OOO

Rabu, Februari 09, 2011

Resepi Kek Lapis Strawberry Cheese




Buat kek lapis ni masa Yana balik bercuti minggu lepas sebab dia terliur tenguk kat blog akak.  Demi menunaikan hasrat dihati akak pun buat.  Akak bancuh dan suruh dia bergilir dengan akak bakar kek lapis yang makan masa yang agak lama nak membakarnya.

Bila tenguk kat resepi lalu gambar dah hilang dah. Sayang betullah. Ambil resepi ni kat blog http://mawarmerah7.blogspot.com/.  Ima ambil dari tuan punya resepi http://rozzan.blogspot.com/

Bahan-Bahan
450 gm mentega-akak guna  jenama anchor
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
150 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong-ayak dulu
100 gm Horlick
180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis)saya guna pie filling
1 sudu teh esen strawberry
sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)
 Cara-cara

1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah.
7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7” atau 8”x8” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.
8. Ambil 2 senduk adunan plain (akak gunakan 5 sudu makan setiap lapisan) dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dengan api atas bawah sehingga masak. Utk lapisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kepada api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.
9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.
Nota:
Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1 plain 1 merah, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.
Akak buat 2 lapisan merah (5 sudu makan setiap lapisan) dan 2 lapisan asal

18 ulasan:

  1. fuhhh..dah terbyang dah rasanya tu..stroberi campur cheese..manis2 masam kut

    BalasPadam
  2. menariknye kak...
    nkcubelah b4 'meletup' nie...

    BalasPadam
  3. Assalamu 'alaikum.

    Kak, saya dah dapat cookies Akak semalam. Terima kasih banyak-banyak.

    Saya ade tulis entry khas berkenaan cookies Akak tu.

    Semoga Akak tak marah dengan pandangan ikhlas saya dalam entry tersebut. :)

    Ini link dia:

    http://hikmahgroup.blogspot.com/2011/02/kekurangan-cookies-kak-ina-kl.html

    BalasPadam
  4. sedappnya...
    memang sedapp gabungan cheese ngan strawberi tu....
    nnti boleh try resepi ni...
    terliur betul tengok kek akak tu..

    BalasPadam
  5. Gambar yang tak patut ditonton ibu mengandung...tettttt!!! sebab kejap lagi, meliur2 sampai termimpi2. hehehe...:)

    BalasPadam
  6. anak2 saya mesti suka nie kak, peminat cheese ler katakan

    BalasPadam
  7. as salam akak..kalau guna cream cheese dari jenama tatura ok tak...hik3

    BalasPadam
  8. wah sedapnya....
    buat lah utk kita sikit

    BalasPadam
  9. Teringat kek lapis emak dekat kg. yang tertinggal hari tu.. huhu.. nasib abik adik dah pos tadi.. hehehe

    BalasPadam
  10. Salam,
    Waaaaaa dah macam kek lapis sarawak dah tu...untung betul insan bernama Yana tu ya ;)

    Kampen “Awas! Jerat Valentine’s Day

    BalasPadam
  11. sedapp nyer kak..tapi kita malas laa kak...ermmm..

    BalasPadam
  12. sedapanya,klu letak bwh tudung saji saya lg sedap,,heheh
    tudungsaji.blogspot.com

    BalasPadam
  13. akak sedapkan kek lapis ni...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers