OOO

Khamis, Jun 16, 2011

Resepi Ayam Bali

Tak yah gi Bali boleh rasa masakan bali kan. Resepi ni akak ambil dari member masak memasak si Ika.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam potong ikut suka-akak potong 12
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan gula
  • 1 1/2 sudu makan air limau
  • 4 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 ibu jari halia
  • 3 biji buah keras-tak letak
  • 4 batang lada merah
  • 1 sudu makan kicap manis
Cara :

Panaskan minyak,goreng ayam separuh masak.
Tumis bahan kisar dan daun pandan hingga wangi. Masukkan gula, air limau, garam dan santan
Biarkan mendidih kemudian masukkan ayam dan masak sampai pekat.
Pastu masak nasi hujan panas yang tak ada pewarna sebab banyak pewarna yang dah habis. Resepi kat SINI

3 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...