OOO

Jumaat, April 22, 2011

Resepi Nasi Minyak-Versi Citarasawan

 Dah lama tak buat nasi minyak.  Sekali sekala buatlah nasi sedap kat umah.  Ni tengah rajin ni..kalau malas..masak yang senang ajer.

Akak ambil resepi dari blog Ummi Kuantan dan beliau ambil dari blog Citarasawan.
Bahan:- (akak ikut tulisan merah ikut sukatan yg Ummi buat)
  • 1 kg. beras Basmathi (dibasuh & disejat) (akak masak 3 1/2 cawan)guna beras basmathi rebus
  • 150 ml minyak sapi (akak tukar dengan 2sb. butter + 2 sb. minyak jagung)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 155 ml air (akak letak 4 cawan air)
  • 150 ml susu cair (akak letak 1/2 cawan jek)
  • 2-3 camb stok pekat ayam/2 kiub stok (akak letak 1 kiub)
  • garam secukupnya
  • 80 gm gajus }
  • 50 gm bawang goreng } tukar ke hirisan daun sup
  • 100 g pis hijau -tak letak
Bahan Penumis:
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
Bahan dikisar: (akak hiris ajer)
  • 8 biji bawang merah-tukar bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5 cm kunyit hidup-tak letak
  • 2.5 cm halia-hiris dengan kulit sekali
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau.Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
  2. Bubuh pula daun pandan, air, garam, susu dan stok. Kacau sekali-sekala hingga menggelegak.
  3. Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak. (dah masak akak kacau dengan chopstick)

7 ulasan:

  1. boleh try ni. saya tak pernah masak nasi minyak kat umah. makan nasi minyak kat tempat kenduri kawin jer. ^_^

    BalasPadam
  2. sedapnya nasi minyak..nak rasa nasi minyak air tangan kak ina nie.

    BalasPadam
  3. nyam2..ssedapnya..bila nak jemput saya ni..rumah jalan kakije..tak pernah nak jemput saya...huk3..aku jealouss dengan bean..hik3...

    kak ina apply tak hypptv tu?

    BalasPadam
  4. waa akak gambar dashboard baru....
    bestnya makan nasik minyak...tapi saya jarang buat sebab cam leceh je buatnya...kena beli beras basmathi lagik...huhuhu

    BalasPadam
  5. pergh penuh dia punya bahan2 yer..kak, ni mcm nasik minyak biasa sesuai mkn ngan lauk kenduri la ek

    BalasPadam
  6. hmm sedapnyer nampak...:-)

    deqlis hari nie tak tau nak masak apa lagi... nak wt nasi minyak kak ina nie mcm tak cukup bahan lak huhu...:-)

    takper laa esok laa makan nasi minyak free..:-) ada kenduri sok heheh..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers