 1 biji tomato-belah 4
  • air secukupnya
  • sedikit minyak dan garam secukupnya

Cara-caranya
1. Basuh daging hingga bersih tos lalu potong atau hiris daging tipis-tipis.
2. Perapkan bersama lada hitam, sos tiram, kicap pekat, sos lada hitam life dan sedikit garam selama 1-2 jam.(tak nak pun tak per)
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, dan halia. Bila dah layu baru masukkan bawang holland..dah naik bau masukkan daging dan kacau lalu biarkan masak sebentar.
4. Masukkan sedikit air (kalau nak berkuah bubuhlah air lebih sedikit) biarkan daging empuk (kalau guna daging batang pinang..tak yah tunggu lama) dan kuah agak pekat.
Masukkan hirisan cili hidup, tomato dan cili benggala.
5. Kacau rata, perasakan garam, masukkan daun bawang, kacau sekejap dan boleh di hidang panas-panas.

14 ulasan:

  1. camne rasa daging rusa ni ek kak/;-)

    BalasPadam
  2. nampak sedap.saya lom penah lagi makan daging rusa

    BalasPadam
  3. mesti sedap daging rusa tu kan kak ina..
    pandainya akak masak=)

    BalasPadam
  4. bestnya daging rusa
    eksotik! :)

    BalasPadam
  5. sy pon x penah makan daging ni kak..tapi sate rusa adelah..eheee..samelah

    BalasPadam
  6. baru sekali je try daging rusa ni..tu pun gulai je..kalau boleh makan yang ni memang meletopssss

    BalasPadam
  7. Salam.. Kak Ina, daging rusa ni rasa dia macam mana ye? Tak pernah makan la.. Nampak sedap sangat lauk tu..

    BalasPadam
  8. wow!! sedap nampak... daging rusa kid pernah makan. pasni nak cari daging unta lak.. hehehe

    BalasPadam
  9. kak ina..
    macam best je..

    wah dah tukar header baru ye..
    JEMPUT KE: ALL IN ONE

    BalasPadam
  10. daging rusa keras sket kan kak ina..pernah terai sate daging rusa..tp tak tau kot bukan pulak..keke

    kak ina, nnt saya cuba tanya lagi sekali ngan budak2 MIG sapa yg compile blogger list.rasanya azahari mmg tak add sbb tu FB personal dia (saya pun gitu..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu keras tu bkn dging rusa le tu..ntah2 akk kne tipu kot..dging rusa tu klu rebus x smpi 10 min dh lmbut dh akk..sy tiap2 bln mkn dging ni..x pnh pn keras..

      Padam
  11. mana nak beli daging rusa kak?teringin sgt dh ni...

    BalasPadam
  12. Kt kinabatangan sabah byk jual dging ni..sdp dging dia sbb cpt empuk dn lmbut

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers