OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak nasi minyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak nasi minyak. Papar semua catatan

Rabu, Januari 18, 2012

Nasi Minyak Ganu

Nasi minyak ada macam-macam stail kan..ada stail arab, stail melayu dan macam-macam lagi.  Kali ni akak masak stail Ganu pulak.  Kalau masak nasi sedap sebaiknya guna beras basmathi sebab panjanggggggggggggggg.

Resepi dari K.Norma/Coretan Dari Dapur,tapi akak ambil dari dapur-mamasya

Bahan-bahan: Hidangan utk 5 org
  • 3 cawan beras basmathi-direndam dalam 20 minit baru di toskan
  • 4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras tersebut.
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna kuning - tambah pewarna merah
  • 2 helai daun pandan -disimpul

 
 tabur bawang goreng
Bahan utk menumis:
  • 1 sudu besar minyak sapi-akak guna mentega
  • 2 sudu besar majerin
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1/2 in halia ]
  • 3 ulas bawang merah] dimayang
  • 1 ulas bawang putih]

Cara membuat:

  1. Beras dicuci kemudian ditoskan
  2. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis
  3. Goreng hingga naik bau/kekuningan
  4. Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
  5. Masukkan air dan susu
  6. Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning (tambah pewarna merah). Biarkan seketika
  7. Kemudian gemburkan nasi guna garpu
  8. Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

Jumaat, April 22, 2011

Resepi Nasi Minyak-Versi Citarasawan

 Dah lama tak buat nasi minyak.  Sekali sekala buatlah nasi sedap kat umah.  Ni tengah rajin ni..kalau malas..masak yang senang ajer.

Akak ambil resepi dari blog Ummi Kuantan dan beliau ambil dari blog Citarasawan.
Bahan:- (akak ikut tulisan merah ikut sukatan yg Ummi buat)
  • 1 kg. beras Basmathi (dibasuh & disejat) (akak masak 3 1/2 cawan)guna beras basmathi rebus
  • 150 ml minyak sapi (akak tukar dengan 2sb. butter + 2 sb. minyak jagung)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 155 ml air (akak letak 4 cawan air)
  • 150 ml susu cair (akak letak 1/2 cawan jek)
  • 2-3 camb stok pekat ayam/2 kiub stok (akak letak 1 kiub)
  • garam secukupnya
  • 80 gm gajus }
  • 50 gm bawang goreng } tukar ke hirisan daun sup
  • 100 g pis hijau -tak letak
Bahan Penumis:
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
Bahan dikisar: (akak hiris ajer)
  • 8 biji bawang merah-tukar bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5 cm kunyit hidup-tak letak
  • 2.5 cm halia-hiris dengan kulit sekali
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau.Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
  2. Bubuh pula daun pandan, air, garam, susu dan stok. Kacau sekali-sekala hingga menggelegak.
  3. Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak. (dah masak akak kacau dengan chopstick)

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...