OOO

Jumaat, April 08, 2011

Sotong Goreng Ringkas

Sotong kalau beli terus masak lagi sedap. Dah tak tau nak masak apa, akak goreng ajer .

Bahan-bahan
1/2kg sotong basah-potong kecil, basuh, dan toskan.
3 biji bawang putih-ditumbuk
1 inci halia-tumbuk
4 biji cili api-tumbuk-kalau nak pedas tambah lagi
1 biji bawang holland-hiris bulat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 biji cili besar-hiris serong
sedikit serbuk hitam
sedikit minyak

Cara-cara
1. Sotong potong kecil, basuh, perap dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih bersama cili padi.
3. Masukkan bawang besar dan cili , kacau dan masukkan sotong bersama sos tiram, cili merah, serbuk lada hitam dan kicap cair.
4. Masukkan garam jika perlu dan kacau sekejap ajer pastu padam api.
5. Hidangkan panas-panas.

Buat gak tom yam tapi akak tumis dulu bawang putih dan serai baru masukkan air. Guna kiub tomyam ajer.


Sudilah kiranya LIKE kat N3 ni yer.


9 ulasan:

  1. walaupun ringkas tetap menarik :)
    dah lama tak makan sotong. nak try lah resipi ni :)

    BalasPadam
  2. akak, goreng pun sodap...hehe sedap tu dapat lak sotong yg fresh tu...msk tomyam pun sodap gak...:)

    BalasPadam
  3. terus teringin makan sotong..huhuhu...

    BalasPadam
  4. iina..teringin pulak..walaupun ina kata goreng ringkas.
    esok boleh goreng ni..

    BalasPadam
  5. simple..tp menggiurkan..wow wow wee..

    BalasPadam
  6. kalau dah tangan pandai masak, masak ringkas2 pun nampak sedap..

    BalasPadam
  7. oo..kalo tumis dulu bawang putih lagi sedap yer..saya main campak jer selamanya..hehee..tq kak ina

    BalasPadam
  8. air tangan orang lama gitu kan kak. masak apa pun sureee sodap.
    ;))

    BalasPadam
  9. huhu.. takut nak makan sotong. tengah diet kolestrol ni

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers