OOO

Selasa, Ogos 16, 2011

Suasana Di Jalan Tunku Abdul Rahman Di Bulan Puasa

penguatkuasa bandaraya berkeliaran di sana sini
jangan nak parking sesuka hati
kat sini carilah apa yang diingini
tentu tertunailah hasrat di hati
penjual tudung ramah tamah
pandai pujuk nak suruh beli
kalau suka menghias rumah
bunga hiasan cantik sekali
Naik STAR di pagi hari
Parking kereta di rumah Fadilla
Cantik sungguh baju kaftan ini
Nak beli tak ada sizelah pula

Pak Abu beli kelapa muda
Konon nak masak agar santan
selipar bermacam-macam warna
pilih ajer yang mana berkenan
Eyriqaz balik di petang hari
Jejai pula takut bini
wah besar sungguh seluar ini
bolehkah akak pakai ikut saiz ni
Ikut nafsu memang semua nak di beli
Tapi ingatkan diri jangan terpedaya
Jangan ikut pepatah ini
Biar papa asal bergaya

Setiap kali bulan puasa akak akan gi ke sini. Suka tenguk gelagat penjual dan pembeli sambil beli persiapan hari raya. Tapi menjelang tengahari hujan turun, nasib baik dah jumpa barangan yang di cari.

Kalau pergi akak tak bawa keta kat sini sebab susah nak parking, akak lebih suka parking di STAR Sentul sahaja. Naik STAR ke Masjid Jamik pastu nak balik naik kat SOGO..lagi berbaloi rasanya buat cara camtu.

20 ulasan:

  1. hehehe.. pandai akak berpantun

    BalasPadam
  2. jalan TAR mmg snagat meriah bulan puasa ni, mcm2 ragam penjual dan pembeli. hehe

    BalasPadam
  3. bilalah nak ke sini..kaftan tu sgt cantik..

    BalasPadam
  4. saya pun suka pergi jalan tar ni kalau time ramadhan..tp slalu kalo nak lagi meriah malam raya baru saya turun.

    BalasPadam
  5. syoknya jalan KL
    tapi den tak sanggup!

    BalasPadam
  6. wah kak ina berpantun tue...ermmm bila laa leh pi jalan TAR lagi ekkk

    BalasPadam
  7. xlalu nak pi lg kak ... bkn pe, xlalu nak berhimpit2 dgn org .. weekend ni insyallah

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Ina

    rajin nyer akak

    saya beli kat taman permata sahaja


    Wassalam

    BalasPadam
  9. borong k ina jangan tak borong

    BalasPadam
  10. rajinnya akak merayap ke jalan TAR...saya ni dh 11 tahun tak ke sana...(waaa..lama kan, sejak ada anak, tak pernah pegi dah...)

    Akak, tahun ni wat open house tak? tingin nk rasa masakan akak, tambah2 lagi coklat cip kukus tu :)

    BalasPadam
  11. saya baru nk p besok. heheheh

    BalasPadam
  12. hahaha lucu la akak berpantun. tahun nih sy ala kadar aje. rindu nk g TAR road

    BalasPadam
  13. dulu 3 tahun kerja kat semua house.. lali dah dengan jalan TAR nih. huhuhu

    BalasPadam
  14. salam kak ina.. harian metro ada masuk kak pakai baju yukata..:) bestnya jala TAR syurga membeli belah

    BalasPadam
  15. Meh..meh jejai balas pantun..

    Ewah ewah jejai takut bini katanya,
    Dah tentu Eyriqazz balik petang pasal takut bini,
    Wahh bukan main lagi kak ina nak beraya,
    Jangan lupa buat open house raya nanti

    hehe..

    BalasPadam
  16. minggu lepas dah pegi ngan wife, pusing2 hampir 3 jam x de satu pun berkenan di hati. akhirnya shopping jer dekat jusco wangsa maju. jap lagi nak pegi lagi sekali sebab wife ajak repeat.... tgk lg sekali kut2 ada yg berkenan pulak

    BalasPadam
  17. eka tak pegi lagi..sibuk kerja..tahun lepas bersesak..tpi best sebab banyak pilihan kan..hehehe

    *pandai akak berpantun..hehe

    BalasPadam
  18. sure rambang mata bila pergi kat area sini kan......nasib baik baju raya dah siap.... ;-p

    BalasPadam
  19. ela pn mesti gi sini sekurang2nya sekali bln posa ni. tahun ni belum lagi kak ..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers