Sejak hari Sabtu lagi sibuk sikit sampai tak ada masa nak duk lelama kat depan pc sebab ada kenduri rumah kakak ipar dan pastu fil duk berehat kat umah akak. Bila fil dah ada kami bawaklah jumpa dengan sanak saudara kat sini.
Hari Isnin bawa pula ke rumah adik ipar kat Nilai. Sambil-sambil tu akak pun mengada-gada gi melawat kat situ dan akhirnya tergoda gak beli barang. Hari ni barulah relax sikit dan bolehlah update blog.
Akak suruh cik min tolong belikan daging rusa. Ayah dia yang tinggal kat Sabah datang ke sini. Bersusah payah dia tolong hantarkan. Terima kasih yer Min.
Akak tunggu sampai Yana balik baru masak bulan lepas. Biar semua merasa.
Bahan-bahan
- 500gm daging batang pinang dalam
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap pekat
- 3 sudu makan sos lada hitam life
- 1 sudu makan lada hitam-tumbuk kasar
- 5 biji bawang putih-di tumbuk/cincang
- 1 1/2 inci halia-halia di tumbuk/potong batang mancis
- 1/2 camca teh lada sulah
- 1 biji bawang holland-belah 6
- 1 batang daun bawang-potong kasar
- 1/2 biji cili banggala-di potong dadu/panjang
- 1 biji cili merah-dihiris serong
- 1 biji tomato-belah 4
- air secukupnya
- sedikit minyak dan garam secukupnya
Cara-caranya
1. Basuh daging hingga bersih tos lalu potong atau hiris daging tipis-tipis.
2. Perapkan bersama lada hitam, sos tiram, kicap pekat, sos lada hitam life dan sedikit garam selama 1-2 jam.(tak nak pun tak per)
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, dan halia. Bila dah layu baru masukkan bawang holland..dah naik bau masukkan daging dan kacau lalu biarkan masak sebentar.
4. Masukkan sedikit air (kalau nak berkuah bubuhlah air lebih sedikit) biarkan daging empuk (kalau guna daging batang pinang..tak yah tunggu lama) dan kuah agak pekat.
Masukkan hirisan cili hidup, tomato dan cili benggala.2. Perapkan bersama lada hitam, sos tiram, kicap pekat, sos lada hitam life dan sedikit garam selama 1-2 jam.(tak nak pun tak per)
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, dan halia. Bila dah layu baru masukkan bawang holland..dah naik bau masukkan daging dan kacau lalu biarkan masak sebentar.
4. Masukkan sedikit air (kalau nak berkuah bubuhlah air lebih sedikit) biarkan daging empuk (kalau guna daging batang pinang..tak yah tunggu lama) dan kuah agak pekat.
5. Kacau rata, perasakan garam, masukkan daun bawang, kacau sekejap dan boleh di hidang panas-panas.
